16 January, 2010

shopping

sambungan dari entry REFRESH yang aku meluat dengan tulisan aku sebelum ni,,

aku bangun tido lebih kurang jam 1130am,, mak dah kuar ngan jiran sebelah umah menuju ke shah alam,, aku selesaikan semua kerja rumah termasuk basuh pinggan 2 singki, sidai baju 3 bakul, sapu sampah satu rumah, n kemas bilik aku,, sarapan aku adalah burger daging yang mak aku beli malam semalam tapi makan pagi ni,, elok lagi burger tu,, ajaib kan,, kalo nak sakit pun, sakit perot jek,, huhu,, minuman nescafe O,, dah lama tak pekena,,

dah selesai sumer, aku surf internet dan sekaligus chat ngan kengkawan lama n baru,, tibe2 terdetik di hati aku ini untuk shopping,, aku nak shopping pape yang patot untuk persediaan kerja baru ri senin ni,, huhuhu,, excited beb,, aku selesaikan zohor dan persiapkan diri,,

aku tak rancang nak shopping kat mana,, ikot jek mana hala tuju kaki ni menekan minyak sekaligus aku memutar stereng mengikut gerak hati,, akhirnya aku sampai di jusco, balakong,, aku g ngan sape shopping ni?? aku g sorang2 memandangkan dah lama tak jalan sorang2,, release tensen jalan sorang2 ni n sukati nak g mana pun,,

aku round sana sini sambil memikir n tengok2 pape yang ngah sales n aku rasa nak beli,, barang2 yang aku beli,,

 jam tangan vincci,, yang murah punyer jek,, memenuhi citarasa aku,,
jam tangan ni adalah first item yang aku beli kat vinnci,,

handbag vinnci,, walaupun simple tapi memenuhi citarasa aku,, 3 pilihan warna iaitu merah, itam n putih,, aku memilih itam sebab sesuai ngan semua baju,,
handbag ni adalah second item yang aku beli kat vincci,, jadi, ada diskaun 20%,, 
untungnya,, bijak membeli, bijak gak duit yang kuar,, memandangkan harganya boleh tahan,,

 sandle dari sembonia yang dijual di jusco,, harga boleh tahan,, takde discount,, 
tapi ni sandle yang paling sesuai n selesa dari semua sandle2 yang aku try di jusco tu,, memandangkan aku akan berjalan jauh untuk ke tempat kerja baru ni, aku nekad dan keluarkan duit dengan pejamkan mata,, sambil terpikir untuk pinjam duit mak aku,,

aku akan melakukan transformasi diri sedikit demi sedikit,, dari A sampai Z lah,, harap2 usaha aku bukan sekerat jalan jek,, aja2 fighting!!

No comments:

 

Show Me The Stars Template by Carly Lloyd Designs