02 September, 2010

berguguran akhirnya #3


dilayangkan beberapa helai kertas Double A depan mata aku,,
tertancap logo itu,, yer, logo itu,,
aku selesaikan kerja2 di on-air,,
tangan sepantas kilat menyambar kertas2 itu,,
yang berlakar potrait dan berketip satu dawai kokot di sebelah kiri,,
pada masa itu,,
segala perasaaan menjadi satu,,
segala macam jenis yang dirasa menjadi satu,,
setelah aku meneliti tulisan2 itu,,
dan...... logo itu,,

bukan salah dia melayangkan helaian kertas itu,,
dia cuma untuk berkongsi kegembiraan itu,,
aku perlu rasa bertuah kerana itu,,

seperti rentapan,,
bermulalah kepuraan yang dibuat2,,
berpura gembira dan seperti tiada rasa apa2,,
seksa nya jiwa,, seksanya rasa,,
ahhh, belum solat lagi,,
mungkin disebabkan itu hati dan jiwa terlalu rapuh,,

yer, berguguran akhirnya pada saat aku menadah tangan padamu,,
pada saat aku berteleku di atas permaidanimu,,
di dalam rumahmu,,

menenangkan jiwa, menahan rasa,,
aku menekupkan separa bulat itu ke kepala,,
mendengar cerita, mengomen itu ini seperti tiada apa2,,
aku meluah,,
dia bersuara,, "rezeki ada di mana2",,
aku diam dan tunduk,,
aku senyum dan angguk,,
sedikit tenang di situ,,
dia yang memulakan dia yang mengakhirkan,,
terima kasih,,

No comments:

 

Show Me The Stars Template by Carly Lloyd Designs