tengah syok2 melayan blog2 ntah sesape punyer,,
aku dengar bunyi air paip dan bunyi kuali berlaga dengan sinki kat dapur,, tengok jam laptop baru kul 415am,, ni mesti mak aku dah bangun untuk menyiapkan juadah bersahur,, aku duk diam2 dalam bilik konon2 tido lah,, padahal aku tak tido lagi dari petang semalam,, almaklumlah kalo dah rutin harian aku siang=tido dan malam=tak tido,, nak tolong mak ke tak nak ni,, best gak nak manja2 ngan mak macam dulu2 masa zaman2 sekolah,, mak akan kejut kami semua bile makanan dah ready dan nasi dah siap bubuh dalam pinggan,, yang paling bestnya, kami beradik semua basuh tangan dan terus bubuh lauk dalam pinggan,, syoknyerrrrrrrrrrr,, dan......
aku berpijak pada realiti semula,, tengok jam dah kul 440am,, sian plak mak masak sorang2,, aku kuar bilik dan tolong pape yang patot,, biasanya aku akan amik tender basuh pinggan dan lap2 skit sana sini,, nak harapkan aku masak, sampai berbuka kot tak siap lagi,, dan memang tinggal harapan jek lah,, aku jeling skit pe yang mak aku masak,, nasi goreng, maggi goreng, telur goreng, sambal tempe goreng,, amboi semuanya bergoreng,, diet? aku buang ke laut china selatan untuk sementara waktu,, mak aku dah siap dengan kopi radix panasnya,, aku pun memang tak nak kalah gak,, aku buat nescafe 0 panas special,, pe yang special? aku tambah cili skit supaya jadi special,, biar dalam pahit tu ada pedas2 skit,, baru layan beb,, giler ke apa aku ni,, memang tak lah,, hehehehe,, yang special nya adalah air ni adalah dari air tangan aku sendiri,, selama ni meng 'order' jek kan,,
setelah semuanya terhidang,, mak aku kejut adik2 aku tu,, aku kira2 adalah 4 round mak aku memanggil nama diorang,, tp tak bangun2 gak,, aku nak tunggu diorang? harapan jek lah,, aku bubuh makanan2 tu semua dalam pinggan dan terus amik port makan aku,, iaitu di kerusi malas depan TV,, huhuhu,, sangat selesa,, aku tengok jam baru kul 515am,, sambil makan tengok rancangan menyayat hati plak,, merisik khabar > era.fm > aznil,, aku layan kan jek,, perot dah kenyang,, menyandar plak badan kat kerusi malas,, terus ngantok,, dan ada satu suara:
"kaklong, ko jangan tido dulu,, tunggu subuh", suara itu bergema.
"tau", aku menjawab sambil mata dah nak tutup.
"ko tu macam dah nak tido,, subuh dulu,, kang ko susah nak bangun", suara itu lagi.
"tau mak,, nak tunggu subuhlah ni", aku menjawab sambil mulut jek yang terbuka.
"ko kena utamakan yang wajib dulu,, jangan nak amik leka", aku terus buka mata dan tegakkan badan aku supaya mak aku tak bersuara lagi.
yes,, takde statement pape lagi yang kuar,, aku pun layan TV lagi sekali sambil badan tegak di kerusi malas,, mata dah nampak bayang2 tv tu 10 biji,, sehinggalah terdengar azan,, aku selesaikan solat subuh dan bersedia nak tido,, tapi....
nape mata tak nak lelap lak ni,, uwaaaaaa,, jam dah kul 600am,, aku buka blog dan sedang menaip ni,, nape tak ngantok ni,, adakah disebabkan nescafe 0,, aduhai mata,, jangan wat hal,, dah lah nak keje kul 230pm,, paling2 busuk pun kena bangun kul 12pm,, aku singkap tirai facebook jap,, isk, tak leh jadi ni,, kena paksa tido gak,,
aku pun publish post ni,,
2 comments:
wow...tertarik ngan nes o bercili
nnti ghaye leh r order bang secawan~~~hehehehe
hehehehe,, sedap gler woo,, nanti fye wat kan untuk pnad spesel nyer tau,, minum jangan tak minum,, hehehe,,
Post a Comment