25 January, 2010

budak!!



budak!!
pagi2 lagi aku dah bingit dengar ko menangis,,
aku sabo lagi,, sabo lagi,, 
dari ko datang kul 7pg sampai aku bangun kul 10pg,,
ko menangis tanpa henti,, 
mak aku pun ada kerja nak wat,,
takkan nak mengadap muka ko jek,, 
kesabaran aku dah menghilang,,
aku kuar bilik, aku lempang budak tu sampai lunyai,,
memang merah pipi dia sebelah kanan bekas tangan lempangan aku ni,,
aku pantang orang nanges tanpa bersebab,,
nampak muka aku jek, dia nanges,,
tu maknanya aku tak leh kuar bilik,,
kepala otak ko budak!! 
ari tu dah kena lempang, tadi kena lempang lagi dengan lebih teruk,,
memang padan muka,,
mak aku bagitau, pagi tadi adik laki aku dah belasah dia gak,,
mak aku pun dah fed up ngan budak tu,,
mak aku siap cakap nak benti jaga budak,,
budak lain ok, dia jek yang bermasalah,,
aku rasa nak jumpa mak dia yang gedik n ngada2 tu, untuk bagitau mak 
aku dah tak nak jaga anak dia yang macam kena sawan nanges,,
tunggu masa dan ketika jek lah,,
kesabaran aku memang dah diuji ni,,
dah lama aku tak marah membuak2 cam ni,,
budak budak,,
memang budak tu langkah kanan makan pelempang aku,,

noktah!

24 January, 2010

sang mantan


dulu aku kau puja
dulu aku kau sayang
dulu aku sang juara
yang selalu engkau cinta
kini roda telah berputar
kini aku kau hina
kini aku kau buang
jauh dari hidupmu
kini aku sengsara
roda memang telah berputar
mana janji manismu
mencintaiku sampai mati
kini engkau pun pergi
saat ku terpuruk sendiri
akulah sang mantan
akulah sang mantan
sakit teriris sepi
ketika cinta telah pergi
akulah sang mantan
akulah sang mantan
mana janji manismu
setia sampai aku mati
kini engkau pun pergi
saat ku jatuh dan sendiri
mana janji manismu
mencintaiku sampai mati
kini engkau pun pergi
saat ku terpuruk sendiri
akulah sang mantan
akulah sang mantan
akulah sang mantan
akulah sang mantan
mana janji-janjimu

22 January, 2010

lulus!

ari selasa test soft skills bertulis dan tadi test soft skills perbualan,,
alhamdulillah, aku lulus assessment pertama dengan jayanya,,
lokasi teknikal training aku pada minggu depan di kelana park view,,
dah start shift iaitu 430pm hingga 1am,,
tiada pilihan, kena drive,, tak dapatlah bersenang lenang naik train lagi,,
huhuhu,, 

18 January, 2010

first day training

status in facebook,,
first day training in all house,, interesting courses and full of spirit about money,, hopefully can improve my English, communication skill and confident level to talk with others without doubtful,, stabilize my finance too,,

keluar dari all house,,
aku ternampak lori kopie satu kat satu sudut,, dah lama tak pekena ni,, aku beli ice blended cappucino,, sedap sampai tangkap ke kepala,, huhuhu,,


sambil berjalan menikmati cappucino, saja capture gambar stesen bandaraya,,


di stesen LRT bandaraya,,
aku salah naik train,, aku naik train ke ampang,, sepatotnya naik train ke sri petaling untuk ke stesen bandar tasik selatan,,
aku sedar pabila dia menyebut stesen miharja,, nape pelik plak aku mendengarnya,, tak sempat nak turun,, aku turun kat stesen maluri,,
terima kasih ks kerana berada di telefon ketika itu,, 
pertukaran train kat chan sow lin,, dan naik train ke seri petaling,, fuhh, lega,,


sesat jalan plak,,
dengan yakin aku memandu keluar dari stesen bandar tasik selatan,, aku u-turn,, 
meneruskan perjalanan sambil mendengar lagu jiwang di suria fm,,
aku nak belok kiri pabila nampak signboard ke sungai besi@mines@balakong@yang sewaktu dengannya,,
aku macam blurr bile terpandang signboard2 tu,, tengok jek signboard2 tanpa memutarkan stereng ke kiri,,
alamak,, pe dah jadi ngan aku,,
kalo macam tu, aku ikot arah ke seremban,, lagi sekali aku blurr tanpa memutar stereng,,
tibe2 aku panik,, jalan depan skit, aku terus belok kiri pabila ternampak signboard putrajaya/cyberjaya,,
nak tau jauh perjalanannya? 4 kali ganda lebih jauh dari lalu sungai besi,, hampeh tol,,
apa nak jadi kat aku ni,,
semalam survey, ok jek,,
biasalah first day,, 
sok aku takkan blurr lagi,,
aduhai,,

17 January, 2010

survey lokasi ke semua house

~ survey lokasi untuk training di semua house esok,,
~ melalui tol sungai besi rm1.30 sehala,, 
~ parking kat bandar tasik selatan rm4 per entry,,
~ naik LRT ke masjid jamek rm1.70 sehala,,
~ jalan kaki dari lrt masjid jamek ke semua house dengan penat lelahnya lebih kurang 15minit sebab ada tersesat skit,,
~rona amik kat semua house nk g beli bunga telur untuk wedding adik dia di kelang,,
~ makan pizza hut kat kelang adik dia belanja,, nyum2,,
~ rona anto aku kat stesen lrt bandaraya,, 
~ destinasi ke umah,,
~ zzzzz,,

* observation: berjalan kaki ke semua house dari stesen LRT bandaraya lebih dekat dari stesen LRT masjid jamek,,  

16 January, 2010

shopping

sambungan dari entry REFRESH yang aku meluat dengan tulisan aku sebelum ni,,

aku bangun tido lebih kurang jam 1130am,, mak dah kuar ngan jiran sebelah umah menuju ke shah alam,, aku selesaikan semua kerja rumah termasuk basuh pinggan 2 singki, sidai baju 3 bakul, sapu sampah satu rumah, n kemas bilik aku,, sarapan aku adalah burger daging yang mak aku beli malam semalam tapi makan pagi ni,, elok lagi burger tu,, ajaib kan,, kalo nak sakit pun, sakit perot jek,, huhu,, minuman nescafe O,, dah lama tak pekena,,

dah selesai sumer, aku surf internet dan sekaligus chat ngan kengkawan lama n baru,, tibe2 terdetik di hati aku ini untuk shopping,, aku nak shopping pape yang patot untuk persediaan kerja baru ri senin ni,, huhuhu,, excited beb,, aku selesaikan zohor dan persiapkan diri,,

aku tak rancang nak shopping kat mana,, ikot jek mana hala tuju kaki ni menekan minyak sekaligus aku memutar stereng mengikut gerak hati,, akhirnya aku sampai di jusco, balakong,, aku g ngan sape shopping ni?? aku g sorang2 memandangkan dah lama tak jalan sorang2,, release tensen jalan sorang2 ni n sukati nak g mana pun,,

aku round sana sini sambil memikir n tengok2 pape yang ngah sales n aku rasa nak beli,, barang2 yang aku beli,,

 jam tangan vincci,, yang murah punyer jek,, memenuhi citarasa aku,,
jam tangan ni adalah first item yang aku beli kat vinnci,,

handbag vinnci,, walaupun simple tapi memenuhi citarasa aku,, 3 pilihan warna iaitu merah, itam n putih,, aku memilih itam sebab sesuai ngan semua baju,,
handbag ni adalah second item yang aku beli kat vincci,, jadi, ada diskaun 20%,, 
untungnya,, bijak membeli, bijak gak duit yang kuar,, memandangkan harganya boleh tahan,,

 sandle dari sembonia yang dijual di jusco,, harga boleh tahan,, takde discount,, 
tapi ni sandle yang paling sesuai n selesa dari semua sandle2 yang aku try di jusco tu,, memandangkan aku akan berjalan jauh untuk ke tempat kerja baru ni, aku nekad dan keluarkan duit dengan pejamkan mata,, sambil terpikir untuk pinjam duit mak aku,,

aku akan melakukan transformasi diri sedikit demi sedikit,, dari A sampai Z lah,, harap2 usaha aku bukan sekerat jalan jek,, aja2 fighting!!

refresh

aku cume nak refresh,,

malam tadi, aku ngantok gler,, aku masuk yahoo chatroom, buka facebook n blog,,
aku terus tertido dalam kul 1130pm tanpa ingat hal keduniaan lagi,,
aku bangun seawal ini?? jam menunjukkan kul 830am,,
nak tido balik,, rugi bangun awal2 time cuti2 ni,,
buka mata, terus mengadap laptop yang tak ditutup sepanjang malam,,
seramai 30 orang chatterz menyapa aku,,
aduhai, time aku tak ngantok seperti sebelum2 ni, tak seramai ini yang menyapa,,
bile mata memang tak dapat bertahan, seramai ini yang menyapa,,
aku klik satu2, tengok2 kalo ada pic, dan aku terus tekan X di setiap ujung kotak,,
dah selesai semua, aku terus menulis di blog ini,,
dan niat aku, nak tido semula,,
daa~~

*rasa meluat lak aku baca entry kali ini,, hehehe,,

15 January, 2010

kisah seminggu

reverse mode,,

kini aku menulis,, jumaat 15.o1.09,,

hari terakhir keje di MAMPU,, macam2 perasaan dalam benak aku ini,, suka ke, tak suka ke,,
kosong jek pikiran ni,, suka sebab takkan berhadapan dengan suasana kerja kat situ,, tak suka sebab takkan berjumpa dengan kawan2 yang best seperti itu lagi,, pertemuan, perpisahan, pertemuan semula dan perpisahan semula adalah adat kehidupan,,

sesi pagi kerja dimulai dengan knowledge sharing,, bla bla bla,, pengumuman tentang hari last aku bekerja di MAMPU,, dan aku dapat banyak adiah,, jeng jeng seperti gambar di bawah,,

                                   tudung dan kain ela                                  wallet gucci

                                                                     mangkuk kaca

seronok sebenarnya rasa dihargai wpun bakti aku hanya sekumit kuman di situ,, terima kasih semua,, akan ku kenang sampai bile2,, 

agenda tengah hari adalah aku, dina, safri n ili makan steamboat di johnny alamanda, putrajaya memandangkan ri jumaat rehat lama,, kitorang borak isu2 hangat n sempatlah ngumpat pape yang patot,, huhuhu,, 

saja capture gambar makanan,, dina punyer keje,, 

sebelum aku balik, aku salam semua n minta maaf pape yang patot,, sedih hanya di dalam hati,, tidak terkeluar secara zahirnya,, yang paling spesel, dina anto aku sampai ke kereta sebab dia tolong bawak hadiah,, hehehe,,

idup diteruskan, keluar dari zon keselesaan kerja untuk mendapatkan keselesaan kewangan,, dengan erti kata lain, untuk mendapatkan kewangan lebih perlu menerima tekanan kerja yang lebih,, aja2 fighting!!!

khamis, 14.01.09,,

yang menariknya pada hari khamis ini,, kebetolan amir nak anto kereta dia g servis kat taman selaman,, tanggungjawab aku untuk mengambilnya sebab dia dah mintak tolong,, jadi, plan dibuat,, tengah hari aku n the geng PKS n SPS makan cendol pulut+ mee goreng mamak+pasembor di bangi dekat2 ngan kilang n nursery bunga,, memang sedap gler mee goreng mamak,, aku memang tak sangka sangat sedap,, lepas ni akan ku jejak kaki lagi ke situ,,

 geng2 pks n sps,, yang pastinya tiada aku di dalam gambar ni,, hehe,,

senin 11.01.09,,


keputusan telah dibuat setelah dicongak2,, pilih kerja dan tangguh master,,  terima kasih pada mak kerana beri pendapat,, semua ni adalah untuk mak,, terima kasih juga kepada kawan2 yang sedia beri pendapat,,

di ofis,, pengumuman perletakan jawatan pada orang2 yang berkenaan di waktu pagi dan penghantaran surat perletakan jawatan pada waktu petang,,

ahad 10.01.09,,

bangun pagi lagi kat kampung, terus terjah ke dapur untuk bersarapan,, ri ni duk kampung jek sampai petang,, dalam kul 5pm, bertolak dari kampung ke kolej komuniti merlimau, melaka sebab anto adik aku belajar kat situ last semester,, dalam kul 545pm, aku n mak aku bertolak dari merlimau ke umah dan sampai lebih kurang kul 9pm sebab singgah warta n beli berger favourite,, untuk sekian kalinya, sampai umah, selesaikan pape yang patot, tido sambil otak ligat berpikir n berpikir,,

ni halaman depan kampung aku,, dicapture ketika sebelum bertolak balik ke umah,,

sabtu 09.01.09,,

bangun pagi kat kampung,, terus g sarapan,, tak pk lain dah,, atok aku request nak g jalan umah sedara aku kat kluang,, aku pun setuju memandangkan ni sedara aku yang paling best,, bertolak dari kampung kul 1130am, sampai di kluang kul 1230pm,, kami dijamu dengan lunch yang paling enak sekali,, makan tak ingat dunia aku  ni,, sepupu best aku takde memandangkan dia keje sampai petang,, makan, lepak, tido, borak2,,

kring kring kring,, tu konon2 bunyi enset aku,, aku dapat panggilan mengatakan bahawa aku telah terpilih untuk kerja yang aku iview semalam,, cepatnya,, alhamdulillah,, bermulalah operasi otak n hati berpikir tanpa henti,, aku bagitau mak n mokde aku pasal job ni,, bermulalah perbincangan n nasihat yang masuk dalam otak aku ni,, aku mendengar n mendengar,,

sepupu aku pun balik,, borak2 jap sambil dia makan dalam keadaan agak yang kelaparan,, hehe,, jangan marah ek yer sepupu,, tak dapat borak n wat ketupat lama2 sebab kesuntukan masa,, dalam kul 6pm, kami bertolak dari kluang ke kampung semula dan sampai dalam kul 0715pm,, makan malam aku adalah bihun bandung,, aku pun pelik nape aku pilih bihun tapi tidak mee,, sedap gak tapi tak sepower mee lah,, lepas makan, terus tido tanpa memikirkan hal dunia dan sewaktu dengannya lagi,,

jumaat 08.01.09,,

aku tak datang keje sebab nak g iview ngan rona kat damansara,, saja nak cari pengalaman suasana iview sektor swasta dan cube nasib,, 

balik dari iview, berambu ramba kat OU ngan rona, remy n fit,, makan kat fudkot,, then tengok movie citer "carriers",, aku tak nak kutuk citer ni,, tapi aku juz nak tulis tak yah lah tengok citer ni,, seronok gler kuar ri ni,, sebab remy n fit kepala gler n macam hantu,, aku pun dah jadi hantu gelak,,

lepas berambu ramba, aku lepak umah rona jap kat sg buloh sampai lepas maghrib,, perjalanan balik ke umah aku agak jem dan memerlukan kesabaran,, aku sampai umah dalam kul 9 malam,,

gambaran permulaan jem yang harus ditempuh

masuk umah jek, aku terus mengatakan bahawa kita balik kampung malam ni gak,, mak aku tengok aku cam penat jek,, aku mandi n selesaikan solat n kenyangkan perot dengan membalon nasi lemak masakan mak aku,, 

dalam kul 10.30pm bertolak dari umah,, memang speed,, jarum di kereta hanya pada kelajuan 120 n 130km/j,, mak aku diam jek aku bawak laju sambil pegang tasbih di tangan,, apakah maknanya,, hehehe,, gua pikirlah sendiri,, sampai kampung dalam kul 1230am,, aku terus tido tanpa memikirkan hal2 dunia dan sewaktu dengannya,,

 penunjuk meter kelajuan kereta sebelum bermula perjalanan 

07 January, 2010

hukum karma!

aku paling tak suka jadi PA,, bosan toll,, apa nak buek,, kena ganti tampat orang,, nasib baik akak ni baik,, kira ikhlas gak lah aku nak menolong dia,, tapi ok gak ganti tempat akak ni sementara bos dia pun takde,, aku pun apa lagi,, bedal tenet,, malangnya, facebook tak leh buka,,

yang pastinya aku bukan menolong PA kepada mami,, nak tau sape mami,, biarlah yang berkenaan jek yang tau,, PA kepada mami tu baik bangat,, tapi bile memikirkan mami, merudum terus perasaan aku nak menolong,,

mami ni lain skit,, dia suka bulu,, aku tak tau dia suka bulu yang camne,, maybe bulu yang cantik di luaran tapi tidak yang terkandung di dalamnya,, aku ni plak jenis bulu yang cantik di dalaman tapi tidak di luaran,, hahaha,, sape yang paham ayat aku tu, tu maksudnya aku memuji diri sendiri,, kui3,,

tapi jangan salah paham bulu apa,, bersihkan jiwa dan hati,, kena mandi ni,, bak kata ks,,

satu jek benda yang aku pegang sekarang ni,, WHAT U GIVE, U GET BACK,, mungkin ada sesetengah orang tak pernah rasa n tak percaya,, tapi pada hakikatnya ni adalah hukum karma,, roda akan berputar dan terus berputar,,
pada mami, mungkin rezeki dia akan bertambah melimpah ruah,, hukum karma,, mungkin bukan pada dia hukum karma terbalas, tapi pada orang2 yang ada talian darah dengan nyer,,

bukan mendoakan yang tidak baik,, cume nak bagi rasa apa yang orang lain rasa walaupun dengan cara yang berbeza,,

05 January, 2010

pergi!



jangan kau mengingatiku seandainya hati dan pikiranmu tidak senada terhadapku,,
jangan kau kembali kepada ku seandainya hati dan jasadmu tak ingin berbuat begitu,,

pergilah sekali tinggalkan aku,,
dan jangan sekali2 kau pergi lagi setelah kau kembali kepada ku,,

jangan biar sekumit kuman aku melintas di pikiran mu,,
aku takkan benarkan walaupun sehama aku memikirkan tentang dirimu,,

pulangkan sekeping jiwa yang pernah kau dambakan,,
aku takkan benarkan walaupun sekali jiwa itu kembali lagi pada kau,,

aku ingin sekali menagih pada yang sudi,,
bukan mengemis pada yang tidak sudi,,
ternyata silap,,  
aku telah mengemis pada yang tidak sudi,,

03 January, 2010

Ayat 1000 Dinar


Ertinya: Dan sesiapa yang bertaqwa kepada ALLAH (dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya), nescaya ALLAH akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya); serta memberinya rezki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (ingatlah), sesiapa berserah diri kepada ALLAH, maka ALLAH cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya ALLAH tetap melakukan segala perkara yang dikehendaki-Nya. ALLAH telah pun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.

(Al-Quran, Surah At-Talaaq, 2-3)

(Amalkan membacanya pagi dan petang dengan bilangan ganjil seperti 
3 kali, 7 kali, 11 kali dan 41 kali) 

aku mengingatkan diri aku yang naif ini, setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya,, cepat atau lambat telah ditentukan oleh-Nya,, terjadi atau tidak sesuatu perkara terletak pada-Nya,, ampunkan aku kiranya rungutan yang ku berikan pada-Mu selama ini,,  

resipi nasi goreng kerabu

sambil2 melayari internet, baca blog2 ntah sape2 punyer,,
aku terjumpa resipi makanan kegemaran aku,, nasi goreng kerabu,,
saja nak layarkan di sini,, mana tau tergerak ati nak try masak plak,,
sebab seumur idup tak penah masak nasi goreng kerabu ni,,
geti makan jek kejenyer,, 


Bahan-bahan ( 2-3 orang )
 
2 piring nasi
2 keratan ikan masin yg di goreng dan di kisar halus
Sengengam ikan bilis digoreng dan dikisar halus
6 biji cili api dikisar halus
2 ulas bawang putih dikisar halus
1 biji bawang merah di mayang
5 btg kacang buncis di potong halus
2 btg serai di potong halus
Sedikit daun selloum di potong halus
Sedikit daun pudina di potong halus
Sedikit bunga kantan
Boleh di tambah ulam@sayur lain jika suka (timun, tomato n etc)
Sedikit garam dan ajinamoto

Cara-cara 

Panaskan minyak masukkan bawang putih dan cili api masak sampai kekuningan,,
kemudian masukan semua kacang, serai dan ulaman kacau sehingga 1-2 minit dan masukkan nasi, kacau sehingga sebati,,
Akhir sekali masukan bawang merah, ikan bilis dan ikan masin dan rasa nasi itu,,
kalo kurang garam tambahkan sedikit garam dan ajinamoto,,

Sedia untuk disantap n melahap,, hehehe,, ayat ni aku yang tambah,, 

01 January, 2010

Selamat Tahun Baru 2010

selamat tahun  baru 2010,,
harap2 tahun ni akan lebih baik dari tahun2 yang lepas,,
tiap2 tahun berazam,, muge diperkenankan,,
sekejap jek rasa setahun sekarang ni,,
dah setahun gak lah aku abis belajar,,
dah setahun gak lah ketidakkesampaian percintaan,,

malam semalam, aku, skin n kecik celebrate new year kat dataran merdeka,,
tunggulah sampai countdown,, lawo gler bunga api yang memercik,,
pastu g makan, n lepak2 jap,,
then, terasa nak tengok KL pagi2 buta ni,,
kitorang gerak menara tinjau kat hulu langat,, memang syok giler,,
kitorang naik bukit yang paling atas,,  
ada serbuan oleh badan pencegah maksiat ke atas kapel2 yang merendek,,
ramai gak pasangan yang terkantoi,,
niat di hati, akan ku jejakkan kaki ke sini lagi,,
dah puas bergambar, kitorang balik umah,,
sampai umah dalam kul 5 pagi,, pe lagi, bantai tido ar,,
hasilnya, kitorang bangun dari tido dalam kul 2petang,, anak2 dara moden,,
hehehe,,

kecik balik umah akak dia tengah hari,, aku n skin g alamanda lepas asar,,
perancangan nak tengok wayang,, tak jadi,, kitorang karaoke,, 
pastu santapan MCD sambil lepak2 sambil borak2,,
skin dah balik umah dia kul 930 malam tadi,,
aku dah selesaikan segala kebersihan diri n keperluan rohani,,
dan terus menulis dan kini menulis,,
begitulah aku mulakan tahun baru dengan azam2 yang lama,,

aku layarkan beberapa gambar untuk tatapan,,

 dalam perjalanan ke dataran merdeka,, dalam keta,,

penunjuk jalan,, di mana kitorang parking kat jalan parlimen,, 

sambil melintas jalan dan berjalan kaki ke dataran merdeka,,
  
 sambil berjalan menuruti koridor,,

 
  sambil2 menunggu countdown dan bunga api,,

 
berpusu selautan manusia menuju pulang dari countdown,, 

 pemandangan KL dari atas bukit di menara tinjau,,

 
 pemandangan KL dari puncak  bukit,, sejuk,,


kenangan yang tercipta terus tercipta,, 
apa warnanya, coraknya, gambarannya, kita yang tentukan,,
masam, manis, pahit, tawar hanyalah perasanya,,
semoga abadi selamanya,, 

 

Show Me The Stars Template by Carly Lloyd Designs