03 December, 2009
berdiam & berkata
berdiam lebih baik dari berkata,, adakah??,, ataupun berdiam seolah2 nampak seperti lari dari masalah,, ataupun berdiam untuk tidak mengeruhkan lagi keadaan,, ataupun berdiam seperti tidak mengangkat tanggungjawab yang dipikul,,
berkata kebenaran lebih baik dari langsung tidak berkata,, betolkah??,, berkata seolah mengaibkan dan menjatuhkan,, berkata seperti mengguris dan mencarik sekeping hati yang lain,, berkata kebenaran menyakitkan dan sebaliknya kepuraan tidak menyakitkan,, kerana apa??,, kebenaran yang didengar menyakitkan dan kepuraan yang didengar menyenangkan,,
ataupun sebenarnya diri yang tidak kena cara,, yang lain memerlukan matahari, diri memberikan air,, yang lain telah menerima matahari,, untuk jangka masa, salahkah diri memberi air pula,, bukan diri tak pernah memberi matahari, sampai bile berkehendakkan matahari sedangkan memberi air adalah caranya,,
setiap hubungan ada batasan,, "keluarga, saudara, adikberadik, kekasih, tunang, suami, kawan, teman, sahabat",, adakah batasan kasih sayang untuk setiapnya??,, diri terlalai dan kealpaan dalam sekejap minit hubungan yang datang menghampiri,, meneruskan kepuraan atau kebenaran menjadi tanda tanya,, kerana apa??,, kerana tiada batasan kasih sayang untuk setiapnya,, mengenepikan harga diri, membuang kepentingan diri, mengalah dari segalanya,, menyalahkan diri lebih baik dari menuding jari pada yang lain,, mementingkan diri dan membuang kepentingan diri menjadi tanda tanya,,
air yang bertentangan dengan yang lain telah diberi,, berkata juga telah diri perdengarkan pada yang lain,, di mana kasih sayang diri letakkan??,, air yang diberi menunjukkan kasih sayang yang tidak bertepian untuk yang lain kerana memberi matahari akan melalaikan,,
biarlah di sini,, akan berterusan jua,,
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment