03 October, 2010

TentangKau


awal perkenalan itu sangat simple
kandungan berborak seperti biasa
keesokan harinya
usul cadangan dalam fail dibuka + ATS training
disuarakan lagi sekali
sujud kepadaMu, permudahkan urusanku
dan pertama kali bersua muka
the mines dan village view tempat pertemuan
GPI- perkataan itu jangan diulangi semula, tak baik katanya
baek boss, usul ku pula
terima kasih untuk penerimaan dan persahabatan itu

11/10/10 9:31am

berlalu hari demi hari
kau kabarkan seminggu mau pulang ke kampung halaman

dan tekaan ku tepat kurangnya coverage di sana
telah ku kabarkan pada dirimu
rindu tidak mungkin bertandang seawal itu
yer, untuk permulaan masih lagi dengan perkataan itu
tapi tidak untuk penghujung seminggu itu
aku tidak rindu, tetapi teringat dengan kegilaan n kenakalan
sungguh, teringat itu cume
aku tipu diri
aku cume teringat tapi tidak merindui
yer, aku tipu dengan perkataan itu
cukuplah buktinya dua hari aku mencari kau
tetapi wanita itu dengan tegar menjawab panggilan
jawapan yang sama
aku juga tegar dengan apa yang aku rasa
terkenang semula apa yang kau bicarakan
berbenak2 dalam pikiran ku menentang apa yang kau bicarakan
kau bukan sape sape
tidak perlu aku begini
tapi aku tetap menunggu

untuk sekian waktu itu kau menghubungi aku
perasaan aku masa itu
biar aku yang simpan dan rasa seorang
aku meluah padamu
dengan tenang kau berkata kau tau semuanya
tak perlu dibicarakan lagi
aku simpan kata, sembunyi senyuman

bukan segunung harapan tinggi melangit
aku cuma minta segala dipermudahkan
segala dipermudahkan
di antara kau dan aku
untuk kau tidak lelah menawan
sisa sekeping hati yang terletak pada hati yang lain
telah ku bisikkan kepada hati dan jiwa aku
jangan diperap cinta nan lama
lahirkan lah ia seperti hati dan jiwa yang baru
dan jangan kau lelah menawan lagi
sehingga sisa sekeping hati itu milikku semula

18/10/10 3:40am

kau hamparkan kasih sayangmu
kau tadahkan hatimu
kau persembahkan jiwamu
kau hulurkan cintamu
aku berasa amat disayangi
aku sambut hati dan jiwa itu
aku hulurkan yang sama jua kepadamu
jangan kau sangsi lagi tentang itu
jangan kau persoalkan itu lagi
terima kasih untuk kebahagiaan itu

kau usulkan pertemuan orang tua kau
kau usulkan jua pertemuan orang tua aku
aku tidak menggeleng dan mengangguk
sedikit yang aku pinta
berilah ruang dan masa untuk diri aku
kau bersetuju tentang itu

impian kau terlaksana
bergandingan bersama melunakkan suara
banyak pengertian dari nyanyianmu itu
yang aku rasa tika itu
kau sedang meluah perasaan dengan lantang
berbeda aku
aku cuma sembunyi perasaan dalam pikiran
bukan aku tidak mahu suarakan
tapi aku malu berbuat begitu
aku malu menyatakan yang sebenar
aku tau apa yang kau rasa selepas itu
kau rasa seperti bukan sapa-sapa di mata aku
dan kau nyatakan kau rasa seperti orang asing
sebaliknya aku rasa sangat disayangi
sangat disayangi
maafkan aku waktu itu

sesaat kegembiraan itu
sekelip mata ko diuji dengan ujian
kau kabarkan padaku
aku terdiam dan tunduk
aku ada untuk mu di saat susah dan senang
tak perlu gusar tentang itu
semakin banyak perkara
semakin aku mengenali diri kau
ketabahan, kesungguhan dan kecekalan
semua itu ada pada kau

wahai engkau
kau tidak berseorangan dalam mengharungi itu
aku ada di sisi kau
sentiasa dan sentiasa
kabarkan saja padaku kesusahan kau itu
kabarkan saja kegusaran hati kau itu
sesungguhnya aku ingin kau tau
kau ada aku

26/10/10 3:17pm

kosong dan senyum
mulut diam seribu bahasa
hati rancak berkata-kata
jiwa mengalir tenang
pikiran tidak melayang
akal pikiran waras menimbang
airmata tegar
tiada yang terlerai sendiri
segala dipermudahkan
 tidak seperti sebelum ini
lebih tenang dan damai
jiwa tidak memberontak
mata tidak bengkak
penantian bukan lagi penyeksaan
sudah lali kesenyapan tiada nada
 kau tidak diharap muncul dalam deringan itu

aku mengatup kelopak mata
menimbang tara segala jadi
aku memisahkan kelopak mata semula
aku tersenyum tenang
dengan keputusan jiwa
itu lebih baik dari mengikut kata perasaan

kau yang memulakan
kau jua yang mengakhirkan
aku juga seperti kau
mengharapkan pengakhiran itu
cukuplah semua itu
biar ianya berhenti sehingga itu
hanya kau dan aku yang tau
segala jadian
seperti kata kau
aku tidak rugi apa
bukan kata aku
kau rasa lebih rugi
 
3:09pm:: ok..bubye
3:17pm :: bye


01 October, 2010

pikiran jiwa minda

pikiran kosong
tapi penuh dengan keserabutan
jiwa kosong
tapi penuh dengan perasaan
minda kosong
tapi penuh dengan penghayalan

aku hanya manusia biasa
kurang atau lebih atau sama
itu hanya tokok sahaja
yer benar kata kalian
nampak seperti tiada perasaan
tapi tidak sekarang ini ketika tulisan ini
jangan lupa aku seperti kalian
lebih sensitif dari kalian mungkin 

aku berasa terancam, tanpa kestabilan
aku berasa kesunyian, tanpa kasih sayang
aku berasa sedih, tanpa peneman
aku berasa gembira, tanpa perkongsian

di saat aku melayan gundah gulana
 pada ketika snack plate dijamah
engkau menghulurkan budi bicara 
pernyataan demi pernyataan dipertuliskan
aku kagum
aku tidak membohongi
aku sangat kagum engkau
pikiran engkau jauh lebih berusia dari usia engkau
usia engkau yang kurang 4 dari aku
aku memahami kini umur bukan penentunya
masih lagi dalam benak pikiran ku sehingga kini
pernyataan engkau "kita dihantar ke dunia untuk meninggalkan dunia"
aku tidak membohongi
di saat mata aku melirik pada tulisan itu
aku mula merasa takungan di mata
aku mula merasa sebak di dada
dan aku mula tersedar
sesungguhnya aku sangat lalai

21 September, 2010

itu atau ini

**entri ini adalah tiada motif** 

buka atau tutup
atas atau bawah
kiri atau kanan
lelaki atau pompuan
menegak atau melintang
panjang atau pendek
kipas atau aircond
auto atau manual
manual-in atau acw
tambah atau tolak
mohsin atau dern
tol atau bebas tol
bujang atau duda
suria.fm atau fly.fm
masuk atau keluar
tua atau muda
6th atau 17th
tunggu atau blah
cepat atau lambat
kasar atau manja
jujur atau hipokrit
call atau mesej
sideByside atau faceToface
dulu atau sekarang
dia atau dia



**penghabisan**

15 September, 2010

BukanMilikku

aku tidak menyesal dari dulu lagi,,
tidak memilih engkau,,
bukan kerana aku yang rugi,,
kerana engkau yang untung tidak memiliki aku,,
jangan ditangisi lagi kesenduan itu,,
takkan berganjak sedikit pun ketentuan itu,,
takkan berubah sedikit pun kepuraan ku,,

aku tau engkau tau,, dan kita sama2 tau,,

hati engkau barangkali menunjuk pada orang yang salah iaitu aku,,
berkali kali engkau meyakinkan aku,,
berkali kali jua aku mendengar bicara itu,,
maafkan aku,,
pada masa itu, bukan aku tidak menghargai kehadiran engkau,,
tapi aku terlalu mengejar yang dikatakan cinta sejati,,

aku ingin sekali engkau tau,, supaya kita sama2 tau,,

hati aku juga menunjuk pada orang yang salah barangkali,,
berkali kali aku meyakinkan dia seperti aku diyakinkan engkau,,
berkali kali aku berbicara pada dia seperti aku diperdengarkan oleh engkau,,
pada masa itu, sehama tidak terlintas engkau di pikiran aku,,
aku terlalu mengejar sehingga aku terlupa ada insan yang dilukai,,
kerana aku hanya memikirkan aku yang dilukai tetapi tidak memikirkan aku juga melukai,,

tika ini,,
aku tidak ingin berbicara dan memikirkan hati yang dilukai seperti hari2 dulu,,
tetapi aku ingin menghitung segala tusukan yang telah melukai engkau hingga saat ini,,
engkau terlalu tegar acap kali mendengar bicara penolakan ku,,
engkau tidak pernah serik menagih sekeping hati yang aku berikan pada dia,,
engkau tidak pernah memaksa dibalas perasaan engkau itu,,
betapa aku tidak nampak ketulusan engkau terhadap diri aku,,

aku ditinggalkan bukan aku yang meninggalkan,,
sekali lagi, tidak sekelumit engkau menerjah pikiran aku,,
yang aku dambakan hanya lah dia,,
yang aku kejarkan hanya lah dia,,
dia dia dia dia,, semuanya dia,,
bodohkan aku?

di saat aku tersedar aku bahagia,,
walau seketika itu,,
aku tersedar yang engkau takkan menjadi milik aku,,
walau mencuba untuk undur pusingan jam itu,,
engkau tetap takkan,,
aku merasa kebahagiaan itu tika ada orang lain juga menanti kebahagiaan itu,,
tak perlu engkau nyatakan pilihan engkau,,
kerana aku yang berhak menentukan siapa yang berhak untuk kebahagiaan itu,,
bunyi seperti aku seorang yang kejam,,
bunyik seperti aku seorang yang tamak,,
bunyik seperti aku seorang yang sangat berkuasa dalam hidup engkau,,

aku cuma tak nak akan melukai hati ramai orang semata untuk kebahagiaan kita,,
hati orang ramai yang terluka itu perlu dijaga berbanding hati engkau dan aku,,
kita hanya engkau dan aku,,
mereka orang ramai adalah di kalangan engkau dan di kalangan dia,,

aku tetap dengan keputusan aku,,
sekali lagi engkau takde hak melawan kata aku,,
acap kali engkau kata aku degil, keras kepala, hati batu,,
tetapi kenapa yang itu juga engkau tunggu,,
aku tetap dengan itu dalam keputusan itu,,

pergilah engkau kepada dia,,
dari engkau aku dapat merasa segala persiapan,,
jangan bantutkan itu,, tak baik~~
engkau dan aku belum tentu akan bahagia kalau kita cube memutar juga,,
cinta sekarang hanya sementara pada waktu itu,,
belum tentu akan semakin mekar dan mekar,,
engkau jangan lupa kita hanya merancang,,

aku takkan menurut kata engkau lagi,,
cukuplah segala yang menyakitkan hati dia,,
aku simpan sedikit kebahagiaan itu,,
engkau juga pernah bermakna dalam idup aku,,


"aku takkan ingat yang engkau pernah menolak aku,, tp jgn lupa yang aku selalu menyayangi engkau"

10 September, 2010

salam aidilfitri 1431H

berlalunya ramadhan memungkinkan syawal,,
segala perjuangan sangat lancar dan teratur,,
raya kali ini lebih bermakna dari sebelumnya,,

berseorangan di rumah di pagi raya,,
mandi sunat raya, berkemas dan meramaikan jemaah di masjid menunaikan solat hari raya,,
mengotakan niat di hati,,
menziarah pusara arwah abah yang disayangi,,
sedekah ayat suci dan berdoa di dalam hati,,

memutar stereng melalui highway sehingga destinasi ke kampung,,
selamat sampai, selamat pulang, selamat bekerja, bercuti dan bekerja semula,,

sangat bermakna raya kali ini,,
niat di hati dapat dilaksana,,
akan ku pasang niat untuk tahun depan juga,,

salam aidilfitri 1431H~~

02 September, 2010

berguguran akhirnya #3


dilayangkan beberapa helai kertas Double A depan mata aku,,
tertancap logo itu,, yer, logo itu,,
aku selesaikan kerja2 di on-air,,
tangan sepantas kilat menyambar kertas2 itu,,
yang berlakar potrait dan berketip satu dawai kokot di sebelah kiri,,
pada masa itu,,
segala perasaaan menjadi satu,,
segala macam jenis yang dirasa menjadi satu,,
setelah aku meneliti tulisan2 itu,,
dan...... logo itu,,

bukan salah dia melayangkan helaian kertas itu,,
dia cuma untuk berkongsi kegembiraan itu,,
aku perlu rasa bertuah kerana itu,,

seperti rentapan,,
bermulalah kepuraan yang dibuat2,,
berpura gembira dan seperti tiada rasa apa2,,
seksa nya jiwa,, seksanya rasa,,
ahhh, belum solat lagi,,
mungkin disebabkan itu hati dan jiwa terlalu rapuh,,

yer, berguguran akhirnya pada saat aku menadah tangan padamu,,
pada saat aku berteleku di atas permaidanimu,,
di dalam rumahmu,,

menenangkan jiwa, menahan rasa,,
aku menekupkan separa bulat itu ke kepala,,
mendengar cerita, mengomen itu ini seperti tiada apa2,,
aku meluah,,
dia bersuara,, "rezeki ada di mana2",,
aku diam dan tunduk,,
aku senyum dan angguk,,
sedikit tenang di situ,,
dia yang memulakan dia yang mengakhirkan,,
terima kasih,,

26 August, 2010

FaceToFace @ SideBySide ?

petang tadi sambil drive balik kerja dengan kelajuan 40km/jam,, aku layan fly.fm di corong radio,, aku tertarik dengan perkara yang dibincangkan,, topic yang simple tapi sangat menarik,,

"seating arrangement,, what is your favorite position when eating together"

"face to face' or side by side"

banyak gak respon dari pendengar2 fly.fm,, kalo nak tulis satu2 kat sini mmg tak ingat lah,, hehehehe,, tapi kesimpulan yang aku leh wat lah sepanjang memasang telinga, memegang stereng, dan mata melihat kereta hadapan ketika itu,,

kebanyakan pendengar pompuan yang kol tu suka 'side by side',, ada satu pendengar tu siap cakap lagi, sambil makan leh sambil touching2 dan bermesra2,, pengakuan yang agak jujur,, dunia dah terbalik ke,, huhuhu,, tak boleh blah,,

dan pendengar lelaki kebanyakan lebih suka dan selesa dengan 'face to face',, aku teringat dengan kenyataan seorang jejaka ni,, katanya dapat melihat setiap reaksi gerl dia sambil2 makan tu,, dan yang penting leh tengok muka gerl dia puas2,, kalo nak suap2 pun senang,, huhuhu,,

pilihan aku?,,

dari segi pendapat peribadi aku, aku lebih suka seating arrangement 'face to face' apabila makan berdua2an ngan beliau,, sapekah beliau? akan menyusul jua nanti,, hehehe,, aku lebih selesa kalo duduk berhadapan dengan pasangan berbanding duduk bersebelahan,, sebenarnya kita leh tengok reaksi spontan dari dia,, dia suka atau tak suka,, kadang2 reaksi yang spontan ni adalah jujur dan tidak menipu,, kat situ juga kita boleh elak dari bersentuhan2 yang tak sepatutnya seperti berlaga bahu, tersentuh tangan atau yang sewaktu dengannya apabila duduk bersebelahan,,

aku yakin setiap orang ada pendapat masing2 tentang perkara ini,, ada alasan tersendiri setiap perbuatan dan perilaku itu,,




~~fyruzTiranarmi~~

25 August, 2010

Lelaki GenToo Hitam

tetikus menapakkan ke butang PRB pada minit 15,,

dengan kiraan 28...29...30,,

klik logout....... cabut headset.......shut down PC....

yes, ari ni aku kuar tepat 530pm seperti ari sebelum2 ni sepanjang training,, tak leh lambat seminit, pasti akan sangkut berjam2,, seperti biasa juga, masuk lift tanpa berebut, masukkan headset dalam lift, berjalan ke kereta dengan 5 langkah per saat,, laju gak aku berjalan,, hehehe,, memang tak pandang dah orang sekeliling,, yang aku bayangkan adalah kereta2 yang akan aku tempuh sepanjang perjalanan pulang ke umah nanti,,

dan......aku anggap hari2 aku akan melalui rutin seperti biasa sepanjang aku training ni,,

tetapi tidak pada hari ini,, ada sedikit beza pada 'ending' itu,,

aku teruskan perjalanan keluar dari vads,, agak lancar trafik di sekitarnya,, melalui kerinchi link,, touch n go dan.......yes, betol tekaan aku akan jem di sini,, yes, aku sangat suka jem di sini,, hmmm,, teruskan lagi penyelitan vivi aku ke kanan ke kiri mengalahkan yang lain,,
seterusnya, aku melalui federal kat bangsar,, aku amik link paling kanan dan laju,, dengan sepantas kilatnya aku meng strike link paling ke kiri dan tengah untuk masuk ke highway seremban,, ala, yang kat bawah jambatan tu,, kalo ke kiri sangat ke midvalley dan ke kanan ke KL sentral,, jadi, aku melalui tengah,, dapat imagine? tahniah,,

teruskan memandu,, agak lancar skit di kawasan seputeh,, aku belok ke kiri untuk menuju ke highway seremban,, perghhhh,, kat sini kalo tak jem itu bermakna semua orang naik komuter untuk pergi dan balik ke destinasi masing2,, yuhuuuuu,, aku suka jem kat sini dan suka orang tak naik komuter,, realitinya, aku paling tak suka jem kat sini,, akan berlarutan dari depan nirvana hingga ke giant sri petaling hingga ke lorong kelab lumba kuda hingga tol sungai besi,,

touch n go and vroooommm,, lepas tol ni dah lancar skit,, bile dah lancar, speed pun menegak ke 30darjah = 110km/jam,, nampak di sebelah kiri south city, lorong ke tol serdang dan akhirnya lorong ke tol kajang,, aku belok kiri dan amik link touch n go,,

teet teet dan palang pun terangkat dan aku pun lalu,, aku terus amik site kiri untuk ke kajang,, link tengah ke serdang dan link kanan ke putrajaya,,

bile dah amik link kiri tu, niat aku untuk potong kereta depan yang tengah Q untuk ke kiri gak,, tapi tak lepas sebab pemandu kereta itu membelokkan muka depan kereta dia ke kiri dan membantutkan aku untuk potong dia,, tepi kiri tu aku tengok dah rumput2 n longkang,, kalo aku teruskan memang ke longkang lah,, hehehe,, aku pun dengan sopan Q betol2 belakang kereta itu,, dan automatik pemandu itu membetolkan posisi kereta dia,, amboi, nak main2kan aku lah tu,, hehehe,,

Q di sini agak lama lah,, aku tengok link sebelah kanan tengah yang nak ke serdang ni,, memang Q lagi panjang sampai ke belakang sana,, aku pun teruskan memandu perlahan2 mengikut kereta yang sama tadi,, kat depan sekolah maahad ni memang boleh tahan jem gak,, dan.... kereta itu masuk link kiri iaitu dia belok ke kanan dan aku masih lagi meneruskan dalam link kecemasan ni,, dan aku menyusup masuk ke link kiri iaitu belok ke kanan  dari 4 buah kereta di depan kereta itu,, paham tak ayat aku? ini bermakna kereta itu iaitu kereta yang sama tadi berada 5 buah kereta belakang dari aku,, dengan kata lain, kereta aku berada di depan 5 buah kereta dari kereta yang sama tadi,,

bile kereta aku dah berada depan dari kereta itu, aku rasa satu kemenangan,, dan aku gelak sorang2 dalam kereta siap tutup mulut,, bukannya apa,, aku cume berangan yang dia akan berkata dalam hati,

"hebat gak pompuan ni bawak kereta n main cilok2",,

aku pun teruskan perjalanan dengan tenang,, aku u-turn dan shell sekarang berada di sebelah kiri aku,, aku mula memperlahankan kenderaan aku sebab destinasi aku semakin hampir,, aku layan lagu favourite iaitu parachute,, aku bagi signal untuk membelok ke kiri lorong sebelah shell itu,,

tiba2.......... arghhhhhhhhhhhh..............

kereta itu berada sebelah kereta aku dan pemandu itu pun memperlahankan kereta dia senada dengan kereta aku,, ini bermakna dia berada di sebelah kanan aku dan aku berada di sebelah kiri dia,,

**lakaran situasi untuk cik azar**


kereta GenToo Hitam yang bertouch-up dan enjin bunyi vroo00mm @ kereta itu~~

pemandu itu~~

seorang lelaki>>berkaca mata hitam>>rambut cacak>>tough dan gempal2 tak kurus>>

dan...dan..dan... ni yang aku tak sanggup nak tulis,,

dia senyum kat aku,, aku ulang lagi sekali,, dia senyum kat aku,, lagi sekali,, dia senyum kat aku,, lagi sekali,, dia senyum dan pandang aku sambil memandu dan aku pun senyum dan pandang dia,, kiranya kitorang drive masa tu tak pandang depan,, dia pandang kiri dan aku pandang kanan,, hehehe,, terer kan?

senyum2 ni terhenti pabila aku perlu belok ke kiri dan dia nak tegak jek,, nasib baik aku tak terlepas lorong sebelah shell ni,, aku perlahankan kenderaan lagi dan kereta dia dah berada depan skit dari kereta aku,, aduh, nak senyum2 lagi,, nak lagi nak lagi,,

aku dengan spontannya melambaikan tangan pada dia,, aku tau dia nampak dan aku tak tau apa respon dia dalam kereta dia,, bila aku dah belok skit, aku nampak kereta dia masih lagi slow,,

adakah dia sedang berpikir untuk u-turn? aku pasti dia memang nak u-turn,, tapi dia berpikir keselamatan diri dia,, gler ke apa nak u-turn kat highway depan shell sg ramal tu,, memang menempah maut,, aku teruskan perjalanan sampai ke destinasi dengan hanya memikirkan lelaki dalam kereta itu,,

dia senyum pada aku dan mengikut rentak perlahan kereta aku,, ini satu respon yang luar biasa,, aku pun berangan,,

*dia akan tunggu kat shell tu dan tunggu sehingga kereta aku lalu dan dia akan mengejar kereta aku,, dia mengekori sehingga aku memberhentikan kereta di tepi jalan,, dan dia turun kereta dan menghulurkan salam perkenalan,, dan aku sambut itu dengan senyuman yang paling manis,, dan......manisnya cara perkenalan seperti itu dalam hidup aku,, ahhhh... aku bahagia denganmu*

nyewwwwwwww,, pappp! padan muka ko nyamuk,, sedap2 isap darah aku,,

kaco daun betollah aku nak berangan,, isk,,

berpijak pada realiti semula,, tak mungkin dia akan mencari aku,, tak mungkin,, tapi best gak dia nak cari aku balik,, hehehe,,

aku yakin dia duduk area bandar baru bangi,, biasanya kalo lepas u-turn kat jambatan itu, sama ada orang itu akan belok kat lorong sebelah shell atau belok kiri untuk ke bangi kat depan skit tu,, sebab kalo naik flyover nak ke KL dan kalo terus nak ke serdang n putrajaya,, lebih baik dia amik link yang betol masa lepas tol kajang tadi tu,, betol tak? mesti betol nyer,, kompem!!~~

sampai laa ni aku ingat kat pemandu itu,, aku bukan ingat pape,, aku cuma ingat senyuman dia jek,, sangat menampakkan keihklasan dan sedikit kegatalan di situ,, hehehe,,

aku cume terdetik,, pertemukan lah kami semula andai itu jodoh ku,, aminn~~



~smiLe~
~fyruzTiranarmi~

 

Show Me The Stars Template by Carly Lloyd Designs