15 January, 2010

kisah seminggu

reverse mode,,

kini aku menulis,, jumaat 15.o1.09,,

hari terakhir keje di MAMPU,, macam2 perasaan dalam benak aku ini,, suka ke, tak suka ke,,
kosong jek pikiran ni,, suka sebab takkan berhadapan dengan suasana kerja kat situ,, tak suka sebab takkan berjumpa dengan kawan2 yang best seperti itu lagi,, pertemuan, perpisahan, pertemuan semula dan perpisahan semula adalah adat kehidupan,,

sesi pagi kerja dimulai dengan knowledge sharing,, bla bla bla,, pengumuman tentang hari last aku bekerja di MAMPU,, dan aku dapat banyak adiah,, jeng jeng seperti gambar di bawah,,

                                   tudung dan kain ela                                  wallet gucci

                                                                     mangkuk kaca

seronok sebenarnya rasa dihargai wpun bakti aku hanya sekumit kuman di situ,, terima kasih semua,, akan ku kenang sampai bile2,, 

agenda tengah hari adalah aku, dina, safri n ili makan steamboat di johnny alamanda, putrajaya memandangkan ri jumaat rehat lama,, kitorang borak isu2 hangat n sempatlah ngumpat pape yang patot,, huhuhu,, 

saja capture gambar makanan,, dina punyer keje,, 

sebelum aku balik, aku salam semua n minta maaf pape yang patot,, sedih hanya di dalam hati,, tidak terkeluar secara zahirnya,, yang paling spesel, dina anto aku sampai ke kereta sebab dia tolong bawak hadiah,, hehehe,,

idup diteruskan, keluar dari zon keselesaan kerja untuk mendapatkan keselesaan kewangan,, dengan erti kata lain, untuk mendapatkan kewangan lebih perlu menerima tekanan kerja yang lebih,, aja2 fighting!!!

khamis, 14.01.09,,

yang menariknya pada hari khamis ini,, kebetolan amir nak anto kereta dia g servis kat taman selaman,, tanggungjawab aku untuk mengambilnya sebab dia dah mintak tolong,, jadi, plan dibuat,, tengah hari aku n the geng PKS n SPS makan cendol pulut+ mee goreng mamak+pasembor di bangi dekat2 ngan kilang n nursery bunga,, memang sedap gler mee goreng mamak,, aku memang tak sangka sangat sedap,, lepas ni akan ku jejak kaki lagi ke situ,,

 geng2 pks n sps,, yang pastinya tiada aku di dalam gambar ni,, hehe,,

senin 11.01.09,,


keputusan telah dibuat setelah dicongak2,, pilih kerja dan tangguh master,,  terima kasih pada mak kerana beri pendapat,, semua ni adalah untuk mak,, terima kasih juga kepada kawan2 yang sedia beri pendapat,,

di ofis,, pengumuman perletakan jawatan pada orang2 yang berkenaan di waktu pagi dan penghantaran surat perletakan jawatan pada waktu petang,,

ahad 10.01.09,,

bangun pagi lagi kat kampung, terus terjah ke dapur untuk bersarapan,, ri ni duk kampung jek sampai petang,, dalam kul 5pm, bertolak dari kampung ke kolej komuniti merlimau, melaka sebab anto adik aku belajar kat situ last semester,, dalam kul 545pm, aku n mak aku bertolak dari merlimau ke umah dan sampai lebih kurang kul 9pm sebab singgah warta n beli berger favourite,, untuk sekian kalinya, sampai umah, selesaikan pape yang patot, tido sambil otak ligat berpikir n berpikir,,

ni halaman depan kampung aku,, dicapture ketika sebelum bertolak balik ke umah,,

sabtu 09.01.09,,

bangun pagi kat kampung,, terus g sarapan,, tak pk lain dah,, atok aku request nak g jalan umah sedara aku kat kluang,, aku pun setuju memandangkan ni sedara aku yang paling best,, bertolak dari kampung kul 1130am, sampai di kluang kul 1230pm,, kami dijamu dengan lunch yang paling enak sekali,, makan tak ingat dunia aku  ni,, sepupu best aku takde memandangkan dia keje sampai petang,, makan, lepak, tido, borak2,,

kring kring kring,, tu konon2 bunyi enset aku,, aku dapat panggilan mengatakan bahawa aku telah terpilih untuk kerja yang aku iview semalam,, cepatnya,, alhamdulillah,, bermulalah operasi otak n hati berpikir tanpa henti,, aku bagitau mak n mokde aku pasal job ni,, bermulalah perbincangan n nasihat yang masuk dalam otak aku ni,, aku mendengar n mendengar,,

sepupu aku pun balik,, borak2 jap sambil dia makan dalam keadaan agak yang kelaparan,, hehe,, jangan marah ek yer sepupu,, tak dapat borak n wat ketupat lama2 sebab kesuntukan masa,, dalam kul 6pm, kami bertolak dari kluang ke kampung semula dan sampai dalam kul 0715pm,, makan malam aku adalah bihun bandung,, aku pun pelik nape aku pilih bihun tapi tidak mee,, sedap gak tapi tak sepower mee lah,, lepas makan, terus tido tanpa memikirkan hal dunia dan sewaktu dengannya lagi,,

jumaat 08.01.09,,

aku tak datang keje sebab nak g iview ngan rona kat damansara,, saja nak cari pengalaman suasana iview sektor swasta dan cube nasib,, 

balik dari iview, berambu ramba kat OU ngan rona, remy n fit,, makan kat fudkot,, then tengok movie citer "carriers",, aku tak nak kutuk citer ni,, tapi aku juz nak tulis tak yah lah tengok citer ni,, seronok gler kuar ri ni,, sebab remy n fit kepala gler n macam hantu,, aku pun dah jadi hantu gelak,,

lepas berambu ramba, aku lepak umah rona jap kat sg buloh sampai lepas maghrib,, perjalanan balik ke umah aku agak jem dan memerlukan kesabaran,, aku sampai umah dalam kul 9 malam,,

gambaran permulaan jem yang harus ditempuh

masuk umah jek, aku terus mengatakan bahawa kita balik kampung malam ni gak,, mak aku tengok aku cam penat jek,, aku mandi n selesaikan solat n kenyangkan perot dengan membalon nasi lemak masakan mak aku,, 

dalam kul 10.30pm bertolak dari umah,, memang speed,, jarum di kereta hanya pada kelajuan 120 n 130km/j,, mak aku diam jek aku bawak laju sambil pegang tasbih di tangan,, apakah maknanya,, hehehe,, gua pikirlah sendiri,, sampai kampung dalam kul 1230am,, aku terus tido tanpa memikirkan hal2 dunia dan sewaktu dengannya,,

 penunjuk meter kelajuan kereta sebelum bermula perjalanan 

No comments:

 

Show Me The Stars Template by Carly Lloyd Designs