30 January, 2011

Duri


images from trulylovable.com


tajam duri
mengaburi pandangan
menghalusi pendengaran
menyembunyi percakapan

tajam duri
melukis kelukaan
menggaris parutan
menghenti pengaliran

tajam duri
menghancur hati
merobek jiwa
menelan rasa

tajam duri
mencekal diri
merasa sendiri
menghitung keperitan
memijak realiti


18 January, 2011

Setahun


setahun sebelum
berhenti MAMPU
berhenti master
lepas biasiswa
tinggal sahabat




setahun semasa
tekun bertraining
destinasi PD
jejak hitfloor
menghadap komputer
menyemat headset
menghadap makian
kata merungut
stabil prestasi
merasa SD
bertukar leader
eP~eE~eA~eN
AlifBaTa~IBM10~IBM27~IBM23
batch 188 ~ 160_psiti



setahun kini
setia lagi
semakin lali
menjadi kebal
pengurusan yang sucks
dengar nista menadah
kata nista ditutur
masih bertahan
aku tidak dibuang
lain tidak panggil
akaun bank bertransaksi



12 January, 2011

trend kelajuan internet

aku adalah pengguna setia maxis/hotlink. sama ada rangkaian telefon atau internet.

dah berkali-kali aku tukar nombor telefon. dari prepaid ke postpaid ke prepaid. pelbagai pakej dan promosi ditawarkan. kadar panggilan dan mesej yang lebih mahal dari rangkaian lain. hotlink tetap pilihan aku.

rangkaian internet pun aku memilih maxis broadband. di mana pakej yang ditawarkan adalah mengikut penggunaan data. pilihan aku kadar penggunaan data sehingga 3gb dan kelajuan yang ditawarkan sehingga 7.2mbps mengikut "fair usage policy".


dialer untuk maxis broadband


sepanjang hampir setahun lebih aku menjadi pengguna maxis broadband, memang ada bermusim mengawan dia. kalo time speed dia laju, lancar dan laju jek segala paparan setiap klik pada tetikus. kalo time speed dia slow, rasa nak baling jek segala benda masa tu. lagi-lagi kalo dah terlebih 3gb data penggunaan aku. memang sangat menyirap dan memerlukan kesabaran yang tinggi.

mengikut trend penggunaan aku, awal ke pertengahan bulan tu laju, dari pertengahan ke ujung bulan yang sangat tidak laju. untuk menunjukkan yang sekarang adalah pertengahan bulan dan bermulalah musim kelajuan yang sangat tidak laju, sempat gak aku mengabadikan memori ini.


**lembaran putih untuk menulis di blog sendiri muncul akhirnya setelah menanti selama setengah jam bulatan memusar loading itu dan memunculkan cursor itam.


www.blogger.com


**muka buka mengambil masa 5 minit untuk menyempurnakan paparan segala updating status dan kawan-kawan yang online.

www.mukabuku.com


**paparan cinema online mengambil masa 7 minit untuk menyenaraikan movie-movie terbaru dan pilihan cinemas di seluruh malaysia.

www.cinema.com.my


**muat turun video yang mengambil masa 3 kali ganda lamanya berbanding length video itu sendiri.

www.youtube.com


sejak menjak aku berkecimpung dalam arena teknikal untuk projek streamyx, aku telah diberi pendedahan secara terperinci dan dalaman tentang perbezaan pakej dan konsep di antara satu sama lain. di mana tidak lah aku nak mengatakan yang itu lebih bagus dari ini atau yang ini lebih bagus dari itu. ada kelebihan dan kekurangan di setiap antara satu sama lain itu. dan di sini idok ler aku nak menyenaraikan apa kelebihan dan kekurangan secara fizikal dan teknikal di setiap antara satu sama lain.

aku akan menilai dan membuat perbandingan dari semasa ke semasa dalam segi harga, data, kelajuan, coverage, fizikal dan peralatan di setiap antara satu sama lain. sekiranya aku kekal dengan pilihan aku, bermakna aku kena bersedia dari segi jiwa dan mental dengan trend kelajuan internet yang aku hadapi sekarang. sekiranya aku tidak kekal dengan pilihan aku, dan beralih pada pilihan yang lain, aku berharap trend kelajuan internet lebih baik dan menyenangkan hati aku. teringat pula peribahasa "keluar mulut buaya, masuk mulut naga". mungkinkah? tidak mustahil juga..



10 January, 2011

peNat


sama rasa dengan itu

aku sangat sudah lelah

meniti hari-hari dengan rutin

rutin yang tak pernah sedikit beranjak

A ke B ke C ke D ke E dan sehingga ke penghujungnya Z

dan kembali semula dan berulang semula

penat dengan segala peraturan manusia yang dicaturkan

penat dengan segala kehendak perasaan sendiri

penat dengan segala rentak melodi kata manusia


untung aku tersedar sebelum berputus asa

bersyukur di atas celik di siang hari sehingga pejam di malam hari

bersyukur aku dilahirkan sempurna untuk menjalani segala

keluhan ku terhapus saat melihat kurang sempurna tenang mengharungi segala

aku disayangi dengan diuji yang mampu aku tempuhi


semua ini hanya dipinjamkan di dunia sahaja

aku dihantar ke dunia untuk meninggalkan dunia


01 January, 2011

Movie 2011

 


       

 

  

             

  




Anjakan Nombor

dadu yang baru, balingan yang baru, pada tahun baru


tahun baru setiap tahun tetap hanya bertambah satu


penambahan satu hanya pada nombor


nombor yang dibilang pada tahun dan umur


tak perlu disuarakan nekad itu


hanya mengikut arus layang-layang dan benang pegangan dibawa angin


angin dirasa tubuh dengan kekuasaan-NYA







 

Show Me The Stars Template by Carly Lloyd Designs