29 January, 2012

Dah Rasa

Andai rasa boleh dirasa, akan aku menikmati
Andai sakit tidak menyakiti, akan aku menyayangi
Andai tahu yang mengetahui, tidak aku memencil diri


semakin tertekan jadi menggila
mengajar hati jangan dilayan
tidak terbuang dari kotak
tetap tidak di luar kotak


aduhai :(


sangat penat mengikut arus
kepayahan sehingga tiada jalan akhir
berhenti sendiri belum lagi
mengiya menidak lurus depan juga


mengolah guna kata hati yang bersih
melempar jauh separa hati yang busuk
aku diuji kerana mampu
mampu menghadapi ujian yang diberi
aku diuji untuk mendekatkan diri
dekatkan diri pada yang abadi
aku diuji kerana ditadah peluang
peluang disayangi dan menyayangi yang abadi


aku bukan sorang-sorang
yang hanya ada aku
selagi tidak bergantung pada yang tidak mati
selagi tidak bergantung pada yang abadi

No comments:

 

Show Me The Stars Template by Carly Lloyd Designs