31 December, 2010

Movie 2010



                        
   


  

    







22 December, 2010

Hujan

melangkah meninggalkan vads sambil memeluk diri,,

sedang aku melintasi pakcik yang sedang membetulkan payung beliau,,


"dik, ujan ni. kena pakai payung" kata pakcik yang baik hati itu,,

"takpe pakcik, dekat jek nak ke parking" balas aku dengan sopan,,


:: ini lah balasannya. pening kepala tahap gaban ::

:: aku sangat tak suka pening kepala disebabkan air hujan. denyutannya lain macam ::

:: terima kasih pakcik kerana mengambil berat tentang diriku pada ketika itu ::



13 December, 2010

kertas - kekasih yang tak dianggap



Aku mentari
Tapi tak menghangatkan mu
Aku pelangi
Tak memberi warna dihidupmu
Aku sang bulan
Tak menerangi malammu
Akulah bintang
Yang hilang ditelan kegelapan

Selalu itu yang
Kau ucapkan padaku
Sebagai kekasih yang tak dianggap
Aku hanya bisa mencoba mengalah
Menahan setiap amarah

Aku sang bulan
Tak menerangi malammu
Akulah bintang
Yang hilang ditelan kegelapan

Sebagai kekasih yang tak dianggap
Aku hanya bisa mencoba mengalah
Menahan setiap amarah
Sebagai kekasih yang tak dianggap
Aku hanya bisa mencoba bersabar
Ku yakin kau kan berubah

11 December, 2010

belajar sembunyi



sembunyi
ada baik dan buruk

sembunyi
seperti hipokrit?

sembunyi
menjadi orang lain?

sembunyi suka
malu mungkin

sembunyi benci
seperti tiada apa2 berlaku

sembunyi sedih
memendam seorang diri

sembunyi luka
pedih seorang diri 

sembunyi rasa
hanya diri yang tau

sembunyi amarah
menjaga hati

sembunyi diri
bersendirian 



Penangan McD

melangkah satu persatu langkah meninggalkan Vads.
aku memandu dengan kelajuan 130km/j.
hanya membayangkan MiloMcflurry kegemaran.
Mcd 24hours di seri kembangan menjadi sasaran.

menyusuri jalan berlubang, lampu isyarat bertukar warna.
mencuri2 pandang dan memfokus telinga pada E72.
sunyi dan sepi, bertemankan madah suria cinta.

destinasi sudah di depan mata. melalui lorong drive-thru itu.


********************************************

kaunter 1: urusan pesan memesan

"selamat malam kak, nak pesan apa ye?" suara staff Mcd kedengaran di corong peti suara.

"selamat malam. dik, MiloMcflurry ada lagi tak?" kata aku setelah gambar MiloMcflurry ditukar kepada favor yang lain.

"sebentar ye kak, saya komfimkan dulu" sambung staff itu lagi.

"okey" balas aku sambil dalam hati berkata mintak2 lah ada.

"maaf yer kak. MiloMcflurry dah lama takde. yang ada sekarang madpie dan burries" staff itu memberi kepastian.

"ye ke dah lama takde. erm. madpie tu perisa apa?" balasku hampa.

"madpie tu oreo campur coklat lah kak" staff itu tegar menjawab.

"yang burries?" tanya aku lagi.

"yang burries oreo campur blueberry. akak nak order yang mana?" staff itu tegar lagi.

"erm. MiloMcflurry takde plak. bagi madpie lah" order ku lemah.

"okey akak. harga rm4.65 sila bayar di depan. terima kasih" staff itu mengakhirkan.

"okey. eh dik, tambah curly fries ek" tiba2 nafsu makan membuak2.

"yang kecik ke besar kak?" staff itu menyambung.

"yang large ek" ketamakan aku terserlah.

"apa kak? kecik ke besar?" staff itu tanya lagi.

"yang besar dengan erti kata lain large yer dik" aku menjawab.

"okey. jumlah harga rm9.85 sila bayar di depan. terima kasih. NEXT" staff itu bernada.

"okey. sama2" kataku sambil mengangkat clatch menekan minyak sedikit.


********************************************

kaunter 2: urusan bayar membayar 

aku membuat pembayaran sambil memandang staff itu.
orang yang sama amik pesanan tadi.

sambil transaksi dengan aku, staff itu amik pesanan next customer yang berada di corong peti suara itu.

aku senyum dan seraya berkata "terima kasih".

staff itu membalas senyuman dan menganggukkan kepala.


********************************************

kaunter 3: urusan amik mengambik

sambil menunggu giliran aku yang ketiga dari kaunter ini.

aku termenung dan merenung kereta hadapan yang sedang berada di kaunter ini.
pikiran agak melayang ntah ke mana walaupun pandangan tetap di situ.

aku dapat merasakan kereta itu berada agak lama di situ.
khayalan aku terhenti.

"yer kak" kata staff yang amik order di kaunter 1 tadi kepada penghuni kereta yang berada di kaunter ini.

"tadi akak order fries yang lain. kenapa dapat fries yang biasa ni?" herdik penghuni kereta itu.

"akak order fries ni, saya bagi lah fries ni. ada pape masalah ke?" kata staff itu tenang.

"akak nak fries yang lagi satu itu. bukan yang ini!" semakin kuat lantangan itu.

"owh. akak nak curly fries yang set dengan prosperity tu ke? nape tak cakap nak curly fries?" kata staff itu selaku customer service yang berhemah.

"nape kau yang tak bagitau!" jeritan batin penghuni kereta itu kedengaran.

dengan perlahan-lahan kereta itu bergerak meninggalkan kaunter itu. agaknya sambil menelan fries biasa yang disangka curly fries.

aku mangangkat clatch dan menekan minyak sedikit ke depan sambil menunggu giliran kereta di hadapan aku. tiada masalah.

tibalah giliran aku. aku menyambut MadpieMcflurry dan curly fries itu seperti orang tak makan sebulan.


********************************************

siapa yang berpikiran sama ngan apa yang aku fikirkan?
ok, aku cakap tentang akak yang tersalah order itu.
akak itu bernasib baik dapat staff yang berhemah itu melayan kehendak dia.
kalo aku yang menjadi staff itu dan ditakdirkan untuk melayan dia, silap2 hari bulan akak itu tersedar kebodohan dia di situ dan menangis terus.
kenapa dan mengapa?
memang dan terang lagi bersuluh segala menu dipaparkan di sudut peti suara di kaunter 1 itu. buta huruf atau buta gambar makanan?

siapa yang dah pernah rasa Mcflurry Madpie dan Burries ni?
yup, selera masing-masing lain.
mungkin dah ditakdirkan aku dan MiloMcflurry tiada jodoh dan sampai di sini sahaja.
no OreoMcflurry, no MadpieMcflurry, no BurriesMcflurry.
back to normal.
Sundae Chocolate Cornetto.


********************************************

kali terakhir menikmati MiloMcflurry bersama sepupu tersayang. 04/12/2010.


                                             ::menikmati MiloMcflurry di McD Bangi::


                                                               ::sudu dan cahaya lampu itu. adakah?::
 

07 December, 2010

Anjakan Tahun



Selamat Tahun Baru Islam

01 Muharram 1432 Hijriah



 

Show Me The Stars Template by Carly Lloyd Designs