28 March, 2011

Laluan Paling Kanan & Pemandu



mukadimahnya.
secara teknikal untuk melancarkan perjalanan trafik yang berbeza kelajuan.
secara kemanusiaan dan kepenggunaan untuk pemanduan yang laju.
secara klinikal berisiko dengan "u kiss u pay" jika di luar kawalan.


sekarang punya hal.
aku memang drive macam nak terbang. terutama kalo lagi 20 minit waktu nak masuk keje.
bangi - damansara : 40minit, 100km/j ~ 20minit, 140km/j.
selit menyelit dah jadi rutin. cucuk mencucuk sangat dah biasa. tak kira kereta jenis apa.
hon panjang pendek semua aku tibai. lampu tinggi berkelip kelip aku balun.


persoalannya.
kenapa perlu ada selit menyelit, cucuk mencucuk, hon panjang pendek & lampu tinggi berkelip kelip.


atas jalan raya.
pemandu sekarang bijak memilih laluan paling kanan dengan kelajuan 30km/j.
apakah yang ada dalam pemikiran mereka pada ketika itu?
adakah mereka mendahulukan yang kanan dari kiri?
atau adakah mereka ingin menguji kesabaran pemandu lain?
semakin banyak lah penyirapan darah dan tercabar tahap kesabaran apabila menghadapi pemandu seperti ini.


hanya nak bagitau.
wahai pemandu-pemandu, sila identifikasikan kelajuan anda pada ketika dalam perjalanan.
mana tau selepas ini anda akan menjadi mangsa lampu tinggi dan mencucuk yang seterusnya?


23 March, 2011

e.n.t.r.i.s.e.b.e.l.u.m.t.i.d.o.

entri sebelum tido. badan penat, mengantok, menguap dah banyak kali. tapi tak leh tido. takde yang kurang. semuanya sempurna. bilik hanya diterangi cahaya suam laptop. tilam yang empuk. cadar yang lembut dan sejuk. berbantal yang sedap diletak kepala. bantal peluk kaki yang selesa. bantal busuk yang sedap dan selesa dipeluk dan diletakkan di antara mata dan dahi. tidak dilupa juga. kipas pusing bernada nombor dua kelajuannya dipasang sehala. angin dihala menyejukkan laptop dan diri. didendangkan juga lagu-lagu sentimental melayan pembaringan. telefon bimbit di tangan ditatap sekali lima minit. sepi dan tidak bergegar. melihat sekeliling. gelap dan kabur. sudah lena semalam pada waktu yang sama sekarang. itu semalam. tidak sama pada hari ini. memanglah. semalam dan hari ini tidak sama. tetapi akan melalui jam dan waktu yang sama. keadaan yang sama malam dan gelap. pelengkap tidur yang sama. apa yang membezakan semalam dan hari ini. mengikut detik yang sama jasad perlu berada di vads jam enam tiga puluh pagi. jarum tetap berdetik. tidak akan terhenti jika mengarahkan. apalagi yang menangguhkan lena. apalagi yang melengahkan pejaman mata. apalagi yang menggerakkan jari menaip. apalagi yang melambatkan tidurku. mencuri pandang jam di laptop dan telefon bimbit. jarum ini sudah ditetap sama seperti jarum di vads. aku ingin memejam mata. aku ingin mengunci jari. aku ingin merehat minda. akhirnya aku menghala pada 'publish post' petak. selamat malam.

21 March, 2011

Perlu


...

..

.

aku perlu mencuba

kena perlu

jangan ditanya kenapa perlu itu


*senyum sinis*


jangan sampai dikata katak bawah tempurung

jangan sampai dibahan sebagai tak mengenang budi

jangan sampai dihina orang yang tak sedar diri

jangan sampai dilihat sebagai dummy


*berpikir sejenak*


sejak bila aku mula memikirkan pandangan orang terhadap aku

yang selama ini aku mengabaikan perasaan orang lain secara belakangnya

sejak bila aku mula memikirkan kesempurnaan yang takkan ada

yang selama ini aku gerak dengan cara aku sendiri sebebasnya


*menetap pandangan*


apa salahnya berubah untuk kebaikan

kebaikan untuk orang lain lebih bermakna dari kebaikan untuk diri sendiri

sudah betollah itu

tapi bagaimana tak kena cara meminta

yang aku lebih beria dari yang meminta

yang aku bersedia, yang meminta hanya bergenang airmata

menarik simpati konon aku bersimpati

bukan itu yang aku nak, cukuplah hanya mengkabarkan

bukan cara aku menghulurkan dan mempersembahkan kasih sayang

orang lain mungkin sudah memujuk tapi bukan aku

kau tau itu dan perlu tau

tidakku buang semua keegoan dulu-dulu

aku tinggalkan sedikit untuk hal seperti ini


*bertutup mata*


ego+air muka+harga diri+maruah diri

sama sahaja semuanya

yang membezakan kita hanyalah ada@tidak dan banyak@sedikit


*menyampah*


kau bertanyakan harian jadual aku seolah2 aku dihambakan

dengan nada yang sepatotnya aku bertekik semula kepada kau

perlu ke perubahan harian jadual dikhabarkan kepada kau

hidup aku adalah aku, kau tak perlu masuk dalam hidup aku

atau kau perlu tau untuk mengarah aku itu ini membawa ke mana-mana

jangan kata aku berkira kalo itu cara kau meminta

hanya orang bodoh dan lurus yang boleh kau masukkan

dengan pantas otak aku berfungsi berpikir secara insan dan jiwa dengan keegoan

jangan harap sebutir pasir kau harapkan dari aku

kerana kau tak berhak aku berikan walaupun dengan airmata kau simpatikan

sedikit sisipan kepada kau yang tak tau tulisan ini

tak perlu mengangankan sesuatu yang kau tak genggami

perlu kau memijak apa yang sahaja kau miliki


kerana kita tidak lebih dari sesiapa



20 March, 2011

Blogger Giler Glamour

entri kali ini agak berbaur kritikan dan kutukan.

aku tak paham camne orang lain leh jadikan kau idola dalam berblogger. dulu aku baca gak blog kau. itu pun sekali dua jek. tapi aku tengok semakin mengarut dan takde pengisian langsung. kalo nak berblog dengan niat untuk mencari pendapatan dan mengejar trafik, biar lah ada pengisian dan matang skit.

lagi bertambah aku meluat tengok kau dalam entri ini. giler trafik dan giler glamour lah kesimpulan yang aku dapat wat untuk kau. kau contohi lah nara tu. walaupun dia seorang blogger yang berjaya, tapi dia tetap merendah diri n tak giler glamour macam kau. part yang memang menunjukkan kau gler glamour adalah di mana biler ko duk sebut peminat2, tapi nara menyatakan dia tak panggil peminat, dia sebut sebagai pembaca n kawan2. kat situ pun dah nampak rendah diri dia. tolonglah sedar diri skit yang orang leh ramai kenal kau sebab kau promosi diri kau lebih dari kau promosi blog kau yang macam hampeh.

aku bukan sesuka hati nak mengutuk blog kau dan orang lain. blog aku bukan bagus pun. yang bezanya kita adalah niat kita berblog. kau berblog adalah untuk mengejar trafik, berbeza dengan aku. aku berblog hanya untuk cari tempat untuk meluahkan isi hati aku dengan cara penulisan aku dan membaca blog2 kesukaan aku yang ada dalam list di sebelah tu. jadi, aku memang langsung tak mengejar trafik dan tak cari followers.

aku paham dunia blog ni kecik jek dan semakin meluas perkembangannya sekarang ni. aku pun bukannya pengkaji informasi, penulis blog yang berilmiah dan pengkritik tetap untuk mengkritik dan menilai kau dan orang2 lain di sana. setiap individu ada cara masing2.

aku menulis pasal ni pun sebab aku rimas dengan promosi dan expose murahan kau itu.

sekian, terima kasih.


19 March, 2011

Kerana Ini

muka garang, tetap comel dan manis

boleh dikatakan jiwa kental beb

hati kering memang kering sudah pasti

keras kepala batu tak terbendung

yang pastinya aku bukan minah leleh

segalanya berubah satu demi satu

berubah muka manja dan sayu

jiwa terlerai satu persatu

hati terusik menggenggam perasaan

air mata berguguran perlahan tanpa disedari

segalanya kerana lirik, melodi, paduan suara dan klip ini



17 March, 2011

101번째 프로포즈

:: it's natural for people to meet and then separate ::


:: Happiness was too short, and the pain after that was too long ::


:: if there was no happiness, there might not even have been pain ::




10 March, 2011

hilang



hilang
aku mencari
tapi tak jumpa
sampai hari ini
hilang
aku menunggu
tapi tak muncul
sampai hari ini
hilang
aku mencuba
tapi tak boleh di paksa
sampai hari ini
hilang
aku memaksa
tapi tak berdaya ber pura
sampai hari ini

jumpa
aku gembira
tapi dah terlambat
muncul
aku memaku
tapi dah tertutup
paksa
aku tersenyum
tapi itu bukan diriku
pura
aku memejam
tapi tak menjadi


07 March, 2011

04 March, 2011

Entri Entah Apa Motif





Entri ini tiada tujuan motif

Entah tak tau dalam entri

Apa yang patot ditulis entah

Motif kosong ke laut apa




 

Show Me The Stars Template by Carly Lloyd Designs