22 July, 2010

berguguran akhirnya #1



aku dah cuba sehabis baik,,
mengikut segala yang diatur,,
mengikut rentak yang dialunkan,,
mengikut citarasa yang dirasakan terbaik,,

mungkin di situ kelemahan aku,,
sehingga aku terlupa,,
terlupa yang aku adalah telah ditetapkan seperti itu,,
berlebihan tidak dikira, berkurangan setiap inci dinilai,,
sehingga akhirnya aku tiada merasa apa2,,

di saat aku sedar memijak pada bumi yang nyata,,
tiada perasaan, tiada keluhan dan tiada kesedihan,,
hati yang menangis tidak di war2 kan pada kelopak mata,,
langsung tidak sampai ke otak,,
bukan berpura2, cume tidak ingin menampakkan kekecewaan,,

segala yang bertahan mampu bertahan pada semua,,
segala duka disimpan, keceriaan dipancarkan pada kalian,,
akhirnya berguguran tatkala hanya bulan yang menemani diri,,
sedaya upaya ditahan,,
namun aku sedar untuk apa perlu ditahan,,
biarlah ianya lepas sebebas aku telah menerokai dunia ni,,

dunia belum berakhir,,
lagi menurut segala yang ditetapkan,,
di kala hati yang lain merasa lega,,
di kala hati ini masih lagi gundah gulana,,
aku meneruskan dengan sepi,,

mungkin kedengaran seperti tiada penghujung,,
berulang2 kali dituruti sepertinya,,
aku redha kalo pintu ini belum terbuka sepenuhnya,,
untuk aku merasa sedikit kegembiraan dan kelegaan,,

di saat ini,,
tiada lagi berguguran di kelopak mata,,
hanya hati yang mengalunkan rentak,,
kau yang menentukan apa rentaknya,,
jangan ditahan lagi sekiranya ianya sampai ke kelopak mata,,
teruskan lah wahai hati,,
sehingga ke penghujungnya nafas ini,,

No comments:

 

Show Me The Stars Template by Carly Lloyd Designs