28 December, 2009

first class



aku kuar opis dengan semangat waja sebab ri ni adalah hari pertama kelas for my master at UPM,, subjek macroeconomics,, huhu,, aku balik umah, selesaikan solat, kenyangkan perot, aku bersiap untuk ke kelas,, lebih kurang dalam kul 5.45ptg, aku masuk dalam bilik BT8,, ramai gak student2 yang aku tak familiar,, foreigner pun ada,, tunggu punya tunggu,, dalam kul 6.10ptg, dr.law masuk kelas bagitau dr.maz tak dapat datang sebab dia tak sehat,, aku pun ok lah,, dr.law bagi briefing sikit tentang struktur pengajian,, kira2 dalam kelas, hanya 1 pelajar yang wat PHD, 4 orang wat master sains dan yang lain wat master ekonomi,, aku tergolong dalam master sains lah,,

kuar kelas dalam kul 6.30ptg,, aku n kawan aku kcq n ida, lepak kat lab borak2 jap sambil diorang meng key in subjek mana2 yang patot,, ada gak kitorang ceramah pada ida mengenai master ni,, huhuhu,, dalam kul 7.15ptg, kitorang bersurai dan pulang ke rumah maseng2,, 

bernokhtah di sini dulu,, akan ada pengkomaan yang seterusnya,,

pe aku makan ri ni:


pagi- nasi kerabu+air nescafe,,
tengah hari- maruku dhal+char kuey teow ngan cili jeruk yang banyak(shre ngan dina)+susu low fat,,
petang- nasi putih+sotong sambal+pucuk ubi masak lemak tempoyak,,


akibatnya:
aku telah menerima panggilan alam di mana pelaburannya sangat tinggi sebanyak 4 kali dari petang tadi sehinggalah sekarang,, aduh,, 

27 December, 2009

samsung vs sony

belanja sakan aku dah nak ujung2 bulan merangkap ujung tahun,, tapi aku jarang membeli,, sekali beli, tak ingat dunia mengabiskan duit,,

tanggal 25.12.2009,,

macam biasa pagi2 subuh aku bangun nak g keje,, tapi aku terasa diri aku ni macam pening2 lalat n demam semacam,, aku memang tak larat,, aku selesaikan subuh, bagitau mak aku n kawan opis yang aku tak g keje,, aku telan panadol sebiji,, dan aku terus zzzzzzzzzzzzzz,, aku bangun dalam kul 12 gak ar,, pastu pe lagi, aku melabur amanah saham dan bermulalah pemprosesan pembersihan dan pengemasan di teratak mak nani ni,, huhuhu,,

dalam beberapa ari ni, dalam kepala otak aku nak beli kamera pe,, aku dah survey sana sini,, dan aku memang suka kamera samsung ni,, aku dah test power kat kedai cina ni,, design cantik n gambar pun ok,, aku suka gler!!!!!! harga dalam rm870,, aku memang dah nekad nak amik yang ni,, sama ada warna itam atau grey,,

alang2 tak keje ri ni,, rona pun tak keje,, demam pun cam dah ok,, aku pun mengajak lah si rona g low yat untuk survey harga kamera samsung yang aku nak tu,, aku kuar umah dalam kul 5 petang,, jalan punya lah jem sepanjang highway,, time orang balik keje kan,, tu lah tak sabar sangat,, rona menunggu aku di tepi jalan depan bengkel kat simpang istana negara,, aku dah nampak keta dia, aku follow dia dari belakang untuk ke parking tempat keje dia kat PNMB,, dia parking keta dia, naik keta aku dan terus menuju ke low yat,, huhu,, lebih kurang dalam kul 8 gak ar sampai,, menghabiskan masa kat jem je lah ni tadi,,

dah sampai low yat,, teruja nya aku,, dari tingkat bawah, ke tingkat atas,, banyak gak kedai aku masuk,, aku menengok kamera, rona menengok handfon,, memang patot ko tuka hfon ko tu, dah tak selera aku tengok,, kui3,, pusing2, tak sume kedai ada jual brand samsung,, semestinya tak sume kedai ada jual kamera yang aku nak tu,, new model kot,, 

kedai pertama, ada jual samsung yang aku nak tu,, aku tanya harga sume,, lagi murah kat kedai cina kat warta, bangi tu,, jalan2 lagi,, masuk kedai yang ntah ke berapa,, tanya harga samsung tu gak,, dia bagi price yang sama maknanya murah lagi kat warta,, dan,,, jurujual ni bagi suggestion kualiti gambar yang lebih bagus dan harga lebih murah iaitu sony cybershot dengan harga rm699,, dia citer bla bla bla bla,, dan aku suh on kan dua2 kamera tu, amik pic sume n tunjukkan pada aku,, memang sony lagi clear lah sebab 12.1 mpixel, samsung 9.0 mpixel,, samsung ni mahal skit sebab ada MP3 player dan ada engrave abstract tu,, 

urm,, lama gak duk kedai dia ni,, pk punya pk,, aku dah decide nak amik kamera yang mana,, dan keputusan aku, aku amik sony cybershot,, aku rasa aku mementingkan kualiti gambar than multimedia player,, aku amik sony cybershot dan aku dapat menjimatkan rm200,, yabedabedu,,
     

26 December, 2009

takde mood


banyak benda nak tulis kat blog ni,,

macam2 lah,, 

tapi takde mood nak tulis beberapa hari ni,,

tunggu ada mood k,,

daaa~~~~ 

23 December, 2009

Tentang Cinta


Cinta

Sekiranya kamu dapati dirimu menyintai seseorang yang tidak membalas cintamu,
janganlah merasa tersisih dan sedih. Tiada salahnya menyintai seseorang kerana cinta tidak memilih untuk singgah di hati seseorang

Sekiranya kamu dicintai oleh seseorang yang tidak kamu cintai, anggaplah ia satu penghormatan buat dirimu tetapi selitkan penghormatan itu dengan cara yang ikhlas dan jujur. Jangan ambil kesempatan dan janganlah melukakan.

Bagaimana kamu mengurusi cinta begitulah kamu mengurusi dirimu dan setiap hati dan perasaan mengalami kepedihan dan kebahagiaan yang serupa sekalipun cara kita mengendalikannya berbeza.

Sekiranya kita bercinta dengan seseorang yang begitu menyintai diri kita dan tiba tiba cinta memilih untuk pergi, tiada siapa yang harus dipersalahkan, relakanlah cinta itu pergi. 
Kerana setiap yang berlaku ada maksud yang tersembunyi.  
Dan kita akan menyedari apabila masa silih berganti

Ingatlah bahawa jangan terlalu memilih cinta. Kerana cinta itu sendiri akan memilih untuk singgah di hati sesiapa. Kamu hanya perlu menerima kehadiran cinta itu dengan segala misteri didalamnya apabila ia datang mengetuk pintu hatimu. Nikmatinya sebagaimana ia membuat hidupmu bahagia dan bebaskan ia. Cinta sentiasa dan selamanya akan menjadi misteri. Bersyukurlah kerana ianya pernah singgah di hati kamu...

**kata-kata ni aku dapat dari Teratak Anna Abadi yang suatu ketika dulu menjadi tempat favourite untuk bermadah,, kini tiada lagi,, tuan punya teratak dah kembali ke jalan Ilahi,,

20 December, 2009

pape je lah

aku dah giler blog ker,, boleh dikatakan jugak lah,, asik2 tuka itu ini dalam blog aku ni,, aku pun tak paham pe yang aku nak,, hehehe,, boring duk umah takde wat pe,, lagipun aku dah jarang kuar,, cerita dunia sekarang berada di hujung jari,, cewah,,
sampaikan mak aku tersedar perubahan aku yang jarang kuar sekarang ni, mak aku pun mengatakan aku ni dah jadi baik ke sebab jarang kuar malam dan hujung minggu,, aku ni memang kaki ngeteh,, tapi kena tengok geng gak nak ngeteh tu,, huhuh,, bengkek gak kepala otak ni dah lama tak g ngeteh,,

aku tak tau nak tulis apa lagi,,
tapi sebenarnya sambil aku menulis ni, aku tengah mendownload citer jin notti kat utube,,
citer ni aku jumpa dalam satu blog yang agak menarik pada pandangan aku,, simple, kreatif n nice,, banyak lagi citer2 lain yang dia ada,, untuk permulaan, aku nak tengok citer ni dulu,,


idea idea idea,, datanglah dikau kepada aku,,
sekejap jek rasa cuti 3 hari kan,, sok dah nak keje,, hilang lenyap lah keindahan aku bangun lambat setiap pagi,, huhu,,

aku nak tengok citer tu jap,, post ni aku saved dulu,,

aku g tengok sehati berdansa jap ngan family aku,, sambil makan keropok ikan n rambutan kat depan tv,, gelojoh gak ar aku makan sebab lapo gler,, hehe,, ni rasa nak masak megi,, tapi tahan nafsu jek,,


aku tak puas hati isma n zul yang kuar,, tapi silap isma n zul gak sebab tarian melayu kontemporari dia pilih lagu indon,, tu yang menyebabkan markah berkurangan,, dah takde rezki lah katakan,, bagi aku, sepatotnya sein n nana yang kuar,, sein penari yang bagus tapi nana tidak wpun ada peningkatan,, ni pendapat aku jek lah,, pot pet kat sini tapi bukan mengundi pun,, hehe,,

nak masak megi ke tak ni,, waduh2,, sambung tengok citer jin noti jap,, dan aku saved dulu post ni lagi,,

aku memang lapo gler,, aku g masak megi spesel buatan aku jap,, sedap woo,, ni rona yang menggoda ni,, lagi menggalakkan plak,, kata nak diet,, 
aku hampa,, aku g dapur, megi mamee kari berapi slrrppp takde,, mak aku tak beli,, at last, aku masak air,, aku wat nestum jek,,huhu,, sori rona,, ko makan la megi sorang2 kat umah ko,, hahaha,,


urm,, aku menikmati nestum sambil tengok citer jin notti ni semula,, menunggu rona dengan megi nye yang bukan sedap pun,, kitorang rancang jek masak megi sama2, tapi kat rumah masing2 lah,, huhu,, gedik jek lebih,,

makin syok tengok cite jin notti ni,, sampai sini dulu karut mengarut yang ntah pape ni yang aku rasa ntah pape lah,, hehehe,,

nice watching to me:)) 

ninja assassin



 



seperti yang sedia maklumi, aku memang suka giler citer ni,, suka sangat2,, rasa cam nak tengok banyak kali,, dan aku akan dapatkan DVD yang original,,

lakonan rain yang sangat mantap,, structure, lenggok dan gerakan body yang sangat cantik dalam setiap aksi n gerakan,, dia sangat seksi bile tak berbaju,, hehe,, ikhlas dari ati ni,, huhu,, secara jujurnya, aku memang dah meminati dia sangat2,,  

rain melakonkan watak sebagai raizo, seorang yang banyak memendam perasaan, melihat dengan menggunakan kata hati, sangat sesuai dengan air muka rain yang seolah2 macam takde perasaan tu n mempunyai pandangan mata yang tajam,,
raizo seolah2 terlupa yang dia ada perasaan n masih ada hati,, scene yang paling menyentuh hati pabila raizo ngan gerl tu aku lupa nama dia menyedarkan raizo tentang perasaan,, di mana maseng2 mendengar degupan jantung antara satu sama lain,, gerl tu telah tertangkap ketika cube untuk melarikan dan telah dibunuh,,
motif father n group ninja ni sangat jahat di mana membunuh orang sesuka hati tanpa perasaan belas kasihan,, raizo menjadi buruan pabila dia dianggap mengkhianati father n geng ninja kerana tidak membunuh budak pompuan yang cube melarikan diri dari geng ninja,,
sangka terhadap raizo yang membunuh ternyata salah,, sebenarnya geng2 ninja yang membunuh dan mengekori setiap gerakan raizo,, bermulalah buruan demi buruan, aksi demi aksi yang sampai sekarang aku tak leh lupa,,
bermula kehidupan yang sebenar pabila raizo bunuh father dia n geng ninja pun terhapus,,
scene yang terakhir, dia telah kuar dari sangkar geng ninja melalui jalan yang gerl yang aku tak ingat nama tu nak melarikan diri,, 


tahniah pada yang terlibat dalam menjayakan filem yang sangat hebat,, 

**over ke?? lantak la,, hehe,,

19 December, 2009

wedding 12 ' 2009


yunena dan asfutra,,

hari ni(19.12) berlangsungnya perkahwinan kawan hingusanku dari sekolah rendah sampai sekarang,, kawan satu kampung lah kiranya,, aku rasa cam semalam jek dia mengejutkan aku dari tido n bagi kad,, dia nikah pada hari khamis(17.12) lepas asar n tup tup ri ni(19.12) persandingannya,,
tema warna persandingan adalah hijau,, baju pengantin dia cantik n warna ijau dia pun cantik,, pandai dia pilih,, dengan kain tepi khemah dia pun warna ijau,, nasib baik air tak warna ijau,, leh jek wat air berwarna ikut tema tapi rasanya air sirap gak lah,,
rombongan mak nani gak lah tadi,, mak aku, cik silah, cik ina n anak2 dia sekali g,, kenal lah katakan,,
aku doakan semoga berbahagia dan kekal hingga ke akhir hayat kepada yunena dan asfutra,, semoga dapat anak yang ramai n comel seperti yang diidam2kan,, hehehe,,

marina dan suami,,

tak lupa juga kepada kawan masa belajar diploma kat bintulu dulu,, marina n suami,, nikah pada ri ni(19.12) dan persandingan pada esok hari(20.12) di teluk intan, perak,, aku tak dapat g di atas sebab2 yang tak dapat dielakkan,, 
aku doakan semoga berbahagia dan kekal hingga ke akhir hayat kepada marina dan suami,, semoga dapat anak yang ramai n comel seperti yang diidam2kan,, hehehe,, ayat ni copy jek dari ayat atas tu,,

mira dan suami

tahniah juga kepada mira dan suami yang telah melangsungkan perkahwinan pada 6.12,, tak sangka ko dah kawin,, teringat kita gado2 masa kat sarawak dulu kan,, hehehe,, aku doakan semoga berbahagia dan kekal hingga ke akhir hayat kepada mira dan suami,, semoga dapat anak yang ramai n comel seperti yang diidam2kan,, hehehe,, ayat ni pun copy gak,,  


**wat statement macam nak kena report pada somebody jek,, hehehe,,
**tulisan perkahwinan kawan2 ku tidak terhenti di sini,, akan ada dan berterusan,, 

cheh!

mata tak ngantok lagi,,
takde rasa nak tido pun,,
dah baring, tutup lampu,,
alih2 buka laptop semula,,
rindu seseorang? tak lah,,
blurr? ada la skit2 blurr,,
boring? boring gak cuti ni tak g mana2,,
tensen? takde sebab nak tensen,,
sunyi ke? ada lah gak tapi tak selalu,,
lapar? kenyang dah,,
haus? dah minum,,
bestu,, pe dia,,
bantal busuk ada, cadar wangi, tilam empuk,,
kipas laju n laluan sehala ke aku jek,,
radio didendangkan dengan lagu sentimental,,
panggilan alam sume dah selesai,,
nape ni,,,,
adakah sebab rona cengeng tu?
sambil aku tak leh tido, dan menulis ni, aku chat ngan dia,,
hot topic lak tu,, 


sah,, ni lah jawapan yang sebenarnya,,
rona, aku nak tido,,
daaa~~~

derita merindu

perkata pertama yang akan aku hayati pabila dengar lagu baru adalah lirik n bait2 kata nya,, then, baru dengar irama n rentak dan cara penyampaian,, kebanyakan lagu yang memenuhi citarasa aku sekarang adalah band2 indonesia,, aku rasa formula diorang adalah buat lagu dari pengalaman sendiri n rasa pe yang dia rasa ketika sampaikan lagu tu,, kalo nak ikutkan, kata2 lagu diorang simple jek tapi dari segi penyampaian kot yang berkesan,, terus ke jiwa aku nih,, hahaha,,

pada satu malam yang aku tak ingat bile,, masa tu dah tutup lampu, dah lending atas katil, peluk bantal busuk,, aku dengar 1 lagu rap best dari suriafm,, kata2 dia menusuk kalbu,, dan esok nye aku dengar lagi lagu rap tu,, memang aku suka lagu rap tu,, lagu dari ahli fiqir - derita merindu,, lagu yang boleh dibanggakan dari msia n spore,, dan aku ingin catitkan dalam blog kesayangan ku ni,,


ahli fiqir - derita merindu,,    

L
Kau katakan cinta gunakan akal
Bila aku gunakan, kau yang menyangkal
Bagaimana nak kekal
Kau katakan cinta gunakan minda
Bila aku gunakan
Kau yang tak percaya? bagaimana nak bahagia

P
Maafmu tak bererti, kau mudah sesali
Berulang kali telah kau mungkiri
Manis mulut berjanji terpedaya lagi
Menanti biar terus didustai
Kaulah bahagia (bagiku)
Kaulah derita (bagimu)
Esok lusamu, tak ku kenal lagi engkau siapa

L
Dan aku cuba sedaya upaya
Telah ku usaha dengan sepenuh jiwa
Bagaimana hendak ku lupa
bayangan wajahmu selalu di depan mata
harum baumu masih dapat ku hidu
Bagaimana ingin aku membencimu
Jikalau setiap hari merindu
Sekiranya derita merinduimu itu sebenarnya bahagia..
Aku pilih derita..

P
Kaulah bahagia (bagiku)
Kaulah derita (bagimu)
Esok lusamu, tak ku kenal lagi engkau siapa
Mungkinkah esok atau lusa walau biarpun lama
 Andai ku biar tiada, ku tetap kan setia
Entah bila akan tiba sampai jua harimu yang sama
Esok seperti semalaman yang tak berubah
Kaulah tanda tanya? kau tiada titik noktah
Ku dibuai mimpi lena dikejut igau semula
Kaulah tanda tanya? kau tiada titik noktah
Ku dibuai mimpi lena dikejut igau semula

L
Seandainya kau berada di depan mata
Mudah untuk aku berkata-kata
Supaya dapatku melihat seraut wajahmu
Walaupun belum tentu kau mahu bertemu
Apalagi memandangku
Setelah ku turutkan segala kemahuan kau mainkan perasaan
Begitu mudah kau ucapkan terimalah saja kenyataan?
Aku masih terkilan

P
Maafmu tak bererti, kau mudah sesali
Berulang kali telah kau mungkiri
Manis mulut berjanji terpedaya lagi
Menanti biar terus didustai
Kaulah bahagia (bagiku)
Kaulah derita (bagimu)
Esok lusamu, tak ku kenal lagi engkau siapa
Kaulah bahagia (bagiku)
Kaulah derita (bagimu)
Esok lusamu, tak ku kenal lagi engkau siapa

L
Jika kau dapat memahami hati seorang perindu
Baru kau tahu derita hatiku
Jika suatu hari nanti giliran kau merindu
Baru kau ingat derita diriku
Segala yang berlaku bukan kemahuanku
Apa gunanya bahgia
Jikalau bahagia bersamamu hanyalah untuk sementara waktu
Aku pilih derita merinduimu

P
Maafmu tak bererti, kau mudah sesali
Berulang kali telah kau mungkiri
Manis mulut berjanji terpedaya lagi
Menanti biar terus didustai
Kaulah bahagia (bagiku)
Kaulah derita (bagimu)
Esok lusamu, tak ku kenal lagi engkau siapa
Kaulah bahagia (bagiku)
Kaulah derita (bagimu)
Esok lusamu, tak ku kenal lagi engkau siapa


bagi aku, lirik lagu ni sangat bermakna,, berpijak pada realiti,, kita berada di kedudukan mana,, sama ada nyanyian laki atau pompuan,,


"Jikalau bahagia bersamamu hanyalah untuk sementara waktu, 
Aku pilih derita merinduimu"
 
jika aku lah berada di tempat lirik itu yang dinyanyikan oleh laki, adakah aku sanggup pilih derita merindui dari mengecap bahagia seketika?? derita merindui dengan berbekalkan kenangan lalu ataupun mengecap bahagia dengan kenangan baru, itupun kalo bahagia lah,, kalo tak bahagia camne plak,, 

natural kan lagu ni,, aku suka sangat,, 

18 December, 2009

blurrr

tuka struktur pengajian dah,, inform pada kpt pun dah,, pendaftaran pun dah,, pe yang merunsingkan pikiran aku lagi ni,, takyah pening2, belajar jek lah,, huhuhu,, senangnya cakap aku ni,,

bukan susah nak jadi susah, bukan senang nak jadi senang,,

gerak ati kita dari ALLAH,, terima kasih KS menyedarkan 5,, 

pendaftaran master dibuka 2 minggu dari 14-25.12.09 iaitu senin hingga jumaat minggu depannya,,

ri senin pada hari pertama, aku kuar lambat dari opis,, de benda nak setel,, pastu balik umah amik dokumen,, sampai2 sana dalam kul 510ptg, dah tutup,,tak sempat sebab kaunter tutup kul 5ptg,,


ri selasa pada hari kedua, aku kuar awal skit dari opis n terus g ke sana,, masa ngah drive, kepala aku tetibe pening,, aku terpejam mata 3 saat kat highway,, bila aku buka mata, kereta aku da dekat ngan kereta depan,, fuh,, nasib baik panjang umo aku,, aku sampai sana dalam akul 430ptg,,bersemangat ni nak daftar,, alih2 surat tawaran kpt tak bawak plak,, aku minta tolong staff sana printkan dari internet,, tapi dah takde,, aku pun bailk dengan rasa hampa,,

ri rabu pada hari ketiga, aku kuar opis n terus ke sana,, aku dah ready2 pape yang ptot,, dokumen dah lengkap,, dan aku berjaya mendaftarkan diri,, huhuhu,,

step yang seterusnya adalah daftar subjek,,

pada hari khamis, di opis,, aku terpikir untuk daftar subjek memandangkan HRMIS masa tu ngokngek,, jadi, aku terus wat lah,, ada masalah lagi,, aduhai,, subjek macro n econometric aku dah berjaya daftar,, tapi subjek research method dah penuh,, cam ne ni,, dah lah subjek persediaan untuk wat thesis,, wat sementara waktu ni, aku daftar micro dulu,, kot2 ada buka lagi satu kelas untuk research method,, lega skit ati aku,, macro n micro tak leh amik dalam 1 sem yang sama, sebab kedua2 tu adalah subjek yang berat,, mau pecah kepala otak aku digabungkan plak dengan ekonometrik,, hahaha,, 

jadi nye, sampai sekarang lah aku blurr n tak dapat nak berpikir,, status aku di facebook adalah blurrrrrrrr,, hehehe,, sesuai ke masalah ni ngan blurrr aku ni,,

Salam Maal Hijrah 1431




Salam Maal Hijrah 1431,, 

semoga aku menjadi insan yang lebih baik dari sebelum ini,,

aku berazam untuk meningkatkan solat dan amal ibadat aku,,

aminn,,  

alhamdulillah, aku dapat baca doa akhir n awal tahun pada tahun ni,,

 dan pengharapan untuk tahun2 yang seterusnya,,

 

12 December, 2009

pada 121209

bangun pagi seawal 10pg, seperti biasa kena melabur amanah saham dulu,, agak2 dah boleh untung, bermulalah operasi mengemas rumah,, hehehe,, mak aku ngah berkebun kat luar depan umah tu,, nak wat breakfast per ek,, klmarin aku de beli baked beans yang dalam tin tu, roti pun ada, sosej pun ada,, ok sangat lah tu,, pagi ni makan ala2 omputih gtu,, air panas pilihan adalah kacip fatimah,, biar ada ummphhh,,

  
 aku n mak makan sambil menengok tv,, ulangan sehati berdansa jek,, tengok jek lah sebab takde citer lain yang best,, urm,, umah dah siap kemas,, perot pun dah kenyang,, nak wat pe lagi ek selain dari surf ni,, nak baca novel takde mood n suasana tak sesuai,, nak baca novel kena dalam keadaan suasana romantik, sunyi, sejuk2 suam,, barulah feeling tu datang,, hehehe,,

aku nak hias blog aku ni,, tapi tak tau nak letak apa lagi,, asik2 amik widget jek,, nanti asik sama ngan orang lain jek,, aku nak letak gambar2 kesukaan aku lah,, hehe,, yes,, dapat pun idea,, maknanya sambil aku menulis ni, sambil tu lah aku mencari2 gambar yang sesuai dengan kesukaan aku,, tak sume gambar yang aku cari ada,, macam kereta aku n laptop aku, nanti aku amik pic pastu aku upload k,, 

tibe2 mak aku bersuara,, 
"klong, mesin basuh yang ko cakap boleh bayar ansuran tu kat ne, nanti try g tengok lah",, 

aku pun menjawab,,
" ri tu klong tengok kat carrefour alamanda, jenama LG,, alang2 beli yang auto lah mak,, budget yang 1000 ke bawah pun dah ok,, mak dah tua tak yah lah cari yang manual, cancel jek lah mesin basuh yang mak nak beli kat kawan abang ngah, mak larat ke nak guna yang manual lagi,, mesin basuh kawan abang ngah tu pun lum tentu elok lagi,, alang2 beli baru puas hati",, 

mak aku pun berkata,,
"ko try tipon abang ngah cakap cancel nak beli mesin basuh kat kawan dia,, tapi semalam dia tak balik umah,, dia bawak kereta,, aku takut dia dah g amik mesin basuh tu sebab ri senin ni last diorang belaja",, 

"ok, klong try tipon,, kalo mak nak, kita g alamanda lepas zohor lah",,

"ko tipon abang ngah dulu, tanya dia dulu",,

dan sampai sekarang, ketika menulis ni, aku tak dapat2 lagi tipon abang ngah adik laki aku tu,, mula2 sabar lagi,, dari kul 12 sampai kul 1pm ni, aku tak dapat2 kol lagi,, membara tol hati aku ni tau,, urm,, memang dah ilang kesabaran,, tapi demi mak, aku tipon berpuluh2 kali gak,, asik2 number you're dialling not in service,, geram tol aku tau,, akhirnya,,,,jap aku tengok jam,, kul 1.19pm baru aku dapat kol,, lega ati aku,, hehehe,, mak aku dah cakap ngan adik laki aku tak jadi amik mesin basuh tu n nanti kitorang  g carrefour alamanda,, hehe,, ada mesin basuh baru,, kui3,, belum beli lagi lah,, hehehe,, 

sekarang kul 1.20pm mak aku tengah masak kat dapur,, aku kat bilik ngah menulis,, adil lah tu kan,, hahahaha,, pe lagi aku nak tulis ni,, argggggggghhhh,, takkan ngantok lagi kot,, melampau aku ni,, bangun kul 10pg takkan nak tido balik sekarang,, urm,, 

aku agak2 kan, ada ke orang suka baca blog aku ni,, bukannya apa,, aku riso gak ayat yang aku guna ni terover atau terlampau,, citer yang aku tulis memboringkan ke,, tapi ni kan blog aku,, sukati aku lah,, hehe,, aku tengok blog orang lain, macam best jek isu2 n topik2 yang diorang kupas,, aku tak pandai sangat nak kupas2 ni,, tolong mak aku kupas kulit bawang leh lah,,   

aku rasa kena stop sampai sini dulu,, mak aku dah siap masak,, mak aku bising2 suh mandi,, kan nak g alamanda,, hehehe,, rasa sayang nak tinggalkan blog ni sebab mood nak tulis tu dah sampai,, tapi apa kan daya,, dan aku pun publish this merapu2,, 

berangan

malam ni aku merapu jek,, nak tengok tv takde citer best,, surf internet,, asik2 facebook, ym, n blog,, tak tau nak surf pe lagi,, nak tengok cite kat internet, macam takde keinginan,, urm,,
kat blog ni pun aku tak tau nak tulis pe lagi,, takde pun rasa mood nak menulis malam ni,, tapi dah keboringan tahap cipan, aku tulis gak lah,, sambil tulis, sambil surf,, surf, surf, surf, tulis,, tulis, tulis, tulis, surf,,  

sesi makan dulu,,

perot lapo lah,, teringin plak nak makan chicken chop gerai pakcik hasan depan umah ni,, tapi duit aku ada rm2 jek,, aku g cari kat bilik mak lagi rm3,, yes, murah rezki aku,, hehehe,, aku pun dengan terkedek2 g gerai depan umah ni,, aku makan chicken chop ni dalam bilik sambil surf lagi,, sedapnya chicken chop ni,, pe yang sedap tau,, chicken chop ni bukan yang instant,, dia goreng sendiri guna isi ayam,, pastu dia wat kuah sos+blackpepper banjir2, dia letak tomato, bawang, fries,, konon2 macam chicken chop orang kampung,, tapi aku suka n sedap gler,, takde salad n coleslow lah sebab harganya rm5,, perot dah kenyang,,,,, dan aku meneruskan surf surf surf dan surf,,

sesi berangan plak,, 

kalo aku ada duit, aku nak beli apa ek,, leh survey dari sekarang untuk beli pape bila dah de duit nanti,, haaaa,,, aku nak beli kamera digital lah,, memandangkan seumur idup aku tak penah de kamera digital,, sebab sebelum ni aku guna kamera kat hphone nokia 6280 aku,, hphone still ok cume kamera dia jek yang wat hal,, disebabkan dah rosak kena la cari kamera,, tapi perancangan ni adalah setelah aku ada duit,, sekarang ada duit tapi ngam2 jek,, aku surf tenet jap pasal camera ni,, dalam kepala otak aku, aku tau tiga brand jek,, olympus, nikon, canon,, aku tak tau mana better,, aku nak cari kamera yang gambar cantik, kualiti, comel n smart, dan yang paling penting murah,, banyak cekadak aku,, manade barang kualiti harganya murah,,

kalo ikutkan ati yang berlagak ni, aku nak kamera yang ada lensa tu,, konon2 macam jurugambar professional,, tapi ati berlagak, duit takde pun takda guna gak,, aku pun cari digital camera yang biasa jek,, aku tertengok kat laman web www.mudah.my ni,, leh caya ker ek,, barang2 2nd hand ek,, tapi cam cantik2 lagi,, aku teruskan tengok lagi ek,, 


tetibe hfon aku berbunyi,, aku ada pakwe ke yang nak tipon aku,, sape plak yang tipon aku malam2 sepoi bahasa sebegini,, ceh!! aku tengok nama rona yang terpapar,, dia yang tipon rupanya,, mengganggu konsentrasi aku betol,, jangan marah yaa,, 

aku surf lagi,,  alamak,, aku tertido lah,, ni baru terjaga,, dan aku terus publish,,

10 December, 2009

GRF


pada petang rabu 09.12.2009 yang aku rasakan ada hikmahnya,,

balik keje, aku baring2 merehatkan pikiran,, memikirkan masa depan,, memikirkan tentang master,, aku tergerak untuk tipon kawan aku yang dah jadi tutor kat upm,, aku tanya beberapa pendapat di mana aku rasakan buntu aku memikirkannya sorang2,, dia kata better amik master with thesis n apply lah GRF,, di mana tarik tutup untuk apply GRF adalah pada 11.12.2009,, biar betol,, sempat ke ni,, dan dirangka2 balik 11 ari bulan tu kan cuti,, jadi, aku ada masa esok jek untuk setelkan sumenye,,

kat mana borang GRF ek,, aku rasa aku penah save n print,, cari dalam laptop takde,, nak download kat GSO, iklan nya dah takde,, owh,,,, kat opis,, 

bermulalah kelam kabutan yang tak tau nak cakap camne,, aku selesaikan solat asar,, aku tipon kawan aku namanya keciq untuk mengajaknya bersama tapi dia tak angkat,, aku bersiap n terus g opis dalam kul 630 sorang2,, aku mesti dapatkan borang tu malam ni gak,, sampai di opis, aku lega pe yang aku cari jumpa,, sekarang ni aku nak print proposal plak,, sebab amik master with thesis kena lampirkan proposal,, tapi kat mana aku nak print,, printer yang biasa aku guna tak leh sebab sharing ngan akak tu tapi PC akak tu tutup n aku tak tau pasword barunyer,, camne ni ek,, takkan nak nak mintak tolong pegawai kewangan tu,, malu plak,, tengok diorang macam bz jek,, pinjam PC dina jap lah,, aku tipon dina tak angkat2,, aku tipon anis dia kat luar n naseb baik dia tau pasword PC dina,, tapi pasword yang anis bagi salah,, nak kena dia ni,, hehehe,, aku tipon dina lagi mintak permission untuk guna printer n dia bagi password,, setelah selesai print n sediakan dokumen yang diperlukan, aku berasa lega sedikit,, 

aku selesaikan maghrib kat opis n nak balik,, tapi tak leh balik lagi,, aku kena bagi satu borang ni pada kecik sebab nak apply sama2 sok,, aku temankan dia g cc kat pkns bangi untuk print pape yang patot,, tapi ada masalah yang tak dapat dielakkan, jadi tak dapat print,, aku kena anto dia ke upm untuk selesaikan masalah yang dia hadapi,, tapi masalah dia tu leh setel lah n aku berasa lega gak,, sebelum anto dia kat upm, kitorang santap di MCD sebab aku nak makan prosperity burger,, dengan pelahapnya aku makan,, hehe,, tengah sedap2 aku makan, aku ternampak botak dengan dulangnya untuk mencari tempat,, aku jerit 'botak' n dia pandang n dia lepak sama ngan kitorang,, borak2 n bla bla bla bla,, aku pun anto keciq ke upm dan aku drive balik dengan membayangkan tilam dan bantal busukku,, 




pada pagi khamis 10.12.2009 yang aku tak dapat membayangkan,,

aku bangun pagi seawalnya n bersiapkan diri cantik2,, makan burger yang dibeli oleh adik aku malam tadi kat stall burger fav mak aku,, burger tu elok lagi pagi2 ni,,  n aku sampai di fakulti pada pukul 830pg,, aku g ke pejabat am untuk berjumpa orang yang berkenaan,, setelah menunggu dalam 45 minit,, akhirnya orang yang ditunggu dah datang,, kitorang pun berbincang,, tapi dia kata yang boleh sign n cop borang GRF tu adalah penyelaras master,, ok takpe,, 

kawan aku pun tak sampai lagi ni,, aku menunggu depan bilik penyelasaras ni,, beberapa lama kemudian, kawan aku pun sampai,, tapi penyeralaras tu takde dalam bilik lagi,, bermulalah penantian itu satu penyiksaan,, setia menanti dari kul 915pg hingga kul 100ptg,, akhirnya penyelaras dah nampak mukanya n kitorang berbincang pape yang patot,, alhamdulillah segala berjalan dengan ok,, barulah lapang pikiran,, bile berjalan tu nampaklah orang,, kalo tak sebelum tu, menerawang pikiran,, then, kitorang g ke pejabat am semula untuk perkara yang paling penting iaitu mendapatkan surat pertukaran dari master without thesis ke master with thesis,, tapi sekarang waktu lunch,, jadi, kami memilih untuk santap di stall yang berdekatan dengan libraray,, sebab kedai mamak fakulti ada orang yang kami tak nak bertembung,, hehehe,, mana leh bagitau sape orangnya,, dah kenyang, selesaikan zohor di surau yang berdekatan,,

jam dah kul 2ptg ni,, kitorang g pejabat am tapi mamat yang buat surat pertukaran ni tak masuk lagi,, kitorang tunggu lagi,, dalam kepala mencongak,, sempat ke nak setel kat GSO plak lepas ni,, takpe, sabar separuh dari iman,, beberapa ketika, mamat tu dah munculkan diri dan kitorang bagitau bla bla bla n dia wat surat tu,, alhamdulillah,, setel sume hal kat fakulti dalam kul 230ptg,,

langkah yang seterusya,, aku n kawan aku g ke GSO plak,, di sini lah budak2 master n phd dari pelbagai fakulti berurusan,, kitorang g ke bhg pengambilan untuk urusan penukaran surat tawaran di tingkat 2,, dah lah penat, kerani nye lak macam ngokngek,, kalo rasa nak wat keje, wat lah betol2,, nak merungut2 plak,, kadang2 ku tengok kerani yang lebih kerek dari orang2 atasan,, berlagak nak mamposs!!! kan dah kena,, beberapa ketika, surat tawaran yang baru dah setel, pergi ke kaunter untuk apply GRF plak,, dan dokumen2 yang dilampirkan dah lengkap, aku submitlah borang GRF dengan seribu satu perasaan,, rasa cam kesabaran yang dititipkan dari pagi hingga ke petang di mana masa tu kul 4ptg, sangat2 berbaloi2,, harap2 ada la rezeki aku di sini,, aku tiada pilihan lain lagi untuk dituju,, setelah selesai, aku anto keciq ke tempat dia dan balik rumah,, 

pada ketika ini sedang menulis,, 


sehingga di saat ni ketika menulis ni, aku berasa seperti sebiji batu yang terhempap di kepala dah dapat dialihkan,, rasa ringan sangat pikiran,, aku berserah kepada Mu Tuhan untuk segala yang telah aku usahakan,, hanya Kau yang mengetahui segalanya,, amin,,

06 December, 2009

pada 061209

pak pak kepak kepong3,, ri ni kawan aku mira akad nikah dengan lelaki pilihannya dan seterusnya telah bergelar isteri orang,, ada gak ar beberapa kawan aku masa kat bintulu datang,, konvoi 4 keta,, amik berkat lah katakan,, sebab kitorang yang datang bujang n ada yang dah jadi tunangan orang,, 



lepas balik dari kenduri kawan aku tu,, kitorang masing2 pun membawa hala tuju maseng2,, yang tinggal aku n rona,, kitorang decide nak melepaskan anak tekak kat alamanda,, dah lama nye tak karok,, bestnyer2,, jangan tak caya kitorang nyanyi 20 lagu,, aku memang layan lagu jiwang n tangkap leleh,, si rona layan lagu omputeh n lagu jiwang gak tapi tak sesentimental aku,, aku nyanyi, dia nanges,, kah3,, padan muka ko kena kutuk dalam blog aku ni,, hehe,, aku nyanyi lagu luka dilukai, dia pun sebuk nak nyanyi lagu ni ngan aku,, sambil nyanyi, meleleh air mata,, hehe,, 

melangkah keluar je dari tempat karok, dugaan wayang n makan plak ni,, sambil jalan, decide nak g tengok wayang plak,, berkira2 dalam kepala otak, kitorang nak tengok citer ninja lah,, tiket kul 6ptg,, jam baru kul 430 ptg,, aku pun ajak si rona 'leleh' g makan johnny dan menu kitorang adalah stimboat and chicken wing,, kitorang berborak lah pape yang patot sambil menikmati makanan,, aku memang pantang.. pantang nampak makanan,, hehe,, dan kitorang pun melayan mata menengok ninja,,


yang aku excited untuk menulis pada malam ini jugak adalah,, cinta ninja ni memang best2 gler tak terkata,, memang tak terkata,, aku rasa cam nak tengok esok kali kedua,, memang best gler,, banyak aksi pembunuhan n pendarahan, tapi bagi aku jalan citer yang sangat best,, memang kalah lah citer transformers, terminator salvation, 2012,, sape yang tak g lagi tengok citer ninja ni, aku syorkan g lah tengok,, memang tak rugi la gua cakap,, memang tak rugi woo, di saat menulis ni pun, teringat2 aku lentok riuk badan rain(raizo- nama watak dalam cite ninja) masa berlawan tu,, memang macho n best lah beb,, rasa macam aku pun nak berlawan sama,, hahahha,, over ke aku ni,, lantak lah,, aku akan cari mangsa sok untuk aku ajak tengok citer ninja ni,, 

(penulis ni kalo dah excited memang tak betol skit,, gedik terlebih la katakan,,))  

05 December, 2009

job wanted



malam jumaat yang tak tau nak cakap camne keadaannya,,

aku telah menerima tiga panggilan dari careerexcel (jobstreet) dalam satu hari pada hari khamis di mana diorang menawarkan aku job:

1)  customer service di streamyx,, gaji boleh tahan n keje shift,, lokasi di TTDI damansara,,
aku bagitau akan ku pk kan dulu,,

setengah jam kemudian, terima panggilan lagi,,diorang offer,,  

2) marketing di TS solution,, gaji boleh tahan n kerja ofis hour,, lokasi tak tau sebab aku terus cakap aku tak berminat,,

satu jam kemudian, dapat panggilan lagi,, diorang offer,, 

3) customer service di telekom,, gaji boleh tahan n keje shift,, lokasi di TTDI damansara,,
aku bagitau aku bersetuju tanpa berpikir panjang and akan di interview pada ari sabtu,,

aku pun mula mencongak2 dalam pikiran,, sama ada nak g iview atau tak,, ada gak tanya pendapat kawan2 aku,, gaji yang ditawarkan agak tinggi dari kerja aku sekarang, dan aku sayang master with biasiswa,, 

aku cume tak nak wat keputusan yang salah,, bingung juga memilkirkannya,, bukan senang nak sambung master dapat biasiswa plak tu,, bukan senang nak dapat keje sekarang ni ngan gaji yang agak tinggi yang sesuai dengan kelayakan aku wpun keje nye agak tak famous,, nak senang sekarang atau bersusah2 dahulu dan bersenang2 kemudian,,  
  
mana satu ek,, aku malas nak pk,, biarlah keadaan yang menentukan,, lagipun tak wat persediaan pape pun nak g iview pada sok ari nyer,, dan aku pun zzzzzzzzzzzzzz pada malam jumat yang tidak menyenangkan pikiran aku,,

pada pagi sabtu yang dingin,,

aku buka mata n tengok jam,, dah kul 11.30 pagi,, haaa??? maknanya terlepas iview tu,, hehe,, cam tu jek lah keadaan yang menentukan,, mungkin rezki aku bukan di situ,, senang jek kan,, ya allah, bantulah hamba-mu ni dalam mengharungi kehidupan yang akan datang,, semoga aku tidak tersalah membuat pilihan,, 

amin,, 

04 December, 2009

yang mana pilihan




memilih sama ada berlapikkan bumbung 'atau' bertempiaskan hujan renyai2 untuk memarkir kereta,, 

memilih sama ada memanjat lapan anak tangga 'atau' tiga baris laluan rata untuk sampai ke lift,,

memilih sama ada memanjat anak2 tangga 'atau' menunggu dan memasuki perot lift untuk sampai ke tingkat enam,,

memilih sama ada santapan di waktu pagi 'atau' di kala matahari menerikkan cahaya,,

memilih sama ada membeli santapan 'atau' menikmati jamuan diberi di pagi hari,,

memilih sama ada teh 'atau' nescafe untuk minuman,,

memilih sama ada menerima seadanya 'atau' menidakkan apa yang ditetapkan tanpa kerelaan,,

memilih sama ada memberi tumpuan 'atau' menghayati novel di seminar,,

memilih sama ada menyembunyikan 'atau' mendedahkan segala tentang diri,,

memilih sama ada menutup 'atau' menadah telinga,,

memilih sama ada menulis 'atau' tidak menulis di sini,,  

adakah kehidupan ini sentiasa mempunyai pilihan,, adakah diri sentiasa diberi peluang untuk membuat pilihan,, adakah pilihan yang dibuat sentiasa menunjuk kepada ketepatan,, ataupun pilihan yang dibuat tidak pernah menyebelahi diri,,

memilih antara dua bukan semudah tiada pilihan,, tiada pilihan juga bukan semudah memilih antara dua,, bermakna??,,

sementara di sini,, akan berterusan jua,, 

03 December, 2009

berdiam & berkata



berdiam lebih baik dari berkata,, adakah??,, ataupun berdiam seolah2 nampak seperti lari dari masalah,, ataupun berdiam untuk tidak mengeruhkan lagi keadaan,, ataupun berdiam seperti tidak mengangkat tanggungjawab yang dipikul,, 
  
berkata kebenaran lebih baik dari langsung tidak berkata,, betolkah??,, berkata seolah mengaibkan dan menjatuhkan,, berkata seperti mengguris dan mencarik sekeping hati yang lain,, berkata kebenaran menyakitkan dan sebaliknya kepuraan tidak menyakitkan,, kerana apa??,, kebenaran yang didengar menyakitkan dan kepuraan yang didengar menyenangkan,,  

ataupun sebenarnya diri yang tidak kena cara,, yang lain memerlukan matahari, diri memberikan air,, yang lain telah menerima matahari,, untuk jangka masa, salahkah diri memberi air pula,, bukan diri tak pernah memberi matahari, sampai bile berkehendakkan matahari sedangkan memberi air adalah caranya,, 

setiap hubungan ada batasan,, "keluarga, saudara, adikberadik, kekasih, tunang, suami, kawan, teman, sahabat",, adakah batasan kasih sayang untuk setiapnya??,, diri terlalai dan kealpaan dalam sekejap minit hubungan yang datang menghampiri,, meneruskan kepuraan atau kebenaran menjadi tanda tanya,, kerana apa??,, kerana tiada batasan kasih sayang untuk setiapnya,, mengenepikan harga diri, membuang kepentingan diri, mengalah dari segalanya,, menyalahkan diri lebih baik dari menuding jari pada yang lain,, mementingkan diri dan membuang kepentingan diri menjadi tanda tanya,,

air yang bertentangan dengan yang lain telah diberi,, berkata juga telah diri perdengarkan pada yang lain,, di mana kasih sayang diri letakkan??,, air yang diberi menunjukkan kasih sayang yang tidak bertepian untuk yang lain kerana memberi matahari akan melalaikan,,  


biarlah di sini,, akan berterusan jua,, 

24 November, 2009

jodoh?


"kaklong, ko dah de pakwe ke, bile nak kawin",, "kaklong, bile2 bawak lah pakwe ko datang umah, boleh acik tengok",, ni adalah soalan2 lazim yang akan ditanya oleh sedara mara kat kampung n jiran2 taman aku termasuk kawan2 mak aku,, 
"mak nani, ko bile plak nak bermenantu",, "mak nani, anak ko yang sulong berkawan ngan orang mana sekarang ni, teringin aku nak makan nasi minyak kat umah ko",, ni soalan2 yang diajukan oleh kawan2 mak aku kepada mak aku,, sebelum ni masa aku ngah study, leh lah mak aku jawab, "dia belajar lagi, tunggulah",, sekarang dah abis belajar, pe jawapan yang akan mak aku bagi,, aku siap ajar mak aku,, kalo diorang tanya,, aku suh jawab "dia nak cari keje dulu, jangan sebuk hal orang leh?",, tapi mak aku kata tak baik jawab macam tu,, aku tau tak baik,, tapi kalo stahun tanya sekali sudah lah,, ni setiap kali mak aku g rewang anak2 kawan mak aku kawin, akan ditanya nye,, mau tak membara ati aku,, tapi mak aku jenis kool jek,, huhuhu,, 

aku selsema teruk n tanda2 awal nak demam dah muncul di tempat keje,, balik keje, selesai sembahyang, aku terus mendapatkan bantal busuk n tilam empuk aku wpun dah nipis skit kabusnye,, huhu,, dalam kelenaan ketiduran aku, sayu2 suara, aku dikejutkan oleh kawan baik aku dari sekolah rendah sampai lah sekarang,, dia masuk bilik aku n duk di tepian katil,, "wei, sedapnya ko tido, sorilah kaca, ko tak sihat ke",, kawan aku berkata, dan aku pun menjawab, "eh ngko, tak kaco lah, aku macam nak demam, dah makan ubat tadi, ni yang layan tido",, sambil berborak kosong, aku nampak 2 kad bersampul kat tangan dia,, aku macam dah agak,, tapi hold dulu pe yang aku agak tu,, dia berkata sambil menghulurkan kad bersampul di tangannya n aku menyambut "beb, aku nak kawin bulan depan",, aku macam terkejut dengan statement dia,, sebab dia baru tunang 2 bulan yang lepas dan katanya tempoh pertunangan dia adalah dalam 6 bulan,, aku jawab "alhamdulillah, baguslah, tapi bukan perancangan korang tunang 6 bulan ke?",, kawan aku kata de rezki lebih n dah sampai seru,, lagi sebab satu utama adalah dia nak kawin sebelum posting cikgu  bulan 2 nanti,, owh,, baru aku paham,, dan kitorang berborak lah bla bla bla bla sehingga aku menghantarnya di muka pintu rumahku,, 
terimbas masa kitorang student dia kat upsi n aku kat upm,, aku penah cakap kat dia "kalo kawan2 kita yang lain kawin, aku tak kisah sangat. tapi bile ko yang kawin, aku akan rasa lain dowh, sebab ko kawan baik aku dari zaman sekolah",, dia gelak n terus kata kat aku dia pun sama akan rasa cam tu gak,, cepatnya masa berlalu kan,, 

iklan: aku g makan jemput2 ikan bilis yang mak aku masak,, rajin plak mak yerkk,, cicah plak ngan sambal kicap ala2 orang johor ni,, perghh,, sodap ingge menjilat jari,, 

aku berpikir sejenak,, alangkah beruntungnya diorang yang de pakwe, yang dah tunang, n dah berkahwin,, lagi sempurna idup pabila dah de kerjaya dan menimang cahaya mata,, tak yah pk pape dah kan,, juz maintainkan life jek,, tapi takpe,, sume ketentuan tuhan,, de hikmah di sebaliknye,, rezki maseng2 n ada yang cepat ada yang lambat,, doa bebanyak,, niat aku cume satu,, biarlah mak aku dapat tengok anak2nya success dalam segala hal (belajar, kerjaya, nikah+suami, cahayamata) yang sepertimana semua ibu kehendakkan n doakan,, biarlah mak aku gembira sepertimana mak orang lain gembira,, tu jek yang aku pinta,, tak lebih dan tak kurang,, 

aku penah dilamun cinta,, tapi tak kekal lama,, takde jodoh,, mungkin kami akan sama2 dapat yang lebih baik dari diri kami masing2,, aku redho jek,, cume kadang2 tak terlepas dari rasa kesunyian bile dok sorang2,, lagi2 plak umur sekarang ni bertambah angkanya,, kalo ada ubat untuk lupakan seseorang, memang aku dah beli,, tapi mustahilkan,, kita dilahirkan dengan perasaan kasih sayang yang tiada akhirnya,, bercinta, putus, bercinta lagi, putus lagi, dan bla bla bla,, sehingga kini, aku amat payah untuk melupakan dia,, percintaan ketika zaman sekolah, zaman remaja n zaman kematangan ni lain,, aku lebih terasa kehilangan dengan percintaan zaman kematangan,, mungkin sebab moto, visi n misi dalam percintaan zaman kematangan lebih terarah kepada masa depan,, i like it,, bile dah berteman dalam kalbu, sekurang2nya kita nampak masa depan ngan sape kita nak kawin, sape jadi ayah kepada anak2 kita, n ngan sape kita nak abiskan sisa2 kehidupan nanti,, 
bukan kekayaan yang dipinta, cukuplah kestabilan kehidupan,, bukan rupa yang didamba, cukuplah sempurna fizikalnya,, biarlah kematangan dalam mendidik kita dan anak2 dan kaum keluarga,,  hanyalah memerlukan keihklasan hati untuk menyayangi kita seumur idup n sampai akhir hayat,, sempurnakan??,, tak lebih yang ku pinta,,

22 November, 2009

kerja oh kerja



a lot of thing aku nak coretkan di sini,, tapi aku tak tau nak bermula dr mana,, yang mana perlu aku dahulu kan,, macam2 dalam pikiran aku ni,, kalo duk sorang2 dalam bilik cam sekarang ni, memang rancak satu persatu benda yang aku pikirkan,, serabut dibuatnya,, nasib baik ada broadband,, secara rasminya broadband lah pakwe aku sekarang ni,, hehehe,, kalo ari sabtu n ahad, ngadap laptop 24 jam,, takde mende nak wat,,


aku teruskan lagi,, sedikit demi sedikit coretan,,


aku pejam mata,, pe dalam pikiran aku,, aku buka mata semula,,


aku nak citer pasal keje dulu,, perkara yang boleh membuatkan aku jadi tensen gler kalo ter over pk,, apa lah nasib aku kan,, abis belajar jek, terus ekonomi gawat teruk,, bukanlah nak kata tak dapat keje langsung,, dapat tu dapat,, tapi bukan menjamin sangat pun,, memang sekarang ni musim kontrak dalam gov sector,, takde peruntukan sangat ke nak amik yang tetap,,  kalo dikira2 balik, lebih jimat n produktif kalo amik pekerja secara tetap terus,,
Nak idup ngan degree sekarang ni, memang tak leh sangat n tercungap2,, seingat aku, lebih kurang 70 set resume n sijil2 aku dah anto kat sume tempat untuk apply keje,, ketua kampung dah kenal muka aku ni,, ada lah gak dapat iview tapi dlam 5 daripada 70 tempat yang aku anto tu,, imagine that,, urm,, sejak dah keje kat tempat aku sekarang ni, aku mula slow down cari keje,, fed-up kot,, tapi aku tak leh fedup, sebab lum tentu aku dapat sambung kontrak lagi lepas ni,, alhamdulillah gak lah ni kontrak aku for the second time,, boleh lah lega sekejap tapi adakah akan di sambung for the third time?? arghhhh.... 


aku surf tenet jap, sambil mendownload cite luna fantasiku, aku pejam mata, pe dalam pikiran aku lagi,, 


dalam kebingungan yang melanda, aku terpk untuk sambung master,, mungkin dapat galakan dari kawan2 aku yang dah sambung master,, aku berpk dan berpk,, kebetolan kpt de provide biasiswa sape yang sambung master n phd dlam tahun 2009 n 2010 jek,, aku pun apply master n mini budget tu sekali,, then sepatotnya aku dah start belajar bulan 6 ri tu n biasiswa pun dapat,, aku tangguhkan dulu sebab aku dapt iview spa jwtn diploma bulan 7 n keputusannya aku tidak dapat keje tu pada bulan 9,, rite now bulan 11,, aku tak dapat keje tetap lagi n dah  proceed untuk sambung master,, daftar bulan 12,, aku dah bayar duit kolej,, n yuran kpt bayar,, yang menguatkan semangat aku untuk belajar adalah sebab aku dapat biasiswa,, bukan senang nak belajar free ni,, aku kira2 kos lebih kurang 9 ribu gak ar,, cume kpt tak tanggung belanja sara idup,, tu pun aku dah kira bersyukur,, kalo tak mana aku nak cari duit 9 ribu kan,, 


nape lah rezki orang lain murah jek kan,, bukan aku nak merungut atau tidak bersyukur,, tapi biasalah manusia biasa,, tak terlepas dari rungutan2 n bandingan,, ada PTD kat tempat aku keje ni, umor baru 22tahun,, murah rezki dia,, umo 28tahun dah leh naik gred 48,, mana tau kan,, urm.. aku tak memilih sangat pasal keje2 ni,, tapi kurang2 biarlah dapat keje jawatan diploma@degree,, kalo keje jawatan spm, rasa tak berbaloi aku belajar tinggi n wat pinjaman ptptn n ma,, aku ingat lagi masa dapat iview kat spp jawatan spm,, p'iview tu kata aku tak layak untuk jawatan ni sebab aku ada degree,, dia kata aku apply lah jadi pensyarah lebih layak,, kalo aku tak layak keje spm, yang depa pilih aku untuk iview wat pa,, ntah pape lah,, kalo aku da dapt keje pensyarah, takde lah aku p iview tu,, aduhai,, terpk semula bile nak sambung master ni, satu benda yang merisaukan aku n mak aku,, pe dia?,, seperti sedia maklum, sekarang pompuan lebih pandai n banyak yang belajar tinggi dari kaum lelaki,, jadi gua pikirlah sendiri,, urm,,


aku relaxkan pikiran dulu,, aku nak tengok cite luna fantasiaku ni,, have a nice watching to me,,!!

21 November, 2009

Run

song yang telah di dedicate untuk aku oleh kawan aku,, untuk hayati bait2 kata dan bagi semangat pada masa akan datang untuk aku katanya,, bait2 kata dia memang best and touching,, de kene mengena ngan aku ke,,  jeng jeng jeng,, terima kasih rona roni,,

sila klik di sini untuk dengar 

                                                - Leona Lewis Lyrics 




20 November, 2009

hepi + sakit + geram

*hePi* 
da empat minggu setiap ari jumat termasuk ri ni aku (F) n kwn2 opis aku (A,D n KS) menyempurnakan plan makan yang best,, tiap ari jumat salah sorang akan belanja makan budget hanya rm50,, kalo terover 50, tambah share2.. dan pilihan we all mestilah fast food,, minggu 1st rasamas, 2nd johhny (akulah yang belanja), 3rd chicken rice n 4th pizza hut.. kalo nak gemuk, dalam sekelip mata jek,, yang sedeynya, ri ni minggu last.. tapi lepas ni still belanja gak,, diorang kata nak yang aiskrim plak,, ok gak tu,, yang penting makan makan makan,,


*sakit* 
nak dijadikan cerita, masa tengah happy kuar dari opis menuju ke kereta, aku nampak kamera gah berdiri n myVi TV8.. excited gler aku,, aku jerit kat kengkawan aku "wei, kita masuk tv8 nanti.. kita masuk tv.." tengah ralit tengok myvi tv8 tu, dan baru jek melepasi kamera tu, aku terjatuh terduduk melutut..malu satu hal,, sakit satu hal lagi,, aku pun bangun n terus berjalan ngan kawan2 aku ke kereta,, rupanya aku tersadung.. sampai ke kereta, aku dah rasa ngilu n aku memang dah agak berdarah,, nak wat camne.. jangan suka sangat.. tapi kegumbiraan makan2 tu dapat melupakan kesakitan ini..



*geRam*
nak menambahkan cerita pada hari yang sama,, jeng jeng jeng..
saman saman saman.. ingat muka aku ni muka bayar saman jek ke..
orang yang bagi saman ni tak pk ke nape aku parking keta kat situ.. sebab tempat parking yang berhemah dah penuh.. sebelum ni aku parking kat situ ok jek, ni tak pasal2 kena saman plak.. nak cari makan lah tu.. geram tol aku.. 


1st kena saman sebab lalu traffic light kat kL kena rm200 tapi tak bayar lagi,, 2nd kena saman kat opis sebab aku parking menghalang laluan lah konon kena rm30 jek n dah bayar,, jek2 pun duit gak,, guna keta mak aku lak tu,, maunya mak aku tak bising,, tapi yang 200 tu mak aku tak tau lagi,, hehehe sshh,, yang 3rd ni kena lagi saman ari ni sebab parking kat opis,, mau tak membara ati aku ni,, baik punyer aku parking tak mengganggu orang pun,, nasib baik keta aku,, memang mendidih tol aku ri ni,, tak tau nak cakap camne,, kalo aku dapat orang yang bagi saman ni, memang siap lah aku siapkan,,



 

Show Me The Stars Template by Carly Lloyd Designs