08 November, 2010

pandangan peribadi tentang kestabilan diri lelaki

image from shawnliv.com

entri kali ini berkaitan perkara biasa2 sahaja tapi mudah disalah erti,, 
yang selalu diutarakan oleh kawan2 di alam nyata atau alam maya,,
terutamanya yang berkaum lelaki,, opkos lah sebab aku kan wanita comel,,

apakah yang diutarakan oleh kebanyakan mereka? kebanyakan mereka bertanya bagaimana seorang wanita memandang lelaki sebagai seorang yang stabil atau dengan erti kata lain, bagaimana lelaki itu dikatakan stabil dalam hidup,, ada kereta? rumah? duit banyak? bisnes? keje tetap?,, adakah itu pengukurannya?,, memandangkan mak ayah dan wanita itu sendiri 'demand' untuk mencari yang stabil,, dan adakah wanita2 zaman sekarang memilih lelaki atau teman yang memenuhi ciri2 itu untuk menjamin kebahagiaan masa depan? 

tersidangnya papan kekunci depan aku ni adalah kerana berbesar hati untuk mewakili pandangan2 wanita di luar sana,, owh tidak,, aku dan wanita2 di luar sana tidak sama sekali sama,, setiap orang tidak kira lelaki atau wanita mempunyai pandangan untuk setiap perkara itu berbeza2,, kalo ada pun, segelintir cuma yang sama rasa,, 

diingatkan dan dinyatakan sekali lagi ini adalah pandangan peribadi aku yang selalu  aku usulkan kepada kebanyakan mereka yang bertanyakan soalan itu,,

sebelum bermula karutan dan bebelan tanpa tuju ini, kita cuba masuk sedikit dalam pemikiran mak ayah dan pemikiran wanita sendiri,, pelbagai faktor dan pemikiran jika ditanya pada setiapnya tentang ini,,
**pemikiran mak ayah wanita berbeza mengikut asal usul kekeluargaan itu sendiri,, ada yang asal usulnya dari keluarga kampung yang mentalitinya mesti dapat menantu kerja kerajaan dan  berkerjaya tetap,, ada yang asal usulnya dari keluarga sederhana dan standard yang fleksibel dari segi penerimaan,, ada juga background family itu sendiri berasal usulkan family bisnes,,
**pemikiran wanita bagi aku adalah moderate, fleksibel dan tidak seimbang,, ada wanita yang mementingkan kestabilan hidup, ada wanita yang mementingkan sayang dan cinta itu dari segala2nya, ada wanita yang mementingkan kedua2 dalam satu masa dengan erti kata lain berjalan seiringan,,

kekayaan dan kestabilan hidup secara kasar dan zahirnya adalah sama,, ada duit dalam wallet and poket berkepuk2, ada saving yang meluap2 dalam bank, ada harta nampak di pandangan mata dan mampu beli apa2 sahaja dengan hanya jari telunjuk punya kuasa pada bila2 masa,, 

****************** 

bagi aku kekayaan adalah bersifat sementara,, ada orang automatik jadi kaya disebabkan kekayaan dari mak ayah mereka,, kekayaan juga boleh datang dari hasil2 saving berkurun lama tapi macam pelik gak kan kalo untuk golongan yang muda2 atau baru nak mencari kehidupan,, betul, kekayaan boleh menjadikan seseorang itu stabil pada masa itu,, sangat2 stabil,, sebut jek apa nak, dalam sekelip mata boleh tercapai,, adakah itu akan menjamin kestabilan pada masa akan datangnya?

jangan lupa kekayaan juga boleh hilang sekelip mata jika hanya bergantung pada kekayaan itu,, syabas aku ucapkan kalo kekayaan itu diiringi steady job di mana menjadikan perniagaan sebagai sampingan pendapatan,, tapi agak tak bernasib baik kalo hanya bergantung kekayaan  mak ayah semata2 tanpa steady job,, dari segi tu, aku nilaikan kurangnya kestabilan diri,, dan dalam masa yang sama ada impaknya jika terlalu bergantung kepada kekayaan mak ayah, mungkin terkesan sedikit kepada kurangnya inisiatif diri sendiri untuk memajukan diri sendiri,, hanya segelintir individu yang tergolong dalam ini yang aku cuba kaitkan,,

sentuh sedikit tentang kekayaan dari kejayaan perniagaan yang meluap2,, yer betol,, kalo pandai berbisnes, otak pikir pasal duit n bisnes jek, memang boleh cepat jadi kaya,, tapi jangan pelik lah walaupun bisnes dah sangat berjaya, tapi belum tentu terjamin kestabilannya,, seperti yang sedia maklumi, berbisnes ni ada pasang surutnya,, semalam berada di atas, esok lusa berada di bawah pula, dan kalau bernasib baik hari yang seterusnya akan berada lagi atas dari sebelumnya atau sebaliknya akan berada  lagi bawah dari sebelumnya,, sangat berjaya perniagaan itu pun belum tentu akan seperti itu jua,,

******************

umur dan tahap pendidikan seseorang itu memainkan peranan penting dalam menentukan kestabilan hidup seseorang itu,, semuanya berkaitan ini adalah bergantung kepada attitude dan kesedaran diri masing2 menentukan hala tuju diri sendiri,, mengapa aku menulis begitu,, aku akan huraikan satu persatu,, dalam satu persatu tu, aku akan huraikan lagi jadi satu persatu lagi dan bla bla bla,, sila baca kes2 ini untuk mudah memahami apa yang aku cuba sampaikan yang aku rasa makin lama ayat aku makin serabut,,

kes 1;
jejaka A nama diberi, berumur 26 tahun,, lepasan SPM dan tak sambung belajar,, start keje dari lepasan SPM dan dah stabil dari segala segi,, ada keje tetap, ada rumah, kereta, harta, saving dan dah mampu untuk tanggung anak orang lah katakan,,
**untuk jejaka A, walaupun hanya lepasan SPM, ada inisiatif diri sendiri dan attitude memajukan diri sendiri untuk berdiri setaraf dengan orang lain yang berpendidikan tinggi,, tidak membuang masa dan pandai menyusun kehendak diri sendiri,, untuk jejaka A, anda boleh tersenyum lega,, cewah!

kes2;
jejaka B nama diberi, berumur 26 tahun,, lepasan SPM dan tak sambung belajar,, start keje dari lepasan SPM dan masih terumbang ambing mencari keje tetap,, senang cerita, diri sendiri tak terurus lagi,,
**untuk jejaka B, keadaan ini memang tak boleh ditolak ansur langsung,, takde inisiatif diri sendiri dan attitude untuk  memajukan diri sendiri,, untuk jejaka B, anda perlu berubah sekarang!

kes 3;
jejaka C nama diberi, berumur 26 tahun,, baru abis belajar konon2 amik diploma & ijazah dan sedang mencari kerja tetap,, memang takde pape sebab baru nak bermula dari bawah,,
**untuk jejaka C, tidak mensia-sia kan masa begitu sahaja,, menuntut ilmu untuk kesenangan masa depan,, tetapi, perlu awas kepada mereka2 di kalangan ini,, tengok juga insiatif dan attitude mereka untuk mencari kerja dan usaha ke arah itu,, kadang2 belajar tinggi tapi kalo attitude lepas belajar hampeh, tetap hampeh gak kan,, untuk jejaka C, tetapkan idup anda sekarang, tiada masa untuk amik sambil lewa lagi,, keep it up!

ketiga-tiga kes yang diberi ada alasan dan sebab musabab tersendiri kenapa perlu diterima dan ditolak,, memang sengaja aku membuat persamaan umur dan membezakan pendidikan supaya nampak lebih terang dan jelas,, semuanya bergantung pada pendapat dan pemikiran masing2 dalam menentukan hal ini,,

 ******************

tidak terlepas juga segelintirnya mengatakan kalo dah cinta sanggup bersusah senang bersama, mengharungi segala perit getir bersama,, ada benarnya itu sebab time tu time tengah sayang n cinta,, tapi pendapat aku, itu semua adalah pemikiran 'short-term',,  dan sekali lagi aku tekankan ianya adalah bergantung attitude masing2,, mungkin tidak timbul masalah pada ketika itu, tapi bagaimana pula jika dipikirkan 'long-term' punya hal,, berapa ramai manusia zaman sekarang hidup kekal bersama berdasarkan cinta semata-mata antara sesama manusia? boleh dibilang jari mungkin ataupun takde jari yang mampu dibilang,, ingin aku tekankan juga bahawa harta, kekayaan dan kestabilan hidup juga belum tentu menjamin kebahagiaan yang kekal abadi antara manusia sesama manusia,, ini adalah sekadar pendapat dari insan biasa seperti aku,,

No comments:

 

Show Me The Stars Template by Carly Lloyd Designs