29 January, 2012

meng 'update' AJL 26

aku dah agak semua orang akan meng 'update' pemenang2 AJL 26
tapi aku tak ingin mengupdate yang semua orang tau jawapannya


aku cuma ingin menilai melalui pandangan hati sendiri


lagu kisah hati nyanyian alyah mempamer hati nya
aku mendengar bait-bait lirik dan melihat penyampaiannya
air mata aku bergenang di kelopak mata
air mata melurut di saat alyah melentok kepalanya pada remy ishak
itu bukan hanya sekadar lakonan pada aku
pendamping ketika kau bersedih dan memerlukan seorang


lagu penakut nyanyian yuna
bait-bait lirik yang bukan biasa
sangat mendalam tidak perlu diteliti
aku terbiasa dengan kata-kata yang tidak terus


lagu awan nano nyanyian hafiz
penuh pengertian dari diri dia sendiri
tak perlu begitu sempurna penampilan
lebih menjadi diri sendiri dan ekspresi


yang selebihnya tidak menusuk jiwa
pandangan hati terhenti hanya di situ

kawan yang pernah jadi

sina inawaz


aku tak pernah lupa kau
sebab kita pernah jadi kawan
bukannya mudah lupa kawan yang pernah jadi


aku ikut juga cerita kau
walaupun tak add friends or blog list
dan tergerak terbaru aku membaca
ada sedikit perubahan pada dunia kau
hidup tak sentiasa indah dan terisi
hidup tak sentiasa perit dan kosong


sedikit mengimbas masa lalu
hitam putih bertulisan SHELL
aku simpan dan masih pakai penghadang itu pada vivi
terdetik untuk kembalikan bile kau dah berpunya oyen
hanya terdetik dan aku tidak ingin memberi kembali
biar aku simpan supaya tidak terhapus langsung


jangkaan aku sangat tepat
hari terakhir aku di JPM
kau memang tidak muncul diri
aku lupa alasan yang diberi


bermula gula berakhir asam jawa
itu tidak bermakna membuat aku lupa ingatan
semoga kau dapat apa yang berhak

Dah Rasa

Andai rasa boleh dirasa, akan aku menikmati
Andai sakit tidak menyakiti, akan aku menyayangi
Andai tahu yang mengetahui, tidak aku memencil diri


semakin tertekan jadi menggila
mengajar hati jangan dilayan
tidak terbuang dari kotak
tetap tidak di luar kotak


aduhai :(


sangat penat mengikut arus
kepayahan sehingga tiada jalan akhir
berhenti sendiri belum lagi
mengiya menidak lurus depan juga


mengolah guna kata hati yang bersih
melempar jauh separa hati yang busuk
aku diuji kerana mampu
mampu menghadapi ujian yang diberi
aku diuji untuk mendekatkan diri
dekatkan diri pada yang abadi
aku diuji kerana ditadah peluang
peluang disayangi dan menyayangi yang abadi


aku bukan sorang-sorang
yang hanya ada aku
selagi tidak bergantung pada yang tidak mati
selagi tidak bergantung pada yang abadi

07 January, 2012

Menggambar Hati

mencuba suatu kelainan
konsep dan idea tetap sama
penggunaan dan penyusunan lebih mudah

tetap tidak akan berubah
mengikut rentak hati sendiri juga
menggambar hanya mengisi kekangan


http://myvivoices.tumblr.com/

06 January, 2012

Hati Terjerit

hati terjerit
sangat lantang dari dalam
tidak terbias pancaran luar
suara dalam hati
mencuba melontar
tersekat oleh palang hati
bait bicara hati
hanya untuk difahami
tersembunyi dalam jasad

tidak menghalang hati menjerit
tidak membiar suara dilontar
tidak mempamer bait bicara

01 January, 2012

2 0 1 2

anjakan tahun
hari terakhir tahun kepada hari terawal tahun
beranjak angka umur mengikut tahun
yang lain masih sama tiada beza
memang tiada beza
segala macam azam dan angan-angan
tertinggal begitu
tak teringin meneruskan
bukan menidakkan
kita hanya merancang..
 

Show Me The Stars Template by Carly Lloyd Designs