29 November, 2010

time+energy+money

**3 stages of life**


TEENS
You have all the time and energy but no money

WORKERS
You have money and energy but no time

OLDIES
You have all the time and money but no more energy 
 
 
**Enjoy life and all the things you have at the moment because
you can't have everything all at once**

24 November, 2010

tak boleh diharap!

images from reallybadboss.com


" buang masa! "

aku takkan lupa nada itu sampai bila2!
kau ingat aku sesuka hati ke nak buang masa!
kau ingat aku suka sangat nak buka pekejadah tu banyak kali?
kau ingat aku nak bergantung sangat pada kau?
WTF!!

g mampos!
aku dah malas nak layan kebudak2kan ko!
selama ni aku bersabar
benda yang urgent ko perlekehkan
benda yang ditanya tak pernah berjawab
kau berada di atas dan di situ sebab untuk membantu
berada di atas bukan bermakna buat kerja yang sama
print itu ini, dengar itu ini, siap!
tanya skit, wat muka bangang, nak cover2 bodoh
kau memang tak leh pakai
jangan jadikan alasan kau dah lama tak wat benda tu
sebuk kata orang suh upgrade diri sendiri
bodoh!

aku nekad
mulai sekarang
aku takkan meminta pada ko lagi
walaupun kau dipertanggunggjawabkan untuk itu
tapi kau orang yang tak bertanggungjawab
kau pemalas! kau pengelat!

kau hanya lepaskan diri kau jek
kau pernah pk perasaan kitorang?
kau tak pernah cube rasa

aku sebak, sangat sebak
tapi, aku berjaya menahan airmata
aku berjaya berlakon seolah2 tiada apa yang berlaku
mengekalkan keras kepala, hati batu dan egois aku
itu sememangnya aku
kau tak kenal aku

 

23 November, 2010

Temuduga CimbBank

                                             
                                             Jawatan          : Customer Service Executive
                                             Organisasi      : Cimb Bank
                                             Lokasi              : Menara SBB, Plaza Damansara
                                             Tarikh*Masa : 23/11/2011 * 930am


dari 2 minggu lepas lagi aku dapat offer temuduga ni
ditangguhkan harinya sebab raya haji
sehinggalah pada satu hari sebelum iview itu

bermula dari survey jalan dan lokasi bersama incik pejal dan cik ieka
mereka siap gado2 manja n fight2 sape yang betol n nak menang
beround2 gak meround ibarat pi mai pi mai tang tu
aku sangat terharu untuk itu

lebih mengharukan apabila aku terlepas pandang perkara paling penting
resume tak print lagi dan sedar 6 jam sebelum temuduga
sekali lagi cik ieka menghulurkan bantuan dan menemani sepanjang itu

aku sangat terhutang budi ngan kamu
jangan dilupa pada hari itu >> win-win situation

dan di saat menulis ini
lepas sudah segala tekanan untuk menghadapi temuduga
seperti lepas segala beban dan mainan pikiran
alhamdulillah

aku hanya mampu mencuba dan merancang
bukan pasti lancar segala yang dirancang
tapi aku minta muga semuanya dipermudahkan
jika benar jodoh dan rezki aku di situ 


Special thanks to Ieka Zalikha for the journey,, very2 thanks to the Mohd Faizal Bin Azizan for the wishes at the sleepy time,, thanks very2 to the Yukiko Yamashina for the special wishes,,


19 November, 2010

sangatlah kemalasan

images from getahead

setelah dua hari bercuti raya,, aku berasa sangat malas,, sangat malas untuk menyelesaikan masalah customer yang tak pernah abes,, tak pernah abes! sape yang bermasalah sebenarnya,, customer @ service?

wahai semangat, datang lah kepada aku,, memberi aku semangat untuk menganjakkan jari dari keyboard, mata dari monitor, badanku dari katil,,

kerja bermakna dapat gaji,, gaji adalah duit,, duit boleh bershopping,, shopping bermakna hadiah untuk diri sendiri,, diri sendiri bermakna perlulah rajin berkerja,,

yeahhh,,  gerak gerak gempur sekarang,,


18 November, 2010

u vs him

images from stylehive

kadang kita di atas, kadang kita di bawah,,
kita akan gembira, kita akan bermuram juga,,
selalu kita dinasihati, selalu juga kita menasihati,,
mendengar bila disyarah, bercakap bila perlu mensyarah,,

aku selalu berpikir tentang ini sebenarnya,,

" i need u more than i need him "
" u = bff/sahabat, him = bf/pasangan "

di mana realistiknya?


 *****************************

tika aku dilanda masalah, aku memerlukan seorang sahabat untuk mendengar segala perbicaraan,, aku akan jadi melayang, tak tau apa yang aku tengah alami dengan masalah itu,, yang aku tau, aku hanya bercakap segala yang terbuku di hati kepada sahabat,, langsung tak dapat berpikir jalan penyelesaian dan tindak tanduk yang perlu aku ketengahkan waktu itu,,  seolah2 seperti tidak berpijak pada bunyi yang nyata,, paling kritikal apabila setiap perkara perlu dilapor dan dicari penyelesaian waktu itu jugak,, setiap mesej yang diterima n dibalas perlu diforward kepada sahabat,, macam tak pernah menghadapi realiti kehidupan ini,, empty, blurr n lost,, seorang sahabat perlu mendengar dengan baik dan sekaligus menasihati,, merasa setiap butir bicara yang diutarakan,, dengan erti kata lain sympathy, bukan empathy,, betapa besar pengorbanan yang sahabat lakukan,, menadah telinga, memutar pikiran, membuka bicara dan memberi hati,,

begitu juga sebaliknya jika sahabat yang dilanda masalah,, aku menjadi sepertimana sahabat menjadi tika aku dilanda masalah,, sedangkan yang berlaku itu kadang2 sama dan tak banyak beza,, jalan penyelesaiannya juga sama,, apa yang pernah sahabat beri pada aku, aku beri semula pada sahabat,, aneh kan? bagaimana aku tak boleh berpikir sama seperti sahabat tika dilanda masalah sepertimana aku berpikir tika aku menjadi sahabat kepada sahabat aku itu,,


 ***************************** 

images from pulse

ini yang aku cuba sampaikan dari awal sebenarnya,, ada kaitan rasanya dengan kata orang iaitu "orang lain adalah cermin diri kita sendiri",, jap, aku pk lagi,, ada kaitan ke? aku rasa ada kaitan tapi tak secara terus,, mungkin kata orang yang ni lagi sesuai iaitu "what u give, u get back",, ni macam kena berpikir lagi mendalam lagi ada kaitan atau tak,,

dengan erti kata lainnya, bukan bila aku dilanda masalah jek, aku cari sahabat,, konon2 bila tak dilanda masalah, aku lupakan sahabat,, bukan itu maksud aku,, tidak berniat ke arah itu,, ini adalah untuk menyedarkan bahawa aku adalah manusia biasa yang ada kekurangan yang melengkapkan manusia itu tidak sempurna,, sempurna pada fizikal, ada kekurangan pada lainnya dan begitu juga sebaliknya,, untuk peringatan kepada aku juga tak setiap masa aku berada di tingkat atas untuk melihat di bawah, sentiasa gembira tanpa sebarang musibah dan sentiasa menjadi penasihat pada orang lain yang dilanda masalah,, supaya aku juga merasa bagaimana kesusahan berada di bawah, bermuram durja menghadapi masalah dan mendengar segala nasihat yang diunjukkan,,

sahabat dan pasangan adalah dua perkara yang berbeza tapi amat penting dalam kehidupan,, tak merasa apa itu erti kehidupan jika hidup tanpa mereka,, peranan, tujuan, arah hidup dan matlamat yang berbeza di antara sahabat dan pasangan,, kita mungkin akan kehilangan pasangan, jangan sesekali biarkan sahabat hilang,, jika sahabat dan pasangan adalah orang yang sama akhirnya, sangat bertuah,, tapi jangan dilupa, sahabat yang terbaik belum tentu akan jadi pasangan yang terbaik,,


***************************** 

17 November, 2010

amarah ini

yang tenang pasti bergelora,,
bukan niat aku untuk menidakkan, cume untuk mencalit sedikit luahan,,

aku tak tau lah sama ada aku yang terlalu sensitif @ dah tibe masa untuk keadaan seperti ini,,

images from positiveside

lately ni, aku terasa sangat bosan dan bosan dikawal!
aku bukan budak kecik yang perlu di itu ini kan!
aku bukan budak remaja yang tak tau lagi mana baik dan buruk!
aku bukan lagi manusia yang mudah terpengaruh dengan dunia!

aku sangat tertekan!

tak perlu lah cakap banyak kali,,
aku paham dan ingat,,
tak perlu berulang kali tanya,,
kang berkecil hati pula,,

aku ingat lagi kata2 itu pada satu waktu keadaan ini nak bermula, minggu lepas,,
memang aku tersentap,, tapi apa yang aku dapat buat?
aku cume berdiam dan tersenyum,,
itu sahaja!

aku rasa nak menjerit untuk lepaskan semua tekanan ini,,

aku tau dan sedar aku perlu keluar dari zon selesa aku ni,,
aku perlu cari persekitaran lain yang mana aku tau langit itu tinggi atau rendah,,
alangkah indahnya perasaan bile aku berada di sarawak dulu,,
sentiasa merindui dan merindui,,
aku tak sangkal bile dekat berkelahi, bila jauh merindui,,

arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!

09 November, 2010

amukan itu

images from accessstorage

amukan itu
membingit telinga
menekan rasa
memberontak jiwa
sekian lama tidak bertandang
berat sangat kah
hmm

peduli lah apa kata mereka
bukan mereka yang membela
bukan mereka yang menanggung
tiada apa apa beza pun
rutin atau tidak
sama saja kan waktunya
jadi apa yang diamukan
biarkan apa dalam pikiran mereka
bukan dijemput dan ditatang pun mereka itu
aduhai

tidak perlu lagi mengawal itu ini
sudah tiba masa untuk diri merancang agenda sendiri
bukan yang busuk dan terlarang
bukan yang haram dan melalaikan
tidak pernah itu semua sepanjang sehingga hari ini
takkan pernah membuang arang sesuka ati
tunduk wajah

sekelumit cuma yang diri pinta  
ruang, waktu dan kebebasan
percayalah

08 November, 2010

pandangan peribadi tentang kestabilan diri lelaki

image from shawnliv.com

entri kali ini berkaitan perkara biasa2 sahaja tapi mudah disalah erti,, 
yang selalu diutarakan oleh kawan2 di alam nyata atau alam maya,,
terutamanya yang berkaum lelaki,, opkos lah sebab aku kan wanita comel,,

apakah yang diutarakan oleh kebanyakan mereka? kebanyakan mereka bertanya bagaimana seorang wanita memandang lelaki sebagai seorang yang stabil atau dengan erti kata lain, bagaimana lelaki itu dikatakan stabil dalam hidup,, ada kereta? rumah? duit banyak? bisnes? keje tetap?,, adakah itu pengukurannya?,, memandangkan mak ayah dan wanita itu sendiri 'demand' untuk mencari yang stabil,, dan adakah wanita2 zaman sekarang memilih lelaki atau teman yang memenuhi ciri2 itu untuk menjamin kebahagiaan masa depan? 

tersidangnya papan kekunci depan aku ni adalah kerana berbesar hati untuk mewakili pandangan2 wanita di luar sana,, owh tidak,, aku dan wanita2 di luar sana tidak sama sekali sama,, setiap orang tidak kira lelaki atau wanita mempunyai pandangan untuk setiap perkara itu berbeza2,, kalo ada pun, segelintir cuma yang sama rasa,, 

diingatkan dan dinyatakan sekali lagi ini adalah pandangan peribadi aku yang selalu  aku usulkan kepada kebanyakan mereka yang bertanyakan soalan itu,,

sebelum bermula karutan dan bebelan tanpa tuju ini, kita cuba masuk sedikit dalam pemikiran mak ayah dan pemikiran wanita sendiri,, pelbagai faktor dan pemikiran jika ditanya pada setiapnya tentang ini,,
**pemikiran mak ayah wanita berbeza mengikut asal usul kekeluargaan itu sendiri,, ada yang asal usulnya dari keluarga kampung yang mentalitinya mesti dapat menantu kerja kerajaan dan  berkerjaya tetap,, ada yang asal usulnya dari keluarga sederhana dan standard yang fleksibel dari segi penerimaan,, ada juga background family itu sendiri berasal usulkan family bisnes,,
**pemikiran wanita bagi aku adalah moderate, fleksibel dan tidak seimbang,, ada wanita yang mementingkan kestabilan hidup, ada wanita yang mementingkan sayang dan cinta itu dari segala2nya, ada wanita yang mementingkan kedua2 dalam satu masa dengan erti kata lain berjalan seiringan,,

kekayaan dan kestabilan hidup secara kasar dan zahirnya adalah sama,, ada duit dalam wallet and poket berkepuk2, ada saving yang meluap2 dalam bank, ada harta nampak di pandangan mata dan mampu beli apa2 sahaja dengan hanya jari telunjuk punya kuasa pada bila2 masa,, 

****************** 

bagi aku kekayaan adalah bersifat sementara,, ada orang automatik jadi kaya disebabkan kekayaan dari mak ayah mereka,, kekayaan juga boleh datang dari hasil2 saving berkurun lama tapi macam pelik gak kan kalo untuk golongan yang muda2 atau baru nak mencari kehidupan,, betul, kekayaan boleh menjadikan seseorang itu stabil pada masa itu,, sangat2 stabil,, sebut jek apa nak, dalam sekelip mata boleh tercapai,, adakah itu akan menjamin kestabilan pada masa akan datangnya?

jangan lupa kekayaan juga boleh hilang sekelip mata jika hanya bergantung pada kekayaan itu,, syabas aku ucapkan kalo kekayaan itu diiringi steady job di mana menjadikan perniagaan sebagai sampingan pendapatan,, tapi agak tak bernasib baik kalo hanya bergantung kekayaan  mak ayah semata2 tanpa steady job,, dari segi tu, aku nilaikan kurangnya kestabilan diri,, dan dalam masa yang sama ada impaknya jika terlalu bergantung kepada kekayaan mak ayah, mungkin terkesan sedikit kepada kurangnya inisiatif diri sendiri untuk memajukan diri sendiri,, hanya segelintir individu yang tergolong dalam ini yang aku cuba kaitkan,,

sentuh sedikit tentang kekayaan dari kejayaan perniagaan yang meluap2,, yer betol,, kalo pandai berbisnes, otak pikir pasal duit n bisnes jek, memang boleh cepat jadi kaya,, tapi jangan pelik lah walaupun bisnes dah sangat berjaya, tapi belum tentu terjamin kestabilannya,, seperti yang sedia maklumi, berbisnes ni ada pasang surutnya,, semalam berada di atas, esok lusa berada di bawah pula, dan kalau bernasib baik hari yang seterusnya akan berada lagi atas dari sebelumnya atau sebaliknya akan berada  lagi bawah dari sebelumnya,, sangat berjaya perniagaan itu pun belum tentu akan seperti itu jua,,

******************

umur dan tahap pendidikan seseorang itu memainkan peranan penting dalam menentukan kestabilan hidup seseorang itu,, semuanya berkaitan ini adalah bergantung kepada attitude dan kesedaran diri masing2 menentukan hala tuju diri sendiri,, mengapa aku menulis begitu,, aku akan huraikan satu persatu,, dalam satu persatu tu, aku akan huraikan lagi jadi satu persatu lagi dan bla bla bla,, sila baca kes2 ini untuk mudah memahami apa yang aku cuba sampaikan yang aku rasa makin lama ayat aku makin serabut,,

kes 1;
jejaka A nama diberi, berumur 26 tahun,, lepasan SPM dan tak sambung belajar,, start keje dari lepasan SPM dan dah stabil dari segala segi,, ada keje tetap, ada rumah, kereta, harta, saving dan dah mampu untuk tanggung anak orang lah katakan,,
**untuk jejaka A, walaupun hanya lepasan SPM, ada inisiatif diri sendiri dan attitude memajukan diri sendiri untuk berdiri setaraf dengan orang lain yang berpendidikan tinggi,, tidak membuang masa dan pandai menyusun kehendak diri sendiri,, untuk jejaka A, anda boleh tersenyum lega,, cewah!

kes2;
jejaka B nama diberi, berumur 26 tahun,, lepasan SPM dan tak sambung belajar,, start keje dari lepasan SPM dan masih terumbang ambing mencari keje tetap,, senang cerita, diri sendiri tak terurus lagi,,
**untuk jejaka B, keadaan ini memang tak boleh ditolak ansur langsung,, takde inisiatif diri sendiri dan attitude untuk  memajukan diri sendiri,, untuk jejaka B, anda perlu berubah sekarang!

kes 3;
jejaka C nama diberi, berumur 26 tahun,, baru abis belajar konon2 amik diploma & ijazah dan sedang mencari kerja tetap,, memang takde pape sebab baru nak bermula dari bawah,,
**untuk jejaka C, tidak mensia-sia kan masa begitu sahaja,, menuntut ilmu untuk kesenangan masa depan,, tetapi, perlu awas kepada mereka2 di kalangan ini,, tengok juga insiatif dan attitude mereka untuk mencari kerja dan usaha ke arah itu,, kadang2 belajar tinggi tapi kalo attitude lepas belajar hampeh, tetap hampeh gak kan,, untuk jejaka C, tetapkan idup anda sekarang, tiada masa untuk amik sambil lewa lagi,, keep it up!

ketiga-tiga kes yang diberi ada alasan dan sebab musabab tersendiri kenapa perlu diterima dan ditolak,, memang sengaja aku membuat persamaan umur dan membezakan pendidikan supaya nampak lebih terang dan jelas,, semuanya bergantung pada pendapat dan pemikiran masing2 dalam menentukan hal ini,,

 ******************

tidak terlepas juga segelintirnya mengatakan kalo dah cinta sanggup bersusah senang bersama, mengharungi segala perit getir bersama,, ada benarnya itu sebab time tu time tengah sayang n cinta,, tapi pendapat aku, itu semua adalah pemikiran 'short-term',,  dan sekali lagi aku tekankan ianya adalah bergantung attitude masing2,, mungkin tidak timbul masalah pada ketika itu, tapi bagaimana pula jika dipikirkan 'long-term' punya hal,, berapa ramai manusia zaman sekarang hidup kekal bersama berdasarkan cinta semata-mata antara sesama manusia? boleh dibilang jari mungkin ataupun takde jari yang mampu dibilang,, ingin aku tekankan juga bahawa harta, kekayaan dan kestabilan hidup juga belum tentu menjamin kebahagiaan yang kekal abadi antara manusia sesama manusia,, ini adalah sekadar pendapat dari insan biasa seperti aku,,

07 November, 2010

lappy's sex :: boy or gerl?


wanna know lappy's sex?
interesting right?
just follow the instruction k:

right click on desktop, scroll in new and choose text document
copy & paste this sentence to the notepad
CreateObject("SAPI.SpVoice").Speak"I love YOU" 

save as this file in computer desktop
file name:: love u.vbs  file type:: all files 

closed all the windows and notepad in computer
go to the desktop and double click on  love u.vbs file

u can hear boy or girl version voice speak "i love you"
taraaaa~~ that's your lappy's sex


 
source this info:: forgotten daa~
 

Show Me The Stars Template by Carly Lloyd Designs