27 December, 2009

samsung vs sony

belanja sakan aku dah nak ujung2 bulan merangkap ujung tahun,, tapi aku jarang membeli,, sekali beli, tak ingat dunia mengabiskan duit,,

tanggal 25.12.2009,,

macam biasa pagi2 subuh aku bangun nak g keje,, tapi aku terasa diri aku ni macam pening2 lalat n demam semacam,, aku memang tak larat,, aku selesaikan subuh, bagitau mak aku n kawan opis yang aku tak g keje,, aku telan panadol sebiji,, dan aku terus zzzzzzzzzzzzzz,, aku bangun dalam kul 12 gak ar,, pastu pe lagi, aku melabur amanah saham dan bermulalah pemprosesan pembersihan dan pengemasan di teratak mak nani ni,, huhuhu,,

dalam beberapa ari ni, dalam kepala otak aku nak beli kamera pe,, aku dah survey sana sini,, dan aku memang suka kamera samsung ni,, aku dah test power kat kedai cina ni,, design cantik n gambar pun ok,, aku suka gler!!!!!! harga dalam rm870,, aku memang dah nekad nak amik yang ni,, sama ada warna itam atau grey,,

alang2 tak keje ri ni,, rona pun tak keje,, demam pun cam dah ok,, aku pun mengajak lah si rona g low yat untuk survey harga kamera samsung yang aku nak tu,, aku kuar umah dalam kul 5 petang,, jalan punya lah jem sepanjang highway,, time orang balik keje kan,, tu lah tak sabar sangat,, rona menunggu aku di tepi jalan depan bengkel kat simpang istana negara,, aku dah nampak keta dia, aku follow dia dari belakang untuk ke parking tempat keje dia kat PNMB,, dia parking keta dia, naik keta aku dan terus menuju ke low yat,, huhu,, lebih kurang dalam kul 8 gak ar sampai,, menghabiskan masa kat jem je lah ni tadi,,

dah sampai low yat,, teruja nya aku,, dari tingkat bawah, ke tingkat atas,, banyak gak kedai aku masuk,, aku menengok kamera, rona menengok handfon,, memang patot ko tuka hfon ko tu, dah tak selera aku tengok,, kui3,, pusing2, tak sume kedai ada jual brand samsung,, semestinya tak sume kedai ada jual kamera yang aku nak tu,, new model kot,, 

kedai pertama, ada jual samsung yang aku nak tu,, aku tanya harga sume,, lagi murah kat kedai cina kat warta, bangi tu,, jalan2 lagi,, masuk kedai yang ntah ke berapa,, tanya harga samsung tu gak,, dia bagi price yang sama maknanya murah lagi kat warta,, dan,,, jurujual ni bagi suggestion kualiti gambar yang lebih bagus dan harga lebih murah iaitu sony cybershot dengan harga rm699,, dia citer bla bla bla bla,, dan aku suh on kan dua2 kamera tu, amik pic sume n tunjukkan pada aku,, memang sony lagi clear lah sebab 12.1 mpixel, samsung 9.0 mpixel,, samsung ni mahal skit sebab ada MP3 player dan ada engrave abstract tu,, 

urm,, lama gak duk kedai dia ni,, pk punya pk,, aku dah decide nak amik kamera yang mana,, dan keputusan aku, aku amik sony cybershot,, aku rasa aku mementingkan kualiti gambar than multimedia player,, aku amik sony cybershot dan aku dapat menjimatkan rm200,, yabedabedu,,
     

No comments:

 

Show Me The Stars Template by Carly Lloyd Designs