26 August, 2010

FaceToFace @ SideBySide ?

petang tadi sambil drive balik kerja dengan kelajuan 40km/jam,, aku layan fly.fm di corong radio,, aku tertarik dengan perkara yang dibincangkan,, topic yang simple tapi sangat menarik,,

"seating arrangement,, what is your favorite position when eating together"

"face to face' or side by side"

banyak gak respon dari pendengar2 fly.fm,, kalo nak tulis satu2 kat sini mmg tak ingat lah,, hehehehe,, tapi kesimpulan yang aku leh wat lah sepanjang memasang telinga, memegang stereng, dan mata melihat kereta hadapan ketika itu,,

kebanyakan pendengar pompuan yang kol tu suka 'side by side',, ada satu pendengar tu siap cakap lagi, sambil makan leh sambil touching2 dan bermesra2,, pengakuan yang agak jujur,, dunia dah terbalik ke,, huhuhu,, tak boleh blah,,

dan pendengar lelaki kebanyakan lebih suka dan selesa dengan 'face to face',, aku teringat dengan kenyataan seorang jejaka ni,, katanya dapat melihat setiap reaksi gerl dia sambil2 makan tu,, dan yang penting leh tengok muka gerl dia puas2,, kalo nak suap2 pun senang,, huhuhu,,

pilihan aku?,,

dari segi pendapat peribadi aku, aku lebih suka seating arrangement 'face to face' apabila makan berdua2an ngan beliau,, sapekah beliau? akan menyusul jua nanti,, hehehe,, aku lebih selesa kalo duduk berhadapan dengan pasangan berbanding duduk bersebelahan,, sebenarnya kita leh tengok reaksi spontan dari dia,, dia suka atau tak suka,, kadang2 reaksi yang spontan ni adalah jujur dan tidak menipu,, kat situ juga kita boleh elak dari bersentuhan2 yang tak sepatutnya seperti berlaga bahu, tersentuh tangan atau yang sewaktu dengannya apabila duduk bersebelahan,,

aku yakin setiap orang ada pendapat masing2 tentang perkara ini,, ada alasan tersendiri setiap perbuatan dan perilaku itu,,




~~fyruzTiranarmi~~

25 August, 2010

Lelaki GenToo Hitam

tetikus menapakkan ke butang PRB pada minit 15,,

dengan kiraan 28...29...30,,

klik logout....... cabut headset.......shut down PC....

yes, ari ni aku kuar tepat 530pm seperti ari sebelum2 ni sepanjang training,, tak leh lambat seminit, pasti akan sangkut berjam2,, seperti biasa juga, masuk lift tanpa berebut, masukkan headset dalam lift, berjalan ke kereta dengan 5 langkah per saat,, laju gak aku berjalan,, hehehe,, memang tak pandang dah orang sekeliling,, yang aku bayangkan adalah kereta2 yang akan aku tempuh sepanjang perjalanan pulang ke umah nanti,,

dan......aku anggap hari2 aku akan melalui rutin seperti biasa sepanjang aku training ni,,

tetapi tidak pada hari ini,, ada sedikit beza pada 'ending' itu,,

aku teruskan perjalanan keluar dari vads,, agak lancar trafik di sekitarnya,, melalui kerinchi link,, touch n go dan.......yes, betol tekaan aku akan jem di sini,, yes, aku sangat suka jem di sini,, hmmm,, teruskan lagi penyelitan vivi aku ke kanan ke kiri mengalahkan yang lain,,
seterusnya, aku melalui federal kat bangsar,, aku amik link paling kanan dan laju,, dengan sepantas kilatnya aku meng strike link paling ke kiri dan tengah untuk masuk ke highway seremban,, ala, yang kat bawah jambatan tu,, kalo ke kiri sangat ke midvalley dan ke kanan ke KL sentral,, jadi, aku melalui tengah,, dapat imagine? tahniah,,

teruskan memandu,, agak lancar skit di kawasan seputeh,, aku belok ke kiri untuk menuju ke highway seremban,, perghhhh,, kat sini kalo tak jem itu bermakna semua orang naik komuter untuk pergi dan balik ke destinasi masing2,, yuhuuuuu,, aku suka jem kat sini dan suka orang tak naik komuter,, realitinya, aku paling tak suka jem kat sini,, akan berlarutan dari depan nirvana hingga ke giant sri petaling hingga ke lorong kelab lumba kuda hingga tol sungai besi,,

touch n go and vroooommm,, lepas tol ni dah lancar skit,, bile dah lancar, speed pun menegak ke 30darjah = 110km/jam,, nampak di sebelah kiri south city, lorong ke tol serdang dan akhirnya lorong ke tol kajang,, aku belok kiri dan amik link touch n go,,

teet teet dan palang pun terangkat dan aku pun lalu,, aku terus amik site kiri untuk ke kajang,, link tengah ke serdang dan link kanan ke putrajaya,,

bile dah amik link kiri tu, niat aku untuk potong kereta depan yang tengah Q untuk ke kiri gak,, tapi tak lepas sebab pemandu kereta itu membelokkan muka depan kereta dia ke kiri dan membantutkan aku untuk potong dia,, tepi kiri tu aku tengok dah rumput2 n longkang,, kalo aku teruskan memang ke longkang lah,, hehehe,, aku pun dengan sopan Q betol2 belakang kereta itu,, dan automatik pemandu itu membetolkan posisi kereta dia,, amboi, nak main2kan aku lah tu,, hehehe,,

Q di sini agak lama lah,, aku tengok link sebelah kanan tengah yang nak ke serdang ni,, memang Q lagi panjang sampai ke belakang sana,, aku pun teruskan memandu perlahan2 mengikut kereta yang sama tadi,, kat depan sekolah maahad ni memang boleh tahan jem gak,, dan.... kereta itu masuk link kiri iaitu dia belok ke kanan dan aku masih lagi meneruskan dalam link kecemasan ni,, dan aku menyusup masuk ke link kiri iaitu belok ke kanan  dari 4 buah kereta di depan kereta itu,, paham tak ayat aku? ini bermakna kereta itu iaitu kereta yang sama tadi berada 5 buah kereta belakang dari aku,, dengan kata lain, kereta aku berada di depan 5 buah kereta dari kereta yang sama tadi,,

bile kereta aku dah berada depan dari kereta itu, aku rasa satu kemenangan,, dan aku gelak sorang2 dalam kereta siap tutup mulut,, bukannya apa,, aku cume berangan yang dia akan berkata dalam hati,

"hebat gak pompuan ni bawak kereta n main cilok2",,

aku pun teruskan perjalanan dengan tenang,, aku u-turn dan shell sekarang berada di sebelah kiri aku,, aku mula memperlahankan kenderaan aku sebab destinasi aku semakin hampir,, aku layan lagu favourite iaitu parachute,, aku bagi signal untuk membelok ke kiri lorong sebelah shell itu,,

tiba2.......... arghhhhhhhhhhhh..............

kereta itu berada sebelah kereta aku dan pemandu itu pun memperlahankan kereta dia senada dengan kereta aku,, ini bermakna dia berada di sebelah kanan aku dan aku berada di sebelah kiri dia,,

**lakaran situasi untuk cik azar**


kereta GenToo Hitam yang bertouch-up dan enjin bunyi vroo00mm @ kereta itu~~

pemandu itu~~

seorang lelaki>>berkaca mata hitam>>rambut cacak>>tough dan gempal2 tak kurus>>

dan...dan..dan... ni yang aku tak sanggup nak tulis,,

dia senyum kat aku,, aku ulang lagi sekali,, dia senyum kat aku,, lagi sekali,, dia senyum kat aku,, lagi sekali,, dia senyum dan pandang aku sambil memandu dan aku pun senyum dan pandang dia,, kiranya kitorang drive masa tu tak pandang depan,, dia pandang kiri dan aku pandang kanan,, hehehe,, terer kan?

senyum2 ni terhenti pabila aku perlu belok ke kiri dan dia nak tegak jek,, nasib baik aku tak terlepas lorong sebelah shell ni,, aku perlahankan kenderaan lagi dan kereta dia dah berada depan skit dari kereta aku,, aduh, nak senyum2 lagi,, nak lagi nak lagi,,

aku dengan spontannya melambaikan tangan pada dia,, aku tau dia nampak dan aku tak tau apa respon dia dalam kereta dia,, bila aku dah belok skit, aku nampak kereta dia masih lagi slow,,

adakah dia sedang berpikir untuk u-turn? aku pasti dia memang nak u-turn,, tapi dia berpikir keselamatan diri dia,, gler ke apa nak u-turn kat highway depan shell sg ramal tu,, memang menempah maut,, aku teruskan perjalanan sampai ke destinasi dengan hanya memikirkan lelaki dalam kereta itu,,

dia senyum pada aku dan mengikut rentak perlahan kereta aku,, ini satu respon yang luar biasa,, aku pun berangan,,

*dia akan tunggu kat shell tu dan tunggu sehingga kereta aku lalu dan dia akan mengejar kereta aku,, dia mengekori sehingga aku memberhentikan kereta di tepi jalan,, dan dia turun kereta dan menghulurkan salam perkenalan,, dan aku sambut itu dengan senyuman yang paling manis,, dan......manisnya cara perkenalan seperti itu dalam hidup aku,, ahhhh... aku bahagia denganmu*

nyewwwwwwww,, pappp! padan muka ko nyamuk,, sedap2 isap darah aku,,

kaco daun betollah aku nak berangan,, isk,,

berpijak pada realiti semula,, tak mungkin dia akan mencari aku,, tak mungkin,, tapi best gak dia nak cari aku balik,, hehehe,,

aku yakin dia duduk area bandar baru bangi,, biasanya kalo lepas u-turn kat jambatan itu, sama ada orang itu akan belok kat lorong sebelah shell atau belok kiri untuk ke bangi kat depan skit tu,, sebab kalo naik flyover nak ke KL dan kalo terus nak ke serdang n putrajaya,, lebih baik dia amik link yang betol masa lepas tol kajang tadi tu,, betol tak? mesti betol nyer,, kompem!!~~

sampai laa ni aku ingat kat pemandu itu,, aku bukan ingat pape,, aku cuma ingat senyuman dia jek,, sangat menampakkan keihklasan dan sedikit kegatalan di situ,, hehehe,,

aku cume terdetik,, pertemukan lah kami semula andai itu jodoh ku,, aminn~~



~smiLe~
~fyruzTiranarmi~

18 August, 2010

bicara semangat #2


Thanks for your support ~~ azarFatiha 

Someday someone might come into your life 
and love you the way you've always wanted
If your someday was yesterday, learn
If your someday is tomorrow, hope
If your someday is today, cherish

~~fyruzTiranarmi~~

16 August, 2010

berguguran akhirnya #2

Faceb00kStatus ~ 

"i wish i can same stand up as u all friends,, if your intention to kick me out, just do it,, don't give a chance and chance that will make me hoping, hoping and continuously hoping,, I'm just fed up with this fucking!"

************************************************ 

entry itu tidak berakhir di situ,,
habis terdaya aku menahan,,
di kala dikelilingi aku tidak berdiri sama mereka,,
aku berpikir menerawang, tidak fokus di hadapan,,
membiarkan masa itu berlalu dengan cepatnya,,
sangat terasa bawah, bawah dan bawah lagi,,
aku tidak layak bersama,,
di saat orang sekeliling ketawa, berkata2,,
aku masih lagi dalam dunia pikiran yang tak pernah habis,,

pada saat itu,,
aku menundukkan muka,,
cube menyembunyikan apa yang dirasa,,
cube menahan airmata yang bertakung di kelopak,,
cube menenangkan degupan jantung yang semakin laju,,
aku tutup mata,,
supaya air di dalamnya tidak menuruni ke bawah,,
aku berjaya,, iyer, aku berjaya,,
aku berjaya hanya hati yang melawan jiwa,,

teruskan hidup yang sebegini,,
sentiasa bermain teka teki,,
sentiasa diperhati,,
sentiasa memaksa diri untuk menjadi sempurna,,
sentiasa sentiasa sentiasa roBotiK,,

tatkala bersendirian di kamar sepi,,
aku disapa dan ditanya tentang status itu,,
jiwa aku seperti ditarik keluar,,
kesedihan dan segala yang terpendam berlumba2,,
melepaskan sengsara,,
bukan mulut yang berbicara dahulu,,
bukan telinga yang menadah jua,,
bukan tangan yang menggerak kala itu,,
air mata berguguran akhirnya,,
di saat itu,,
laju...sangat laju,,
terasa sedu sedan yang tak terlepas di saat kesunyian itu,,
aku membiarkan,,
tidak menahan lagi untuk waktu itu,,
biarlah ianya lepas pada saat kesunyian itu,,
bukan kah lebih baik ?
meratapi berseorangan dari melabuhkan muka di bahu orang lain,,
adakah akan lega sepenuhnya ?
 aku tidak yakin dengan itu,,

13 August, 2010

biarkan jatuh cinta ~~ ST12

**saja jek aku nak berkongsi lagu ni dalam blog aku,, aku dengar lagu ni sekali jek,, terus aku suka,, dan dah seminggu aku layan lagu ni jek,, dengan erti kata mudahnya, aku repeat lagu ni all the time,, punya lah poyo, aku siap wat lagu ni ringtone,, hehehe,, **


Mata ini indah melihatmu
Rasa ini rasakan cintamu
Jiwa ini getarkan jiwamu
Jantung ini detakkan jantungmu
 

Dan biarkan aku padamu
Menyimpan sejuta harapan
Aku padamu
Rasa ini tulus padamu
Takkan berhenti
Sampai nanti ku mati
 

Biarkan aku jatuh cinta
Pesona ku pada pandangan
Saat kita jumpa
Biarkan aku 'kan mencoba
Tak perduli kau berkata
'Tuk mau atau tidak

DownLoad~~ tekan jek sini



~suka suka suka~
~fyruzTiranarmi~  

11 August, 2010

p0se hari 1

tengah syok2 melayan blog2 ntah sesape punyer,,
aku dengar bunyi air paip dan bunyi kuali berlaga dengan sinki kat dapur,, tengok jam laptop baru kul 415am,, ni mesti mak aku dah bangun untuk menyiapkan juadah bersahur,, aku duk diam2 dalam bilik konon2 tido lah,, padahal aku tak tido lagi dari petang semalam,, almaklumlah kalo dah rutin harian aku siang=tido dan malam=tak tido,, nak tolong mak ke tak nak ni,, best gak nak manja2 ngan mak macam dulu2 masa zaman2 sekolah,, mak akan kejut kami semua bile makanan dah ready dan nasi dah siap bubuh dalam pinggan,, yang  paling bestnya, kami beradik semua basuh tangan dan terus bubuh lauk dalam pinggan,, syoknyerrrrrrrrrrr,, dan...... 

aku berpijak pada realiti semula,, tengok jam dah kul 440am,, sian plak mak masak sorang2,, aku kuar bilik dan tolong pape yang patot,, biasanya aku akan amik tender basuh pinggan dan lap2 skit sana sini,, nak harapkan aku masak, sampai berbuka kot tak siap lagi,, dan memang tinggal harapan jek lah,, aku jeling skit pe yang mak aku masak,, nasi goreng, maggi goreng, telur goreng, sambal tempe goreng,, amboi semuanya bergoreng,, diet? aku buang ke laut china selatan untuk sementara waktu,, mak aku dah siap dengan kopi radix panasnya,, aku pun memang tak nak kalah gak,, aku buat nescafe 0 panas special,, pe yang special? aku tambah cili skit supaya jadi special,, biar dalam pahit tu ada pedas2 skit,, baru layan beb,,  giler ke apa aku ni,, memang tak lah,, hehehehe,, yang special nya adalah air ni adalah dari air tangan aku sendiri,, selama ni meng 'order' jek kan,,

setelah semuanya terhidang,, mak aku kejut adik2 aku tu,, aku kira2 adalah 4 round mak aku memanggil nama diorang,, tp tak bangun2 gak,, aku nak tunggu diorang? harapan jek lah,, aku bubuh makanan2 tu semua dalam pinggan dan terus amik port makan aku,, iaitu di kerusi malas depan TV,, huhuhu,, sangat selesa,, aku tengok jam baru kul 515am,, sambil makan tengok rancangan menyayat hati plak,, merisik khabar > era.fm > aznil,, aku layan kan jek,, perot dah kenyang,, menyandar plak badan kat kerusi malas,, terus ngantok,, dan ada satu suara:

"kaklong, ko jangan tido dulu,, tunggu subuh", suara itu bergema.
"tau", aku menjawab sambil mata dah nak tutup.

"ko tu macam dah nak tido,, subuh dulu,, kang ko susah nak bangun", suara itu lagi.

"tau mak,, nak tunggu subuhlah ni", aku menjawab sambil mulut jek yang terbuka.

"ko kena utamakan yang wajib dulu,, jangan nak amik leka", aku terus buka mata dan tegakkan badan aku supaya mak aku tak bersuara lagi.

yes,, takde statement pape lagi yang kuar,, aku pun layan TV lagi sekali sambil badan tegak di kerusi malas,, mata dah nampak bayang2 tv tu 10 biji,, sehinggalah terdengar azan,, aku selesaikan solat subuh dan bersedia nak tido,, tapi....

nape mata tak nak lelap lak ni,, uwaaaaaa,, jam dah kul 600am,, aku buka blog dan sedang menaip ni,, nape tak ngantok ni,, adakah disebabkan nescafe 0,, aduhai mata,, jangan wat hal,, dah lah nak keje kul 230pm,, paling2 busuk pun kena bangun kul 12pm,, aku singkap tirai facebook jap,, isk, tak leh jadi ni,, kena paksa tido gak,,

aku pun publish post ni,,

08 August, 2010

boleh blah!

**entry kemarahan yang tiada tapisan**


ko boleh blah,,
menyemakkan kepala aku,,
childlish!!!!!!!
ego yang tak bertempat ~ meluat aku!
bukan semua orang dicipta untuk ikot otak ko!
konon yakin tapi bodoh!
aku diam tak bererti kalah,,
aku mengiyakan tak bererti setuju,,
tapi aku tak nak melayan otak ko yang budus!
nape lah aku jumpa lagi orang macam ko,,
semak!!!
boleh blah ngko yang macam bagus!!

mengalah?
jangan harap aku orangnya,,
keras kepala?
aku salah seorang nya,,
hati batu?
aku mmg tak terkecuali,,
egois?
sudah semestinya aku,,

keras kepala pada orang yang keras kepala,,
berhati batu pada orang yang berhati batu,,
lebih ego pada orang yang ego,,
biar kena tempat, bertempat dan tepat,,
WTF!!

07 August, 2010

secrets ~ oneRepublic


I need another story
Something to get off my chest
My life gets kinda boring
Need something that I can confess

Til’ all my sleeves are stained red
From all the truth that I’ve said
Come by it honestly I swear
Thought you saw me wink, no
I’ve been on the brink, so

Tell me what you want to hear
Something that were like those years
Sick of all the insincere
So I’m gonna give all my secrets away
This time, don’t need another perfect line
Don’t care if critics never jump in line
I’m gonna give all my secrets away

My god, amazing how we got this far
It’s like we’re chasing all those stars
Who’s driving shiny big black cars

And everyday I see the news
All the problems that we could solve
And when a situation rises
Just write it into an album
Singing straight, too cold
I don’t really like my flow, no, so

Tell me what you want to hear
Something that were like those years
Sick of all the insincere
So I’m gonna give all my secrets away
This time, don’t need another perfect line
Don’t care if critics never jump in line
I’m gonna give all my secrets away

Oh, got no reason, got not shame
Got no family I can blame
Just don’t let me disappear
I’mma tell you everything

So tell me what you want to hear
Something that were like those years
Sick of all the insincere
So I’m gonna give all my secrets away
This time, don’t need another perfect line
Don’t care if critics never jump in line
I’m gonna give all my secrets away

So tell me what you want to hear
Something that were like those years
Sick of all the insincere
So I’m gonna give all my secrets away
This time, don’t need another perfect line
Don’t care if critics never jump in line
I’m gonna give all my secrets away
All my secrets away, All my secrets away

download ~~ click here
 

Show Me The Stars Template by Carly Lloyd Designs