14 August, 2011

keluhan pertama kali

sedang aku mengemas ketika selepas berbuka puasa.

mak bersuara.

"kau tak rasa sunyi ke hidup ini. rasa nak berteman atau berdua ke. apa lah nasib aku ni. kahwin tergesa-gesa, suami pulak mati cepat. anak- anak pulak..."

mak diam dan tidak menyambung ayat itu lagi.

aku menjawab seperti tiada perasaan.

"nak wat camne"

aku terus tekun mengemas seolah-olah tiada apa yang mengusik jiwa aku.

aku menjawab di dalam hati tanpa diluahkan bicara.

"sebab emak orang yang terpilih oleh ALLAH. hanya orang yang mampu diuji sebegitu akan diuji sebegitu"

aku tekun lagi mengemas dapur dan diteruskan ke sinki. di saat mak masuk ke bilik air, serentak itu air mata aku bergenang dan luruh satu persatu.

aku mencuba nampak tabah, cekal dan kuat depan mak. aku mencuba untuk tidak nampak lemah dan kuat semangat. memang aku berjaya menyembunyikan segala lara. memang aku berjaya meluahkan segala kekuatan.

keluhan mak yang pertama kali itu masih terngiang-ngiang sehingga detik ini.

13 August, 2011

doa ketika menunggu berbuka puasa


seminggu yang lepas..

mak aku akan menadah tangan lama ketika doa untuk berbuka puasa. sambil mulut terkumat kamit. aku memandang dengan rasa pelik. seperti memahami isi hati aku, mak aku mengatakan bahawa doa ketika menunggu berbuka puasa adalah doa yang termakbul dan moga-moga diberkati.
aku tersenyum dan mendengar dengan sepi.

dua hari yang lepas..

aku terbaca artikel mengenai doa ketika berbuka puasa. sepantas kilat kata-kata mak menerjah pikiran. sedikit demi sedikit mendengar dengan sepi itu berputar di dalam pikiran, minda dan akal.

pada hari ini..

aku menadah tangan baca doa berbuka puasa dan doa makan mengikut nada di kaca televisyen. tidak seperti biasa aku terus menukup tangan di mulut, aku menyambung doa.

"YA ALLAH, aku berdoa kepadaMu. semoga aku dipertemukan dengan lelaki dan suami yang dapat membimbing aku ke jalan yang benar yang diredhaiMu"

12 August, 2011

bertahan

aku masih mampu lagi bertahan
berdiri di atas kaki sendiri
hidup dengan dunia sendiri
menulis dengan cara sendiri


aku mencuba lagi bertahan
percikan jernihan dari kelopak mata dan hati
seakan tiada siapa menyedari aku memerhati mereka
betapa bahagia sempurna dan melengkapi
betapa tiada ruang kekosongan itu pada mereka
betapa kegembiraan melenyap kesedihan


seandainya aku tidak lagi bertahan
cekal tabah bukan lagi menjadi kekuatan
hati jiwa minda pikiran tidak lagi bersatu
jasad dan fizikal hanya semata
matlamat hidup terbuang jauh


aku bukan orang terpilih
dan tidak akan dipilih
tiada untuk pilihan
tiada hak untuk memilih

 

Show Me The Stars Template by Carly Lloyd Designs