06 December, 2009

pada 061209

pak pak kepak kepong3,, ri ni kawan aku mira akad nikah dengan lelaki pilihannya dan seterusnya telah bergelar isteri orang,, ada gak ar beberapa kawan aku masa kat bintulu datang,, konvoi 4 keta,, amik berkat lah katakan,, sebab kitorang yang datang bujang n ada yang dah jadi tunangan orang,, 



lepas balik dari kenduri kawan aku tu,, kitorang masing2 pun membawa hala tuju maseng2,, yang tinggal aku n rona,, kitorang decide nak melepaskan anak tekak kat alamanda,, dah lama nye tak karok,, bestnyer2,, jangan tak caya kitorang nyanyi 20 lagu,, aku memang layan lagu jiwang n tangkap leleh,, si rona layan lagu omputeh n lagu jiwang gak tapi tak sesentimental aku,, aku nyanyi, dia nanges,, kah3,, padan muka ko kena kutuk dalam blog aku ni,, hehe,, aku nyanyi lagu luka dilukai, dia pun sebuk nak nyanyi lagu ni ngan aku,, sambil nyanyi, meleleh air mata,, hehe,, 

melangkah keluar je dari tempat karok, dugaan wayang n makan plak ni,, sambil jalan, decide nak g tengok wayang plak,, berkira2 dalam kepala otak, kitorang nak tengok citer ninja lah,, tiket kul 6ptg,, jam baru kul 430 ptg,, aku pun ajak si rona 'leleh' g makan johnny dan menu kitorang adalah stimboat and chicken wing,, kitorang berborak lah pape yang patot sambil menikmati makanan,, aku memang pantang.. pantang nampak makanan,, hehe,, dan kitorang pun melayan mata menengok ninja,,


yang aku excited untuk menulis pada malam ini jugak adalah,, cinta ninja ni memang best2 gler tak terkata,, memang tak terkata,, aku rasa cam nak tengok esok kali kedua,, memang best gler,, banyak aksi pembunuhan n pendarahan, tapi bagi aku jalan citer yang sangat best,, memang kalah lah citer transformers, terminator salvation, 2012,, sape yang tak g lagi tengok citer ninja ni, aku syorkan g lah tengok,, memang tak rugi la gua cakap,, memang tak rugi woo, di saat menulis ni pun, teringat2 aku lentok riuk badan rain(raizo- nama watak dalam cite ninja) masa berlawan tu,, memang macho n best lah beb,, rasa macam aku pun nak berlawan sama,, hahahha,, over ke aku ni,, lantak lah,, aku akan cari mangsa sok untuk aku ajak tengok citer ninja ni,, 

(penulis ni kalo dah excited memang tak betol skit,, gedik terlebih la katakan,,))  

05 December, 2009

job wanted



malam jumaat yang tak tau nak cakap camne keadaannya,,

aku telah menerima tiga panggilan dari careerexcel (jobstreet) dalam satu hari pada hari khamis di mana diorang menawarkan aku job:

1)  customer service di streamyx,, gaji boleh tahan n keje shift,, lokasi di TTDI damansara,,
aku bagitau akan ku pk kan dulu,,

setengah jam kemudian, terima panggilan lagi,,diorang offer,,  

2) marketing di TS solution,, gaji boleh tahan n kerja ofis hour,, lokasi tak tau sebab aku terus cakap aku tak berminat,,

satu jam kemudian, dapat panggilan lagi,, diorang offer,, 

3) customer service di telekom,, gaji boleh tahan n keje shift,, lokasi di TTDI damansara,,
aku bagitau aku bersetuju tanpa berpikir panjang and akan di interview pada ari sabtu,,

aku pun mula mencongak2 dalam pikiran,, sama ada nak g iview atau tak,, ada gak tanya pendapat kawan2 aku,, gaji yang ditawarkan agak tinggi dari kerja aku sekarang, dan aku sayang master with biasiswa,, 

aku cume tak nak wat keputusan yang salah,, bingung juga memilkirkannya,, bukan senang nak sambung master dapat biasiswa plak tu,, bukan senang nak dapat keje sekarang ni ngan gaji yang agak tinggi yang sesuai dengan kelayakan aku wpun keje nye agak tak famous,, nak senang sekarang atau bersusah2 dahulu dan bersenang2 kemudian,,  
  
mana satu ek,, aku malas nak pk,, biarlah keadaan yang menentukan,, lagipun tak wat persediaan pape pun nak g iview pada sok ari nyer,, dan aku pun zzzzzzzzzzzzzz pada malam jumat yang tidak menyenangkan pikiran aku,,

pada pagi sabtu yang dingin,,

aku buka mata n tengok jam,, dah kul 11.30 pagi,, haaa??? maknanya terlepas iview tu,, hehe,, cam tu jek lah keadaan yang menentukan,, mungkin rezki aku bukan di situ,, senang jek kan,, ya allah, bantulah hamba-mu ni dalam mengharungi kehidupan yang akan datang,, semoga aku tidak tersalah membuat pilihan,, 

amin,, 

04 December, 2009

yang mana pilihan




memilih sama ada berlapikkan bumbung 'atau' bertempiaskan hujan renyai2 untuk memarkir kereta,, 

memilih sama ada memanjat lapan anak tangga 'atau' tiga baris laluan rata untuk sampai ke lift,,

memilih sama ada memanjat anak2 tangga 'atau' menunggu dan memasuki perot lift untuk sampai ke tingkat enam,,

memilih sama ada santapan di waktu pagi 'atau' di kala matahari menerikkan cahaya,,

memilih sama ada membeli santapan 'atau' menikmati jamuan diberi di pagi hari,,

memilih sama ada teh 'atau' nescafe untuk minuman,,

memilih sama ada menerima seadanya 'atau' menidakkan apa yang ditetapkan tanpa kerelaan,,

memilih sama ada memberi tumpuan 'atau' menghayati novel di seminar,,

memilih sama ada menyembunyikan 'atau' mendedahkan segala tentang diri,,

memilih sama ada menutup 'atau' menadah telinga,,

memilih sama ada menulis 'atau' tidak menulis di sini,,  

adakah kehidupan ini sentiasa mempunyai pilihan,, adakah diri sentiasa diberi peluang untuk membuat pilihan,, adakah pilihan yang dibuat sentiasa menunjuk kepada ketepatan,, ataupun pilihan yang dibuat tidak pernah menyebelahi diri,,

memilih antara dua bukan semudah tiada pilihan,, tiada pilihan juga bukan semudah memilih antara dua,, bermakna??,,

sementara di sini,, akan berterusan jua,, 

03 December, 2009

berdiam & berkata



berdiam lebih baik dari berkata,, adakah??,, ataupun berdiam seolah2 nampak seperti lari dari masalah,, ataupun berdiam untuk tidak mengeruhkan lagi keadaan,, ataupun berdiam seperti tidak mengangkat tanggungjawab yang dipikul,, 
  
berkata kebenaran lebih baik dari langsung tidak berkata,, betolkah??,, berkata seolah mengaibkan dan menjatuhkan,, berkata seperti mengguris dan mencarik sekeping hati yang lain,, berkata kebenaran menyakitkan dan sebaliknya kepuraan tidak menyakitkan,, kerana apa??,, kebenaran yang didengar menyakitkan dan kepuraan yang didengar menyenangkan,,  

ataupun sebenarnya diri yang tidak kena cara,, yang lain memerlukan matahari, diri memberikan air,, yang lain telah menerima matahari,, untuk jangka masa, salahkah diri memberi air pula,, bukan diri tak pernah memberi matahari, sampai bile berkehendakkan matahari sedangkan memberi air adalah caranya,, 

setiap hubungan ada batasan,, "keluarga, saudara, adikberadik, kekasih, tunang, suami, kawan, teman, sahabat",, adakah batasan kasih sayang untuk setiapnya??,, diri terlalai dan kealpaan dalam sekejap minit hubungan yang datang menghampiri,, meneruskan kepuraan atau kebenaran menjadi tanda tanya,, kerana apa??,, kerana tiada batasan kasih sayang untuk setiapnya,, mengenepikan harga diri, membuang kepentingan diri, mengalah dari segalanya,, menyalahkan diri lebih baik dari menuding jari pada yang lain,, mementingkan diri dan membuang kepentingan diri menjadi tanda tanya,,

air yang bertentangan dengan yang lain telah diberi,, berkata juga telah diri perdengarkan pada yang lain,, di mana kasih sayang diri letakkan??,, air yang diberi menunjukkan kasih sayang yang tidak bertepian untuk yang lain kerana memberi matahari akan melalaikan,,  


biarlah di sini,, akan berterusan jua,, 

24 November, 2009

jodoh?


"kaklong, ko dah de pakwe ke, bile nak kawin",, "kaklong, bile2 bawak lah pakwe ko datang umah, boleh acik tengok",, ni adalah soalan2 lazim yang akan ditanya oleh sedara mara kat kampung n jiran2 taman aku termasuk kawan2 mak aku,, 
"mak nani, ko bile plak nak bermenantu",, "mak nani, anak ko yang sulong berkawan ngan orang mana sekarang ni, teringin aku nak makan nasi minyak kat umah ko",, ni soalan2 yang diajukan oleh kawan2 mak aku kepada mak aku,, sebelum ni masa aku ngah study, leh lah mak aku jawab, "dia belajar lagi, tunggulah",, sekarang dah abis belajar, pe jawapan yang akan mak aku bagi,, aku siap ajar mak aku,, kalo diorang tanya,, aku suh jawab "dia nak cari keje dulu, jangan sebuk hal orang leh?",, tapi mak aku kata tak baik jawab macam tu,, aku tau tak baik,, tapi kalo stahun tanya sekali sudah lah,, ni setiap kali mak aku g rewang anak2 kawan mak aku kawin, akan ditanya nye,, mau tak membara ati aku,, tapi mak aku jenis kool jek,, huhuhu,, 

aku selsema teruk n tanda2 awal nak demam dah muncul di tempat keje,, balik keje, selesai sembahyang, aku terus mendapatkan bantal busuk n tilam empuk aku wpun dah nipis skit kabusnye,, huhu,, dalam kelenaan ketiduran aku, sayu2 suara, aku dikejutkan oleh kawan baik aku dari sekolah rendah sampai lah sekarang,, dia masuk bilik aku n duk di tepian katil,, "wei, sedapnya ko tido, sorilah kaca, ko tak sihat ke",, kawan aku berkata, dan aku pun menjawab, "eh ngko, tak kaco lah, aku macam nak demam, dah makan ubat tadi, ni yang layan tido",, sambil berborak kosong, aku nampak 2 kad bersampul kat tangan dia,, aku macam dah agak,, tapi hold dulu pe yang aku agak tu,, dia berkata sambil menghulurkan kad bersampul di tangannya n aku menyambut "beb, aku nak kawin bulan depan",, aku macam terkejut dengan statement dia,, sebab dia baru tunang 2 bulan yang lepas dan katanya tempoh pertunangan dia adalah dalam 6 bulan,, aku jawab "alhamdulillah, baguslah, tapi bukan perancangan korang tunang 6 bulan ke?",, kawan aku kata de rezki lebih n dah sampai seru,, lagi sebab satu utama adalah dia nak kawin sebelum posting cikgu  bulan 2 nanti,, owh,, baru aku paham,, dan kitorang berborak lah bla bla bla bla sehingga aku menghantarnya di muka pintu rumahku,, 
terimbas masa kitorang student dia kat upsi n aku kat upm,, aku penah cakap kat dia "kalo kawan2 kita yang lain kawin, aku tak kisah sangat. tapi bile ko yang kawin, aku akan rasa lain dowh, sebab ko kawan baik aku dari zaman sekolah",, dia gelak n terus kata kat aku dia pun sama akan rasa cam tu gak,, cepatnya masa berlalu kan,, 

iklan: aku g makan jemput2 ikan bilis yang mak aku masak,, rajin plak mak yerkk,, cicah plak ngan sambal kicap ala2 orang johor ni,, perghh,, sodap ingge menjilat jari,, 

aku berpikir sejenak,, alangkah beruntungnya diorang yang de pakwe, yang dah tunang, n dah berkahwin,, lagi sempurna idup pabila dah de kerjaya dan menimang cahaya mata,, tak yah pk pape dah kan,, juz maintainkan life jek,, tapi takpe,, sume ketentuan tuhan,, de hikmah di sebaliknye,, rezki maseng2 n ada yang cepat ada yang lambat,, doa bebanyak,, niat aku cume satu,, biarlah mak aku dapat tengok anak2nya success dalam segala hal (belajar, kerjaya, nikah+suami, cahayamata) yang sepertimana semua ibu kehendakkan n doakan,, biarlah mak aku gembira sepertimana mak orang lain gembira,, tu jek yang aku pinta,, tak lebih dan tak kurang,, 

aku penah dilamun cinta,, tapi tak kekal lama,, takde jodoh,, mungkin kami akan sama2 dapat yang lebih baik dari diri kami masing2,, aku redho jek,, cume kadang2 tak terlepas dari rasa kesunyian bile dok sorang2,, lagi2 plak umur sekarang ni bertambah angkanya,, kalo ada ubat untuk lupakan seseorang, memang aku dah beli,, tapi mustahilkan,, kita dilahirkan dengan perasaan kasih sayang yang tiada akhirnya,, bercinta, putus, bercinta lagi, putus lagi, dan bla bla bla,, sehingga kini, aku amat payah untuk melupakan dia,, percintaan ketika zaman sekolah, zaman remaja n zaman kematangan ni lain,, aku lebih terasa kehilangan dengan percintaan zaman kematangan,, mungkin sebab moto, visi n misi dalam percintaan zaman kematangan lebih terarah kepada masa depan,, i like it,, bile dah berteman dalam kalbu, sekurang2nya kita nampak masa depan ngan sape kita nak kawin, sape jadi ayah kepada anak2 kita, n ngan sape kita nak abiskan sisa2 kehidupan nanti,, 
bukan kekayaan yang dipinta, cukuplah kestabilan kehidupan,, bukan rupa yang didamba, cukuplah sempurna fizikalnya,, biarlah kematangan dalam mendidik kita dan anak2 dan kaum keluarga,,  hanyalah memerlukan keihklasan hati untuk menyayangi kita seumur idup n sampai akhir hayat,, sempurnakan??,, tak lebih yang ku pinta,,

22 November, 2009

kerja oh kerja



a lot of thing aku nak coretkan di sini,, tapi aku tak tau nak bermula dr mana,, yang mana perlu aku dahulu kan,, macam2 dalam pikiran aku ni,, kalo duk sorang2 dalam bilik cam sekarang ni, memang rancak satu persatu benda yang aku pikirkan,, serabut dibuatnya,, nasib baik ada broadband,, secara rasminya broadband lah pakwe aku sekarang ni,, hehehe,, kalo ari sabtu n ahad, ngadap laptop 24 jam,, takde mende nak wat,,


aku teruskan lagi,, sedikit demi sedikit coretan,,


aku pejam mata,, pe dalam pikiran aku,, aku buka mata semula,,


aku nak citer pasal keje dulu,, perkara yang boleh membuatkan aku jadi tensen gler kalo ter over pk,, apa lah nasib aku kan,, abis belajar jek, terus ekonomi gawat teruk,, bukanlah nak kata tak dapat keje langsung,, dapat tu dapat,, tapi bukan menjamin sangat pun,, memang sekarang ni musim kontrak dalam gov sector,, takde peruntukan sangat ke nak amik yang tetap,,  kalo dikira2 balik, lebih jimat n produktif kalo amik pekerja secara tetap terus,,
Nak idup ngan degree sekarang ni, memang tak leh sangat n tercungap2,, seingat aku, lebih kurang 70 set resume n sijil2 aku dah anto kat sume tempat untuk apply keje,, ketua kampung dah kenal muka aku ni,, ada lah gak dapat iview tapi dlam 5 daripada 70 tempat yang aku anto tu,, imagine that,, urm,, sejak dah keje kat tempat aku sekarang ni, aku mula slow down cari keje,, fed-up kot,, tapi aku tak leh fedup, sebab lum tentu aku dapat sambung kontrak lagi lepas ni,, alhamdulillah gak lah ni kontrak aku for the second time,, boleh lah lega sekejap tapi adakah akan di sambung for the third time?? arghhhh.... 


aku surf tenet jap, sambil mendownload cite luna fantasiku, aku pejam mata, pe dalam pikiran aku lagi,, 


dalam kebingungan yang melanda, aku terpk untuk sambung master,, mungkin dapat galakan dari kawan2 aku yang dah sambung master,, aku berpk dan berpk,, kebetolan kpt de provide biasiswa sape yang sambung master n phd dlam tahun 2009 n 2010 jek,, aku pun apply master n mini budget tu sekali,, then sepatotnya aku dah start belajar bulan 6 ri tu n biasiswa pun dapat,, aku tangguhkan dulu sebab aku dapt iview spa jwtn diploma bulan 7 n keputusannya aku tidak dapat keje tu pada bulan 9,, rite now bulan 11,, aku tak dapat keje tetap lagi n dah  proceed untuk sambung master,, daftar bulan 12,, aku dah bayar duit kolej,, n yuran kpt bayar,, yang menguatkan semangat aku untuk belajar adalah sebab aku dapat biasiswa,, bukan senang nak belajar free ni,, aku kira2 kos lebih kurang 9 ribu gak ar,, cume kpt tak tanggung belanja sara idup,, tu pun aku dah kira bersyukur,, kalo tak mana aku nak cari duit 9 ribu kan,, 


nape lah rezki orang lain murah jek kan,, bukan aku nak merungut atau tidak bersyukur,, tapi biasalah manusia biasa,, tak terlepas dari rungutan2 n bandingan,, ada PTD kat tempat aku keje ni, umor baru 22tahun,, murah rezki dia,, umo 28tahun dah leh naik gred 48,, mana tau kan,, urm.. aku tak memilih sangat pasal keje2 ni,, tapi kurang2 biarlah dapat keje jawatan diploma@degree,, kalo keje jawatan spm, rasa tak berbaloi aku belajar tinggi n wat pinjaman ptptn n ma,, aku ingat lagi masa dapat iview kat spp jawatan spm,, p'iview tu kata aku tak layak untuk jawatan ni sebab aku ada degree,, dia kata aku apply lah jadi pensyarah lebih layak,, kalo aku tak layak keje spm, yang depa pilih aku untuk iview wat pa,, ntah pape lah,, kalo aku da dapt keje pensyarah, takde lah aku p iview tu,, aduhai,, terpk semula bile nak sambung master ni, satu benda yang merisaukan aku n mak aku,, pe dia?,, seperti sedia maklum, sekarang pompuan lebih pandai n banyak yang belajar tinggi dari kaum lelaki,, jadi gua pikirlah sendiri,, urm,,


aku relaxkan pikiran dulu,, aku nak tengok cite luna fantasiaku ni,, have a nice watching to me,,!!

21 November, 2009

Run

song yang telah di dedicate untuk aku oleh kawan aku,, untuk hayati bait2 kata dan bagi semangat pada masa akan datang untuk aku katanya,, bait2 kata dia memang best and touching,, de kene mengena ngan aku ke,,  jeng jeng jeng,, terima kasih rona roni,,

sila klik di sini untuk dengar 

                                                - Leona Lewis Lyrics 




20 November, 2009

hepi + sakit + geram

*hePi* 
da empat minggu setiap ari jumat termasuk ri ni aku (F) n kwn2 opis aku (A,D n KS) menyempurnakan plan makan yang best,, tiap ari jumat salah sorang akan belanja makan budget hanya rm50,, kalo terover 50, tambah share2.. dan pilihan we all mestilah fast food,, minggu 1st rasamas, 2nd johhny (akulah yang belanja), 3rd chicken rice n 4th pizza hut.. kalo nak gemuk, dalam sekelip mata jek,, yang sedeynya, ri ni minggu last.. tapi lepas ni still belanja gak,, diorang kata nak yang aiskrim plak,, ok gak tu,, yang penting makan makan makan,,


*sakit* 
nak dijadikan cerita, masa tengah happy kuar dari opis menuju ke kereta, aku nampak kamera gah berdiri n myVi TV8.. excited gler aku,, aku jerit kat kengkawan aku "wei, kita masuk tv8 nanti.. kita masuk tv.." tengah ralit tengok myvi tv8 tu, dan baru jek melepasi kamera tu, aku terjatuh terduduk melutut..malu satu hal,, sakit satu hal lagi,, aku pun bangun n terus berjalan ngan kawan2 aku ke kereta,, rupanya aku tersadung.. sampai ke kereta, aku dah rasa ngilu n aku memang dah agak berdarah,, nak wat camne.. jangan suka sangat.. tapi kegumbiraan makan2 tu dapat melupakan kesakitan ini..



*geRam*
nak menambahkan cerita pada hari yang sama,, jeng jeng jeng..
saman saman saman.. ingat muka aku ni muka bayar saman jek ke..
orang yang bagi saman ni tak pk ke nape aku parking keta kat situ.. sebab tempat parking yang berhemah dah penuh.. sebelum ni aku parking kat situ ok jek, ni tak pasal2 kena saman plak.. nak cari makan lah tu.. geram tol aku.. 


1st kena saman sebab lalu traffic light kat kL kena rm200 tapi tak bayar lagi,, 2nd kena saman kat opis sebab aku parking menghalang laluan lah konon kena rm30 jek n dah bayar,, jek2 pun duit gak,, guna keta mak aku lak tu,, maunya mak aku tak bising,, tapi yang 200 tu mak aku tak tau lagi,, hehehe sshh,, yang 3rd ni kena lagi saman ari ni sebab parking kat opis,, mau tak membara ati aku ni,, baik punyer aku parking tak mengganggu orang pun,, nasib baik keta aku,, memang mendidih tol aku ri ni,, tak tau nak cakap camne,, kalo aku dapat orang yang bagi saman ni, memang siap lah aku siapkan,,



 

Show Me The Stars Template by Carly Lloyd Designs