13 February, 2012

Aturan Rasa

Pilihan Hidup

Jangan Terlalu Memilih, Terimalah Dia Apa Seadanya..

Jika kamu memancing ikan
Setelah ikan itu terlekat di mata kail
Hendaklah kamu mengambil ikan itu
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula kedalam air begitu sahaja
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kail kamu & mungkin ia akan MENDERITA
selagi ia masih hidup…
Begitulah juga setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang
Setelah dia mulai MENYAYANGI kamu
Hendaklah kamu MENJAGA hatinya
Janganlah sesekali kamu terus MENINGGALKANNYA begitu sahaja
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu
Dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia masih mengingati kamu…

Jika kamu MENADAH air biarlah berpada
Jangan terlalu berharap pada takungannya dan menganggap ia begitu teguh

Cukuplah sekadar untuk KEPERLUANMU sahaja
Kerana apabila ia mulai RETAK

tidak sukar untuk kamu menampal dan memperbaikinya semula
Dan bukannya terus dibuang begitu sahaja…

Begitulah juga jika kamu sedang memiliki seseorang….TERIMALAH dia seadanya
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan mengganggapkan dia begitu istimewa

Anggaplah dia manusia biasa
Kerana apabila dia melakukan KESILAPAN, tidaklah sukar untuk kamu MEMAAFKANNYA dan MEMBOLEHKAN hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhir hayat

Dan bukannya MENGHUKUMNYA dan MENINGGALKAN dia begitu sahaja kerana kamu merasa terlalu kecewa dengan sikapnya
Lalu semuanya akan menjadi TERHENTI begitu sahaja…

Jika kamu MEMILIKI sepinggan nasi
Yang kamu pasti baik untuk diri kamu
Yang MENGENYANGKAN dan BERKHASIAT

Mengapa kamu berlengah lagi?
Cuba mencari makanan yang lain?

Kerana terlalu ingin mengejar KELAZATAN
Kelak, nasi itu akan BASI dan kamu sudah tidak boleh menikmatinya lagi
Kamu akan MENYESAL

Begitulah juga jika kamu telah bertemu dengan seorang INSAN
Yang kamu pasti boleh membawa KEBAIKAN kepada dirimu
MENYAYANGIMU…. MENGASIHIMU…. dan MENCINTAIMU….
Mengapa kamu berlengah lagi? Dengan cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain?

Terlalu mengejar KESEMPURNAAN?
Kelak, dia akan BERJAUH HATI dan kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain
Kamu juga yangg akan MENYESAL dan tidak ada gunanya lagi
Oleh itu janganlah kita terlalu mengejar KESEMPURNAAN
Kerana ia bukanlah faktor utama KEBAHAGIAAN yang sempurna,
Sedangkan jika kita boleh memaafkan KESILAPAN orang yang kita sayang
Dan akur dengan KELEMAHANNYA sebagai manusia biasa serta BERSYUKUR dengan apa yang kita sudah MILIKI
Kita akan BAHAGIA, BAHAGIA dan terus BAHAGIA… itu lebih BERMAKNA !

“Begitu hidup ini tiada yang abadi
Yang patah akan tumbuh yang hilang akan berganti,
Namun yang berganti tidak mungkin sama seperti yang telah pergi”

kredit: http://akuislam.com/blog/renungan/terimalah-dia-apa-adanya/#ixzz1mBUXiBpX

09 February, 2012

membanding lagi

perasaan menyucuk hati lagi. sungguh aku tidak ingin membanding lagi. sungguh aku tak ingin merungut lagi. aku masih tidak sesempurna orang lain lagi. dan aku memang tidak layak untuk mempertikai kelemahan mereka yang lain. tetapi aku ingin keluarkan supaya tidak menjadi pembeku pada hati aku.

engkau melakukan dosa dan memperakui dengan sendiri pada aku suatu ketika dahulu. engkau bercium dengan kekasih orang, engkau bercinta sakan dengan kekasih yang lain, mudah engkau mendapat pengganti ganti demi ganti mengisi hati engkau. engkau bernikah dengan kekasih engkau yang itu, tetapi jodoh tak panjang. nah! engkau bertemu jodoh kali kedua sebagai pengganti. nah lagi! engkau melahirkan dan dikurniakan dengan anak yang sangat comel. sangat comel. aku jamin yang kehidupan engkau semakin lengkap dan berbahagia. tidak apa yang perlu engkau pikirkan lagi. hanya meneruskan kehidupan yang serba lengkap dan bahagia.

bagaimana engkau mendapat setiap kebahagiaan yang memang aku damba dan tagihkan. betol. aku tidak layak menyatakan dosa yang engkau lakukan. dosa sendiri tanggung kan. aku masih lagi menjaga halal haram untuk tidak bersentuh dengan yang bukan muhrim. masih menjaga. bukan untuk mengata diri konon-konon macam bagus. tapi itu hakikatnya. aku bukan seorang wanita yang menutup aurat dengan baik. tapi aku masih menjaga yang bukan muhrim itu. aku memang bodoh untuk membandingkan hal ini dengan jodoh dan kebahagiaan yang engkau dapat. aku sudah letih melihat dunia dengan melihat kebahagiaan orang lain. segala apa yang terpendam selama ini tak mampu aku simpan lagi sorang-sorang.

aku akui dan sangat tau setiap orang ada kelebihan dan kebaikan masing-masing. engkau baik, lemah lembut dan tidak sewenang-wenang menyakiti hati orang lain. mungkin dengan kelebihan itu, engkau dikurniakan kebahagiaan yang luas untuk engkau kecapi pada umur engkau yang masih muda kurang 2 dari aku. itu yang memang dah tertulis sebelum engkau dilahirkan di dunia lagi.

kelemahan banyak tersenarai dari kelebihan dalam diri aku. aku tidak layak untuk mengecapi kebahagiaan yang engkau dan orang lain kecapi. aku sentiasa merungut seolah-olah tiada yang tidak mati untuk aku bergantung. sungguh aku tidak mampu untuk memandang dan berpura-pura seperti tiada perasaan bergolak ketika melihat kebahagiaan mereka yang lain. aku penat. aku letih. aku tidak terdaya lagi menyembunyi sendiri. aku lelah menahan air mata supaya langsung tidak bertakung depan mereka yang lain dan melimpah ketika seorang diri memencil diri mencari dunia sendiri.

jika benar tiada kebahagiaan untuk diri aku, buangkan segala perasaan dan jiwa kasih sayang ini dari hati aku. jika memang ditakdirkan tiada jodoh untuk diri aku, buangkan segala pikiran dan angan-angan aku tentang itu. jika sudah ditentukan aku tidak layak memiliki segala yang mereka miliki, asingkan aku dari dunia mereka supaya aku tabah menghadapi sendiri.

 

Show Me The Stars Template by Carly Lloyd Designs