27 November, 2011

isi dalam dua hati

dalam hati dia yang menjadi tetamu majlis perkahwinan itu. aku tak dapat baca apa rentak dalam hati dia. cuma membaca kulit wajah dari tepi sisi. bertumpu suapan demi suapan, menundukkan muka ke arah meja, diam tidak bermakna hati turut begitu. barangkali terimbas kenangan mereka. si dia bersama pengantin perempuan majlis itu. kenangan bukan sedikit dan tidak terlalu banyak. bilangan bukan pemberatnya. kepedihan apabila telah mencipta segala kenangan. pisang ~ kawan dia menggelarkannya. sedang mereka berkasih sayang sedang itu juga pasangannya sedang membina mahligai sehingga ke majlis hari itu. wahai hati kamu, jangan bersedih. bukan dia yang ditakdirkan bersama kamu. tetapi kamu yang telah ditakdirkan dengan orang lain.


sedang bergelak terhenti dan rancak suapan diperlahankan, mata terus tertumpu pada butiran nasi. pejam mata sekedip dan ini adalah realiti kehidupan. sedang aku menjadi tetamu dan terganggu dengan tetamu lain serta pasangannya pada majlis perkahwinan itu. salah aku merela hati terjatuh pada dia suami kepada pasangannya. berlegar dalam pikiran dari mula-mula terpandang dan terjatuh kepada dia sehingga memijak pada tanah yang sama dan sebumbung pada majlis itu. wahai hati aku, jangan menolak takdir. bukan aku yang ditakdirkan dengan dia. tetapi dia yang telah ditakdirkan dengan orang lain.


********************************




01 November, 2011

apabila ini terjadi

Laporan Polis berharga RM10. Lokasi di Balai Polis Sri Petaling Daerah Brickfields.


PADA 01/11/2011 JAM L/KURANG 2010 HRS, SEMASA SAYA DALAM PERJALANAN KE BANGI MEMANDU M/KAR NO.PENDAFTARAN WSX 7724 JENIS PERODUA MYVI WARNA PUTIH DI PINTASAN PUCHONG-SG.BESI MENUJU KE TOL SG.BESI, DALAM KEADAAN SESAK DAN TIBA-TIBA SEBUAH M/KAR NO.PENDAFTARAN WKT 5063 JENIS PROTON WIRA TELAH MELANGGAR BELAKANG M/KAR SAYA. SETELAH DIBUAT PEMERIKSAAN KEROSAKAN M/KAR SAYA BUMPER KEMEK / TERNAIK, BONET KEMEK, SENSOR TIDAK BERFUNGSI/ TERCABUT. LAIN-LAIN KEROSAKAN TIDAK PASTI LAGI, SEKIAN LAPORAN SAYA.

******************************************************



~apabila rasamu rasaku jua ~


~ kau derita dan aku takkan bahagia ~

******************************************************

14 August, 2011

keluhan pertama kali

sedang aku mengemas ketika selepas berbuka puasa.

mak bersuara.

"kau tak rasa sunyi ke hidup ini. rasa nak berteman atau berdua ke. apa lah nasib aku ni. kahwin tergesa-gesa, suami pulak mati cepat. anak- anak pulak..."

mak diam dan tidak menyambung ayat itu lagi.

aku menjawab seperti tiada perasaan.

"nak wat camne"

aku terus tekun mengemas seolah-olah tiada apa yang mengusik jiwa aku.

aku menjawab di dalam hati tanpa diluahkan bicara.

"sebab emak orang yang terpilih oleh ALLAH. hanya orang yang mampu diuji sebegitu akan diuji sebegitu"

aku tekun lagi mengemas dapur dan diteruskan ke sinki. di saat mak masuk ke bilik air, serentak itu air mata aku bergenang dan luruh satu persatu.

aku mencuba nampak tabah, cekal dan kuat depan mak. aku mencuba untuk tidak nampak lemah dan kuat semangat. memang aku berjaya menyembunyikan segala lara. memang aku berjaya meluahkan segala kekuatan.

keluhan mak yang pertama kali itu masih terngiang-ngiang sehingga detik ini.

13 August, 2011

doa ketika menunggu berbuka puasa


seminggu yang lepas..

mak aku akan menadah tangan lama ketika doa untuk berbuka puasa. sambil mulut terkumat kamit. aku memandang dengan rasa pelik. seperti memahami isi hati aku, mak aku mengatakan bahawa doa ketika menunggu berbuka puasa adalah doa yang termakbul dan moga-moga diberkati.
aku tersenyum dan mendengar dengan sepi.

dua hari yang lepas..

aku terbaca artikel mengenai doa ketika berbuka puasa. sepantas kilat kata-kata mak menerjah pikiran. sedikit demi sedikit mendengar dengan sepi itu berputar di dalam pikiran, minda dan akal.

pada hari ini..

aku menadah tangan baca doa berbuka puasa dan doa makan mengikut nada di kaca televisyen. tidak seperti biasa aku terus menukup tangan di mulut, aku menyambung doa.

"YA ALLAH, aku berdoa kepadaMu. semoga aku dipertemukan dengan lelaki dan suami yang dapat membimbing aku ke jalan yang benar yang diredhaiMu"

12 August, 2011

bertahan

aku masih mampu lagi bertahan
berdiri di atas kaki sendiri
hidup dengan dunia sendiri
menulis dengan cara sendiri


aku mencuba lagi bertahan
percikan jernihan dari kelopak mata dan hati
seakan tiada siapa menyedari aku memerhati mereka
betapa bahagia sempurna dan melengkapi
betapa tiada ruang kekosongan itu pada mereka
betapa kegembiraan melenyap kesedihan


seandainya aku tidak lagi bertahan
cekal tabah bukan lagi menjadi kekuatan
hati jiwa minda pikiran tidak lagi bersatu
jasad dan fizikal hanya semata
matlamat hidup terbuang jauh


aku bukan orang terpilih
dan tidak akan dipilih
tiada untuk pilihan
tiada hak untuk memilih

24 July, 2011

Tuhan, beri aku cinta

Walau aku senyum bukan berarti
Aku selalu bahagia dalam hari
Ada yang tak ada di hati ini
Di jiwa ini hampa

Ku bertemu sang adam di simpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
Namun ada saja cobaan hidup
Seakan aku hina

Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terangMu
Biarkan lah aku punya cinta

Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halalMu
Tuhan beri aku cinta

nyanyian ayushita - Tuhan beri aku cinta

20 July, 2011

yang tertangkap



yang sempat tertangkap pada "ice cream day". kenang - kenangan daku. 

17 July, 2011

pertemuan

senyuman engkau bererti retak dalam hati aku.
pandangan engkau kejap-kejap menggolak jiwa aku.
butiran setiap kata engkau melekat pada pendengaran aku.


aku tak buang tebiat dan engkau tak bermimpi.
pertemuan pertama selepas dua tahun menyesakkan.
aku berpura tenang menentang arus degupan.
engkau tenang dan bersahaja seperti biasa.
menyukarkan dan mempesong setiap tekaan gerak geri engkau.


aku tidak akan lupa suatu masa dahulu.
engkau lepaskan aku tanpa pamitan satu jari.
engkau juga jangan lupa sekarang.
tidak mudah untuk engkau pautkan kembali tanpa pamitan itu.

11 July, 2011

dummy

dalam tesis untuk segulung ijazah aku.
perlu disertakan dummy variable untuk melengkapkan variable kajian yang dibuat. tidak nampak secara mendalam dan tidak perlu dihuraikan satu persatu seperti variable utama yang lain.


ex bos aku pernah berkata.
kalau tak tau bertanya. jangan nampak dummy depan orang lain. tak perlu buat-buat pandai kalo tak tau segala.


dalam salah paham ini.
cukup lah sekali aku menjelaskan dan cuba untuk meleraikan salah paham ini. sebab aku tak reti untuk berkali-kali seperti dummy yang nampak salahnya cuma aku.


**thanks to azar merancang untuk meleraikan segala. 

14 June, 2011

Bualan Kosong

terang bulan di pagar bintang. makin indah kalu di pandang.

bagai lah mana hendak berhias. cermin ku retak seribu. hendaklah hendak ku makan. kedainya jauh bukan kepayan.

jangan cik adik lah sayang. bermuram durja, tido sebantal cik adik. sanggul berbunga, kedai jauh jang rindu, maggi dah ada sentaplah teman.

jangan direndam maggi ku ini, biar ku cicah roti dan kopi. agar msg tak ditelani, jauh dari darah tinggi.

kan megah roti dipuji, kan segak kopi diratapi, alunan kafein dan fiber memang memenuhi piramid makanan. puas sudah ku melupakan sup ekor dan telur dadar. apa daya kenangan lalu. hari masih ada untukku.

sunyi dan sepi. tiada bintang berkelipan di langit yang biru. tiada kawan untukku berkata dan bersenda. ku nanti dikau dengan harapan yang penuh kasih tak terurai rasa.

tersenyum. aku sambil menitiskan air mata mengenangkan dikau. akhirnya kita kan bertemu jua.

manisnya rindu penuh bermadu. ku umpama awan. memberi engkau teduhan di kala terbit mentari.

tak perlu berteduh ketika panas. tak perlu sembunyi ketika hujan. tak perlu menangis ketika sedey. tak perlu ketawa ketika gembira. tak perlu apa-apa pada apa-apa.

tak perlu berkirim salam. tak perlu bertanya khabar. tak perlu mengambil tahu. perlu tak perlu. rasanya sudah terlewat untuk tahu.

jangan ditahan sendawa itu. jangan ditahan kentut itu. jangan ditahan rasa itu.

tak tahan tak tahan aku dah tertahan. menawan sikap mu menawan. ditahan sakit dilepas berbau.

tak perlu diungkapkan segala rasa. dari kata mu aku dapat membaca. jangan musnahkan segala rasa. kerna diri yang mula binasa.

sekadar enak pandangan mata, hati gulana mainan jiwa, sungguh manis si buah mangga, manis kata penjual membelah hati tertawan jiwa, sungguh lah cincin suasa, dipakai oleh anak benggali.

dilihat enak bukan dari selera. nampak bahagia bukan dari mata. tersuluh kasih bukan dari kata-kata. biar hati bicara dalam-dalam. biar jiwa menentu segala. biar degupan penentu rasa.

jangan dibiar apa dirasa, jangan didendam jika terasa, elok membiar dari kecewa, sesal dirasa mainan jiwa, kalo ternoda kerana kata, susah berundur kelak binasa, sudah suratan hati biacara, akal membantu jawapan dah jumpa.

dendam membiar masih berbaki. kasih dipulang tiada lagi. perit diri tiada ganti. mata bergenang tak diulangi. hampa mengharap hati kembali. kutip segala kata sendiri.

asal debu pasti pulang kedebu. dari tegak berhimpun baik rebah merepuh. bersabung lah kilat kiri dan kanan, hujan tak turun laut berlimpahan. terlekat kerana peniti, hujung pelangi pula sebabkan igauan, tidak terlintas nyawa dikandung badan. sesaat berangan terlepaslah habuan, ikan tak dapat umpan pulak hilang.

rindu menikam. dek cinta sita, hilang akal hilang sisa amarah. bongkar akar bingkar mimpi sudah lama. apa hikmah bersemadi balik perintah.

hasrat hati berlawan telunjuk. menolak dalih hajat mimpi. mengusap kepala tidak sedari. tersenyum bonda dominasi diri.

senyuman bonda berkisar sinis, mahukan teman dikala senja. biar berkais setiap masa, luas dan lebar ukuran sempurna.

yang bersuluh pada tempatnya. adat melayu kiasan isi nya. bonda melirik pada bertapak depannya. kedut mata menginjak usia. kita-kita seperti dia dalam-dalam maksudnya.

harapan mereka senantiasa ada, ukuran mereka bukan pada tintanya. biar seperti mereka bersama, pahit dan maung bisa terasa.

dalam hati bicara laju, luar bibir bicara kaku. seiringnya hati dan bibir tidak senada. rentakan jantung alunan rasa. tidak sama dirasa dilihat dipandang. jangan lupa satu. penentu bukan perancang.

sedangkan kail mencari umpan, seperti pungguk rindukan bulan, harum selama mungkin tak kekal, adat bererti masa terungkai.

jangan disoal kerana kenapa. jangan ditanya sebab musabab. empunya diri hanya pinjaman.

kerana resmi yang dipandang. kerana hujah yang bertentang. kerana nama yang bercerita. kerana hati yang berkuasa. kerana akal yang menduga.

jangan dirungut yang dikecapi. jangan menolak telah diberi. jangan mencaci mimpi belum berpaling. jangan mengerut bukan mimpi yang dah pasti.

biarlah si labu dan luncainya. pikiran mat jenin pencetus kreativiti. angan pak pandir bukan omongan. ayam yang menang kampung tergadai. hikayat kita, seniman bermaksud, hikayat manusia, semakin melapuk.

bisakah yang terpadam dinyala. bisakah yang terhina dicinta. walau ku himpunkan sesalku bisakah terbuka kalbu.

sedang belakang parang diasah bisakan tajam, inikan hati yang sering bergejolak. yang berlalu tetap berlalu. kerana masa kan tetap berlalu. enggang kalau tak mahu terbang bersama pipit, kelak enggang jua mati kelaparan.

selalu pipit disalaherti. selalu pipit tidak terpilih. selalu pipit tidak memenuhi. adakah enggang mengerti?

kerana pipit selalu berbunyi. enggang diam penuh bererti. kan megah enggang di langit, akan sukarnya selalu tak di erti. pipit berbunyi tanda mesra abadi, biarkan seperti pungguk dan bulan.

enggang dan pipit membelah angin. biar jauh belahan beribu. biar retak belahan berjuta. biarlah segalanya penghalang. yang berbelah hanyalah angin. yang mengerat tetap hati.

angin jualah yang membedakan mereka. angin jua yang rapatkan mereka. namun hanya kerana nama, semua yang ada terus merana.

kerana nama alasan dari penentu. belahan dan bersatu kehendak dari penentu.

salah sering dicari. namun harapan tak pernah. biarlah rahsia.

jangan lelah sebelum rebah, jangan hembus sebelum nafas. percayalah satu. penentu bukan perancang. yang diduga menguji diri. yang diuji mengajar diri.

kerana budi aku jatuh hati. bila mengenangkan apa yang berlaku. hati gembira mendapat surat darimu.

apapun yang kita lihat, itulah biasan kita. sepertimana mata melihat.

kehendak berpaling kepada ketentuan. duniawi sementara menutup dunia abadi. hati menurut kehendak menidak. adakah diri salah tidak mengia?

bukan mengia kerana terdaya. suatu hakikat pedoman jiwa. jangan dikhuatir akan zatnya.

yang lain diberi dan diberi lagi. yang meminta sentiasa meminta. kebahagiaan dan ketenangan.

kerana tuhan sayangkan orang yang sentiasa meminta, kerana dari ia yang wujudkan kerumitan kerana ia juga datang kedamaian.

hati memahami terlalu memahami. jiwa bersabar terus bersabar. cume perasaan bukan datang dari kewarasan menghantui diri yang naif. bukan tak mampu melawan mahupun menidakkan.

dalam sesarang telur yang baik, pasti ada telur yang busuk. dalam sesarang telur yang busuk, ada ke telur yang baik. mana angin berlalu tetap satu tujuannya.

diri merasa berdosa melalai pikiran, diri merasa berdosa menidak segala. aku hanya biasa.

aku jua sepertimu. insan yang jauh dari kewarasan akal, insan yang pernah menidakkan hakikat. tapi aku masih ada harapan. aku, kita semua ada pengharapan.


aku    dia

05 May, 2011

gugur

gugurnya harapan bersama hujan.
dicelah sedikit mudahnya bergenang.
terbuang jauh segala kerasan.
munculnya pelangi tiada warna.
semakin kabus dibiar menggelapi.
sepi kaku tiada yang menyapai.

membiar hening sebak di hati.
mengumpul rasa menjadi satu.
saat detik serentak memusing.
deruan angin memutar jiwa.
melalut diri merugi masa.
bagai ada sesuatu menghalang.

hilang begitu warna pelangi.
semakin gelap kabus melindungi.
biar diri terhimpit sendiri.
menjalan dunia tanpa isi.

dihalang semakin disekat.
diberi semakin berhulur.
bukan tamak haloba semua dibolot.
bukan tidak dipikir kepunyaan orang.
permudahkan untuk diri semudahnya.

02 May, 2011

varianza

jangan tanya kenapa.
ni yang aku suka.
sebab memang dah suka.
tapi hanya ilusi.
mau cari di alam realiti.


22 April, 2011

sibuk orang

apabila mereka selalu bertanya:
pakwe orang mana? bila nak kahwin? bila nak langsung majlis? takkan takde calon kot?


aku tidak lah terus menjawab. aku hanya tersenyum senang dan kelat. seraya menjawab:
belum ada jodoh lagi. takde sesape pandang dan nak kat aku. mungkin aku memang ditakdirkan tidak berpasangan di dunia ini.
adakah jawapan aku kolot dan nampak seperti orang yang tiada agama?


adakah aku perlu menjawab seperti sebelum ini:
dalam perancangan dan dalam masa terdekat. ada rezeki lebih jadilah.
sampai bile aku perlu menjawab jawapan seperti itu.
jawapan membisukan semua keadaan di situ.
berkata bermegah padahal kosong dan sampah.
perancangan palsu masa gelap pasangan hanya pikiran.
mana kan jadi malu kan diri sendiri yang memperbodohi.


tak perlu diulang wahai sekeliling.
aku reti mengira umur sendiri.
aku tidak cantik selayaknya untuk memilih.
aku pandai mengukur badan sendiri.
sukati aku masak untuk makan sendiri.
biar aku mengait untuk pakai sendiri.


aku tak mencari bila aku sorang.
aku tak meminta belanja untuk makan.
aku tak meminta simpati untuk dikasihani.
aku tak menagih bila aku susah.


jadi wahai sekeliling.
aku mahu hidup dengan cara aku sendiri.
jangan kata aku hidup tidak bermasyarakat selepas ini.
korang akan menjadi penyumbang untuk aku hidup tidak bermasyarakat.

20 April, 2011

if


if you try to find me harder, that's the challenge. thanks a lot..
if you try to belonging my love, that's our happiness. thanks a lot..
if you never find and see me, means that we are not to be together in this life..
if only i'm in love with you and never stop to loving you, even do you choose another her that you love..
if you still loving me when i do in love with another guy, i'm sorry dear..
if i still alone in this life, never find you in my life, never have a chance to give my love to you, i never regret it for myself..
because you are the best for another greatest women..

17 April, 2011

kadang-kadang rasa

kadang-kadang rasa bosan hidup ini
kadang-kadang rasa takde masa untuk diri sendiri
kadang-kadang rasa nak menangis tanpa sebab
kadang-kadang rasa nak memberontak tak tentu hala
kadang-kadang rasa nak hentikan 24 jam masa
kadang-kadang rasa nak hidup sorang selamanya
ah!

11 April, 2011

munajat cinta

malam ini ku sendiri tak ada yang menemani seperti malam-malam yang sudah-sudah hati ini selalu sepi tak ada yang menghiasi seperti cinta ini yang selalu pupus Tuhan kirimkanlah aku kekasih yang baik hati yang mencintai aku apa adanya mawar ini semakin layu tak ada yang memiliki seperti aku ini semakin pupus  :((



05 April, 2011

Log

Dialled Numbers:


Type ~ Voice
Date & Time ~ 5/4/2011 12:40 AM
Duration ~ 01:29:58


Type ~ Voice
Date & Time ~ 5/4/2011 2:11 AM
Duration ~ 00:50:40


04 April, 2011

jakun

menutup tirai abpbh.
penulis-penulis blog update entri yang sama.
menyummarykan nama-nama pemenang.

adakah ini fenomena atau jakun?

28 March, 2011

Laluan Paling Kanan & Pemandu



mukadimahnya.
secara teknikal untuk melancarkan perjalanan trafik yang berbeza kelajuan.
secara kemanusiaan dan kepenggunaan untuk pemanduan yang laju.
secara klinikal berisiko dengan "u kiss u pay" jika di luar kawalan.


sekarang punya hal.
aku memang drive macam nak terbang. terutama kalo lagi 20 minit waktu nak masuk keje.
bangi - damansara : 40minit, 100km/j ~ 20minit, 140km/j.
selit menyelit dah jadi rutin. cucuk mencucuk sangat dah biasa. tak kira kereta jenis apa.
hon panjang pendek semua aku tibai. lampu tinggi berkelip kelip aku balun.


persoalannya.
kenapa perlu ada selit menyelit, cucuk mencucuk, hon panjang pendek & lampu tinggi berkelip kelip.


atas jalan raya.
pemandu sekarang bijak memilih laluan paling kanan dengan kelajuan 30km/j.
apakah yang ada dalam pemikiran mereka pada ketika itu?
adakah mereka mendahulukan yang kanan dari kiri?
atau adakah mereka ingin menguji kesabaran pemandu lain?
semakin banyak lah penyirapan darah dan tercabar tahap kesabaran apabila menghadapi pemandu seperti ini.


hanya nak bagitau.
wahai pemandu-pemandu, sila identifikasikan kelajuan anda pada ketika dalam perjalanan.
mana tau selepas ini anda akan menjadi mangsa lampu tinggi dan mencucuk yang seterusnya?


23 March, 2011

e.n.t.r.i.s.e.b.e.l.u.m.t.i.d.o.

entri sebelum tido. badan penat, mengantok, menguap dah banyak kali. tapi tak leh tido. takde yang kurang. semuanya sempurna. bilik hanya diterangi cahaya suam laptop. tilam yang empuk. cadar yang lembut dan sejuk. berbantal yang sedap diletak kepala. bantal peluk kaki yang selesa. bantal busuk yang sedap dan selesa dipeluk dan diletakkan di antara mata dan dahi. tidak dilupa juga. kipas pusing bernada nombor dua kelajuannya dipasang sehala. angin dihala menyejukkan laptop dan diri. didendangkan juga lagu-lagu sentimental melayan pembaringan. telefon bimbit di tangan ditatap sekali lima minit. sepi dan tidak bergegar. melihat sekeliling. gelap dan kabur. sudah lena semalam pada waktu yang sama sekarang. itu semalam. tidak sama pada hari ini. memanglah. semalam dan hari ini tidak sama. tetapi akan melalui jam dan waktu yang sama. keadaan yang sama malam dan gelap. pelengkap tidur yang sama. apa yang membezakan semalam dan hari ini. mengikut detik yang sama jasad perlu berada di vads jam enam tiga puluh pagi. jarum tetap berdetik. tidak akan terhenti jika mengarahkan. apalagi yang menangguhkan lena. apalagi yang melengahkan pejaman mata. apalagi yang menggerakkan jari menaip. apalagi yang melambatkan tidurku. mencuri pandang jam di laptop dan telefon bimbit. jarum ini sudah ditetap sama seperti jarum di vads. aku ingin memejam mata. aku ingin mengunci jari. aku ingin merehat minda. akhirnya aku menghala pada 'publish post' petak. selamat malam.

21 March, 2011

Perlu


...

..

.

aku perlu mencuba

kena perlu

jangan ditanya kenapa perlu itu


*senyum sinis*


jangan sampai dikata katak bawah tempurung

jangan sampai dibahan sebagai tak mengenang budi

jangan sampai dihina orang yang tak sedar diri

jangan sampai dilihat sebagai dummy


*berpikir sejenak*


sejak bila aku mula memikirkan pandangan orang terhadap aku

yang selama ini aku mengabaikan perasaan orang lain secara belakangnya

sejak bila aku mula memikirkan kesempurnaan yang takkan ada

yang selama ini aku gerak dengan cara aku sendiri sebebasnya


*menetap pandangan*


apa salahnya berubah untuk kebaikan

kebaikan untuk orang lain lebih bermakna dari kebaikan untuk diri sendiri

sudah betollah itu

tapi bagaimana tak kena cara meminta

yang aku lebih beria dari yang meminta

yang aku bersedia, yang meminta hanya bergenang airmata

menarik simpati konon aku bersimpati

bukan itu yang aku nak, cukuplah hanya mengkabarkan

bukan cara aku menghulurkan dan mempersembahkan kasih sayang

orang lain mungkin sudah memujuk tapi bukan aku

kau tau itu dan perlu tau

tidakku buang semua keegoan dulu-dulu

aku tinggalkan sedikit untuk hal seperti ini


*bertutup mata*


ego+air muka+harga diri+maruah diri

sama sahaja semuanya

yang membezakan kita hanyalah ada@tidak dan banyak@sedikit


*menyampah*


kau bertanyakan harian jadual aku seolah2 aku dihambakan

dengan nada yang sepatotnya aku bertekik semula kepada kau

perlu ke perubahan harian jadual dikhabarkan kepada kau

hidup aku adalah aku, kau tak perlu masuk dalam hidup aku

atau kau perlu tau untuk mengarah aku itu ini membawa ke mana-mana

jangan kata aku berkira kalo itu cara kau meminta

hanya orang bodoh dan lurus yang boleh kau masukkan

dengan pantas otak aku berfungsi berpikir secara insan dan jiwa dengan keegoan

jangan harap sebutir pasir kau harapkan dari aku

kerana kau tak berhak aku berikan walaupun dengan airmata kau simpatikan

sedikit sisipan kepada kau yang tak tau tulisan ini

tak perlu mengangankan sesuatu yang kau tak genggami

perlu kau memijak apa yang sahaja kau miliki


kerana kita tidak lebih dari sesiapa



 

Show Me The Stars Template by Carly Lloyd Designs