10 December, 2009

GRF


pada petang rabu 09.12.2009 yang aku rasakan ada hikmahnya,,

balik keje, aku baring2 merehatkan pikiran,, memikirkan masa depan,, memikirkan tentang master,, aku tergerak untuk tipon kawan aku yang dah jadi tutor kat upm,, aku tanya beberapa pendapat di mana aku rasakan buntu aku memikirkannya sorang2,, dia kata better amik master with thesis n apply lah GRF,, di mana tarik tutup untuk apply GRF adalah pada 11.12.2009,, biar betol,, sempat ke ni,, dan dirangka2 balik 11 ari bulan tu kan cuti,, jadi, aku ada masa esok jek untuk setelkan sumenye,,

kat mana borang GRF ek,, aku rasa aku penah save n print,, cari dalam laptop takde,, nak download kat GSO, iklan nya dah takde,, owh,,,, kat opis,, 

bermulalah kelam kabutan yang tak tau nak cakap camne,, aku selesaikan solat asar,, aku tipon kawan aku namanya keciq untuk mengajaknya bersama tapi dia tak angkat,, aku bersiap n terus g opis dalam kul 630 sorang2,, aku mesti dapatkan borang tu malam ni gak,, sampai di opis, aku lega pe yang aku cari jumpa,, sekarang ni aku nak print proposal plak,, sebab amik master with thesis kena lampirkan proposal,, tapi kat mana aku nak print,, printer yang biasa aku guna tak leh sebab sharing ngan akak tu tapi PC akak tu tutup n aku tak tau pasword barunyer,, camne ni ek,, takkan nak nak mintak tolong pegawai kewangan tu,, malu plak,, tengok diorang macam bz jek,, pinjam PC dina jap lah,, aku tipon dina tak angkat2,, aku tipon anis dia kat luar n naseb baik dia tau pasword PC dina,, tapi pasword yang anis bagi salah,, nak kena dia ni,, hehehe,, aku tipon dina lagi mintak permission untuk guna printer n dia bagi password,, setelah selesai print n sediakan dokumen yang diperlukan, aku berasa lega sedikit,, 

aku selesaikan maghrib kat opis n nak balik,, tapi tak leh balik lagi,, aku kena bagi satu borang ni pada kecik sebab nak apply sama2 sok,, aku temankan dia g cc kat pkns bangi untuk print pape yang patot,, tapi ada masalah yang tak dapat dielakkan, jadi tak dapat print,, aku kena anto dia ke upm untuk selesaikan masalah yang dia hadapi,, tapi masalah dia tu leh setel lah n aku berasa lega gak,, sebelum anto dia kat upm, kitorang santap di MCD sebab aku nak makan prosperity burger,, dengan pelahapnya aku makan,, hehe,, tengah sedap2 aku makan, aku ternampak botak dengan dulangnya untuk mencari tempat,, aku jerit 'botak' n dia pandang n dia lepak sama ngan kitorang,, borak2 n bla bla bla bla,, aku pun anto keciq ke upm dan aku drive balik dengan membayangkan tilam dan bantal busukku,, 




pada pagi khamis 10.12.2009 yang aku tak dapat membayangkan,,

aku bangun pagi seawalnya n bersiapkan diri cantik2,, makan burger yang dibeli oleh adik aku malam tadi kat stall burger fav mak aku,, burger tu elok lagi pagi2 ni,,  n aku sampai di fakulti pada pukul 830pg,, aku g ke pejabat am untuk berjumpa orang yang berkenaan,, setelah menunggu dalam 45 minit,, akhirnya orang yang ditunggu dah datang,, kitorang pun berbincang,, tapi dia kata yang boleh sign n cop borang GRF tu adalah penyelaras master,, ok takpe,, 

kawan aku pun tak sampai lagi ni,, aku menunggu depan bilik penyelasaras ni,, beberapa lama kemudian, kawan aku pun sampai,, tapi penyeralaras tu takde dalam bilik lagi,, bermulalah penantian itu satu penyiksaan,, setia menanti dari kul 915pg hingga kul 100ptg,, akhirnya penyelaras dah nampak mukanya n kitorang berbincang pape yang patot,, alhamdulillah segala berjalan dengan ok,, barulah lapang pikiran,, bile berjalan tu nampaklah orang,, kalo tak sebelum tu, menerawang pikiran,, then, kitorang g ke pejabat am semula untuk perkara yang paling penting iaitu mendapatkan surat pertukaran dari master without thesis ke master with thesis,, tapi sekarang waktu lunch,, jadi, kami memilih untuk santap di stall yang berdekatan dengan libraray,, sebab kedai mamak fakulti ada orang yang kami tak nak bertembung,, hehehe,, mana leh bagitau sape orangnya,, dah kenyang, selesaikan zohor di surau yang berdekatan,,

jam dah kul 2ptg ni,, kitorang g pejabat am tapi mamat yang buat surat pertukaran ni tak masuk lagi,, kitorang tunggu lagi,, dalam kepala mencongak,, sempat ke nak setel kat GSO plak lepas ni,, takpe, sabar separuh dari iman,, beberapa ketika, mamat tu dah munculkan diri dan kitorang bagitau bla bla bla n dia wat surat tu,, alhamdulillah,, setel sume hal kat fakulti dalam kul 230ptg,,

langkah yang seterusya,, aku n kawan aku g ke GSO plak,, di sini lah budak2 master n phd dari pelbagai fakulti berurusan,, kitorang g ke bhg pengambilan untuk urusan penukaran surat tawaran di tingkat 2,, dah lah penat, kerani nye lak macam ngokngek,, kalo rasa nak wat keje, wat lah betol2,, nak merungut2 plak,, kadang2 ku tengok kerani yang lebih kerek dari orang2 atasan,, berlagak nak mamposs!!! kan dah kena,, beberapa ketika, surat tawaran yang baru dah setel, pergi ke kaunter untuk apply GRF plak,, dan dokumen2 yang dilampirkan dah lengkap, aku submitlah borang GRF dengan seribu satu perasaan,, rasa cam kesabaran yang dititipkan dari pagi hingga ke petang di mana masa tu kul 4ptg, sangat2 berbaloi2,, harap2 ada la rezeki aku di sini,, aku tiada pilihan lain lagi untuk dituju,, setelah selesai, aku anto keciq ke tempat dia dan balik rumah,, 

pada ketika ini sedang menulis,, 


sehingga di saat ni ketika menulis ni, aku berasa seperti sebiji batu yang terhempap di kepala dah dapat dialihkan,, rasa ringan sangat pikiran,, aku berserah kepada Mu Tuhan untuk segala yang telah aku usahakan,, hanya Kau yang mengetahui segalanya,, amin,,

No comments:

 

Show Me The Stars Template by Carly Lloyd Designs